Assalamualaikum…. Malam semalam (Isnin 20/7) saya sempat menonton Astro OASIS sekitar kisah I’tibar dari Kejadian Tsunami yang menimpa Indonesia khususnya Wilayah Aceh..
Apa yang menarik perhatian saya adalah temubual seorang wartawan dengan seorang bapak yang terselamat dalam kejadian tersebut. Beliau menyatakan bahawa beliau melihat sendiri bagaimana mayat-mayat yang bergelimpangan di mana mayat-mayat tersebut seolah-olah di’aib’kan oleh Allah S.W.T. Menurutnya manusia yang tidak menutup aurat semasa hayatnya.. maka begitulah matinya… diaibkan Allah. Mohon dijauhkan Allah dari diaibkan samada ketika kita hidup mahupun sesudah mati. Na’udzubillahi Min Dzalik. Di bawah ini disertakan batas aurat yang wajib ditutup oleh seseorang wanita mu’min menurut tinjauan mazhab yang empat.
MAZHAB MALIKI
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
MAZHAB HAMBALI - Ada dua qawl:
1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.
MAZHAB SHAFI'IE Juga ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'ie:
1. Semua badan, tanpa kecuali. Ruukan…. Ibnu Hajar al-Haytami di dalam az-Zawajir dan al-Baydawi di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.
2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
MAZHAB HANAFI Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya
Manusia yang bertaqwa kepada Allah…. Allah akan senantiasa memudahkan segala urusannya…. Memudahkan jalan keluar baginya…. Wallahu’alam..

3 comments:
salam...
saya mohon sedikit tambahan....
firman ALLAH yang bermaksud:"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
ada beberapa kesalahan dalam berpakaian yang disangkakan oleh para wanita bahawa mereka telahpun menutup aurat....
1-bila dah bertudung,dah dikira menutup aurat
2-bertudung tapi pakai baju lengan pendek.
3-bertudung tapi kainnya pulak terbelah.
4-kain tudung sangat nipis.kalau ada cicak kat dalam tudung tu pun boleh nampak.
5-bertudung tapi mendedahkan dada.
6-bertudung tapi pakai pakaian yang sendat sampai membonjolkan apa yang tak patut dibonjol.
7-bertudung tapi time pegi keje,dating ngan suami,balik kampung...tu le dia....bila gi rumah jiran,kedai kopi mamak,kedai runcit 8-10 taknak dia pakai tudung.
8-haaaa,yang ni paling best....bertudung cara mak datin....jambul mesti ada...hehehehe....
wallahua'lam....
...شكرا جزيلا لك
Salam Dik Saifun..
Kak zai sendiri terfikir erti sayang seorang suami kat isterinya apabila membiarkan isteri tidak menutup aurat dihadapan bukan muhrim yg lain..tetapi bila ditanya sayang sangat2..tapi sayang macammana tu agaknya yer ? sebenarnya byk kaum remaja sekarang yg kahwin kurang atau tiada pengetahuan agama..jadi huru haralah sesuatu keturunan itu secara berterusan.
Post a Comment