TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Monday, August 31, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN (5) : KEISTIMEWAAN DOA KETIKA SUJUD


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, August 30, 2009

CORETAN RINGKAS : SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA


السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian. InsyaAllah pada esok hari (kalau umur masih panjang) kita semua sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi kali ke- 52. Setiap tahun kita meraikannya…. Samada tua atau muda, miskin atau kaya, lahir sebelum merdeka atau sesudah merdeka… semua bergembira kerana tanggal tersebut telah dinobat sebagai hari bersejarah… bebasnya negara ini dari cengkaman penjajah British. Pada tahun ini juga kita meraikan hari kemerdekaan negara dalam suasana umat Islam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan.

Saya bukanlah insan yang terlalu mengerti tentang sejarah kemerdekaan… saya adalah antara mereka-mereka yang dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian… saya kurang arif untuk membicarakan tentang bagaimana ianya berlaku... siapa pejuangnya dll… saya hanya mengerti mengenainya melalui bacaan dan bukannya melalui pengalaman. Ayahanda saya pula adalah antara mereka-mereka yang dilahirkan sebelum negara kita merdeka. Namun bicaranya tentang ‘kemerdekaan’ itu amat jarang sekali kerana beliau lebih mengajar kami tentang bagaimana memerdekakan diri dari sifat-sifat mazmumah…. yang banyak melalaikan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Apalah ertinya merdeka dari cengkaman penjajah… andai kita masih dibelenggu dengan sistem dan peraturan yang mereka bina. Apalah ertinya kemerdekaan… andai jiwa kita semakin hari semakin longgar mengurus urusan ukhrawi dan apalah ertinya kemerdekaan… andai syaitan dan iblis amat mudah membawa kita kemana saja yang ia suka.

Sahabat-sahabat sekalian :

Begitu banyak firman Allah SWT yang menuntut kita agar memerdekakan diri dari runtunan hawa nafsu. Di dalam surah Al-Maidah : ayat 49 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."
(Al-Maidah : ayat 49)

Sekiranya diteliti, ayat di atas merupakan tegahan nyata dari Allah SWT, supaya jangan berhukum dengan hukum selain yang telah ditetapkan olehNya. Hukum itu termasuklah segala peraturan samada di dalam bidang muamalah, ibadah, jinayah, kekeluargaan, sahsiah, siyasah (politik) dan lain-lain. Sebarang hukum selain dari yang telah ditetapkan oleh syariat bermaksud menurut hawa nafsu, dan seseorang yang menurut hawa nafsu, bererti jiwanya belum merdeka… dan mereka yang belum merdeka jiwanya inilah yang selalu melakukan kerosakan ataupun tergolong dalam kategori fasiq sebagaimana yang disebut di dalam ayat di atas. Na’udzubillahi min dzalik.

Dalam ayat lain, Allah SWT juga menuntut manusia agar tidak menuruti hawa nafsu setelah manusia diberikan panduan dan peraturan yang jelas dalam sesuatu perkara berdasarkan syariatNya. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'du yag bermaksud :

"Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini)."
(Ar-Ra’du : ayat 37)

Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia bagi kali ke 52 dan bersempena dengan kesucian bulan Ramadhan al-Mubarak ini… marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar dalam erti kata membebaskan diri dari belenggu hawa nafsu. Dalam peperangan Badar… setelah umat Islam mencapai kemenangan, Rasulullah SAW telah berpesan kepada para sahabat agar membuat persediaan untuk ‘berperang’ dengan peperangan yang lebih besar… iaitu jihad melawan hawa nafsu. Akhir kalam….. sambutlah Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia dari saya di SaiFuN NizAm S.Ag .

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Saturday, August 29, 2009

KERANA JAHIL : TAKBIR DISEBUT TAKE BEER..

السلام عليكم و رحمة الله

Saya rasa sedih bercampur geram dan marah serta terpanggil untuk menulis apabila melihat sikap sebahagian umat Islam yang amat jelas mempersenda ajaran Islam melalui lisan dan perbuatan mereka. Baru-baru ini kita dapat lihat dan membaca kelibat dan gelagat manusia yang entah punya akal ataupun tidak…. Tanpa berfikir panjang mempamerkan kain rentang bertulis “TAKE BEER”…. mungkin untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada golongan tertentu. Kalau orang asing datang dan lalu di kawasan tersebut… mungkin dia hairan kenapa pulak puak-puak ni suruh ambil arak… ade arak free ke?. Tapi bagi mereka yang beragama…. Apa pun kenyataannya… apa pun sifatnya.. apa pun dalihnya……..jelas ia sebagai satu penghinaan besar kepada umat Islam kerana lafaz TAKBIR itu adalah hak mutlak dan milik orang ISLAM…. tak kira apa bangsa dan parti politik.

Saya menulis artikel ringkas ini sebagai bantahan atas apa yang telah dilakukan. Seharusnya…. kalau marah sekalipun… janganlah mempermain-mainkan lafaz tersebut. Kenapa tidak gunakan anugerah akal yang diberikan oleh Allah SWT. Banyak lagi perkataan lain yang boleh keluar dari akal tu untuk di cetak di kain rentang. Jangan sampai mata hati jadi buta…. hanya tahu nak mempermain dan mempersenda agama sendiri. Kalau jahil belajarlah dengan ulama… betulkan bacaan al-Fatihah dan surah-surah lain sebelum tunjuk ‘hero’. Rasulullah SAW melarang keras umatnya menghina penganut agama lain… apatah lagi menghina perasaan umat Islam sendiri. Saya ingin merujuk kepada satu Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al-An'am : ayat 108)

Firman Allah lagi :

(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
(Al-Hijr : ayat 12)

Dan satu lagi Firman Allah yang bermaksud :

(Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya)
(Ar-Rum : ayat 10)

Fikirkanlah….. yang sedihnya perbuatan ini dilakukan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang cepat mengaum dengan ganasnya apabila ada orang bukan Islam membaca dan menterjemah al-Quran... sedangkan apa yang diterjemah itu tidak lari dengan kehendak ayat… bagaimana pula sikap orang-orang Islam seperti ini yang dengan terang mempersenda lafaz TAKBIR???


ولله اعلم


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

RENUNGAN : MAYAT GOLONGAN YANG TIDAK BUSUK DAN REPUT




Dinyatakan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Friday, August 28, 2009

CORETAN : BERITA SERAM SEJUK

السلا عليكم و رحمة الله

Kalangan pencinta ilmu dan agama tentunya terkejut dengan tersebarnya msg yang memberitahu bahawa tokoh agama dan perubatan Islam terkenal, Dato’ Ustaz Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah.

Sebelum subuh tadi saya juga menerima satu sms yang berbunyi :

”Alfatihah untuk Ustaz Ismail Kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi….. satu kehilangan besar buat agama dan negara.Alfatihah…semoga Allah mencucuri rahmah kepadanya”.Tlg forward sama-sama.”

Samada nak percaya atau tidak… badan dah seram sejuk. Saya ambil keputusan forwardkan msg tersebut kepada beberapa orang ahli keluarga dan sahabat terdekat untuk respon dari mereka.

Belum sempat saya menerima respon dari keluarga dan rakan-rakan…. Saya terima satu lagi msg yang berbunyi :

“ Ust. Dato’ Ismail Kamus baru kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Satu kehilangan besar dalam gerakan Islam tanahair”.

Lagi bingung saya dibuatnya memandangkan Dato’ Ustaz Ismail Kamus adalah salah seorang tokoh agama yang amat saya kagumi di negara ini.

Setelah menalipon dan mencari sumber-sumber sahih, nyata bahawa msg tersebut bersifat palsu dan tidak boleh dipercayai. Dato’ Ismail Kamus sekarang sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah….. semoga beliau senantiasa diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus memberikan sumbangan ilmu dan dakwahnya kepada masyarakat.

Begitulah berita seram sejuk yang saya terima awal subuh tadi.


والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

TAZKIRAH RAMADHAN (4) : MUJAHADAH SEJATI


Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."

Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi.

Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang.

Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69 :

"Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami."

Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

والله اعلم


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, August 27, 2009

CERPEN ISLAMI : ROH ITU KINI DIRUMAHKU...

Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?

Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu.

Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.

Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.
Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.

Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.

“Dah pukul berapa kak?”

“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.

Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!
Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.

Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.

Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.

“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

“Ya mak,” sahut ku lemah.

“Bangun solat Subuh ye nak.”

“Ha’ah,” aku patuh.

“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.

“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”

Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…

Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Najib berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam.

Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur.

Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Najib pergi ke rumah kawannya Hafiz untuk meminjamkan kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu.

“Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.”

“Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum.

“Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…”

Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri
“Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.”

Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”

“Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius.

“Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu… dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.”

Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri.Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam.

Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaallah.

“Mak, Ayah, Shahrul dan Najib pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…”

“Mak ke Terengganu?” soalku.

“Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.”

“Habis tu… apa yang jadi?”

Ibu terus bercerita dengan anjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana.

Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Najib dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan.

Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari padi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dan luar negara.
Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali.

Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana.
Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami- sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbucara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya.

Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Sura mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budah-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengahjalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya.

Kononnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak ampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali.

Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini…alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku…aku bersyukur kepada-Mu ya Allah.

“Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun.

“Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah.

“Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang nama Shahrul tu…”

“Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur.

Sumber : inarysa89.wordpress.com

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, August 26, 2009

HUKUM & PANDUAN : ISLAM DAN TIDUR



Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.
(Muttafaq Alaih)


Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.
(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.


والله علم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, August 25, 2009

CALON PAS KEKALKAN KEMENANGAN DI N11 PERMATANG PASIR

Calon PAS iaitu Ustaz Saleh Man yang mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan bergaya di N11 Permatang Pasir, Pulau Pinang. Saya mengucapkan tahniah kepada calon yang menang dan cuba lagi bagi calon yang telah tewas dalam PRK tersebut.


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

RENUNGAN : YANG TERBAIK DAN YANG TERBURUK


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Oleh yang demikian... marilah kita sama-sama menjaga hati dan lidah dari rosak binasa.

Renung renungkan........ Manusia boleh mengatur bicara agar nampak manis... tetapi bicara yang manis itu mungkin diatur oleh hati yang rosak dan bertujuan untuk merosakkan orang lain.


Firman Allah SWT :
Ada di kalangan manusia yang percakapannya tentang kehidupan dunia menarik hati kamu, lalu Allah perlihatkan apa-apa yang ada dalam hatinya. Dialah sejahat-jahat musuh.
(Al-Baqarah : ayat 204)


والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, August 24, 2009

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian… Salam Ramadhan Kareem. Ramadhan kali ini saya penuhi dengan beberapa aktiviti rutin seperti di sebelah petangnya qiraatul quran wa tahsinuhu… . Di sebelah malamnya seperti mana biasa…. Solat tarawih.. witir, menelaah kitab-kitab rujukan, bahan bacaan samada melalui internet atau buku-buku sedia ada…. dan melayari blog sahabat-sahabat serta melakukan beberapa solat sunah lain di sebelah awal pagi sebelum sahur.

Saya sebenarnya tergerak hati untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu bahan bacaan ilmiah yang amat menarik dan sangat berguna untuk panduan kita semua terutamanya perkara-perkara yang melibatkan pengurusan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah. Bahan yang saya makudkan ialah sebuah buku berjudul INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karangan bersama Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid, seorang pensyarah di Pusat Matrikulasi UIA dan sedang bertungkus lumus menyiapkan pengajiannya di peringkat PHD. Buku ini diterbitkan oleh TELAGA BIRU SDN BHD... sebuah syarikat yang senantiasa mengambil berat tentang qualiti sesuatu produk yang akan dihasilkan.

Mungkin ada sahabat-sahabat yang sudah memilikinya. Andai belum…. Bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. Saya beri jaminan…. Buku yang berharga RM55 (belum diskaun) ini amat berbaloi untuk dimiliki. Saya beri Five stars untuk buku ini.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, August 23, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN (3) : RAMADHAN PENYATU UMMAH

Oleh : Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


Ramadhan datang lagi menemui kita, menjanjikan seribu rahmat dan seribu barakah di bulan yang terbaik daripada segala bulan. Ramadhan mercu tanda kehidupan muslim yang Allah menjanjikan gandaan amalan dengan pelbagai tawaran yang amat menarik seperti yang disebut dalam hadis-hadis sahih. Antaranya yang bermaksud :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana keimanan kepada Allah dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

Dan disebutkan dalam hadis lain, “ Sesiapa yang berqiyam (qiyamullail) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan dosanya yang terdahulu.

Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan setiap yang menjanjikan keuntungan yang besar maka disedari bahawa kalau berlaku kerugian maka kerugiannya pun besar.

Sebagai contoh daripada kerugian itu, Rasulullah pernah bersabda, “Sesiapa yang segaja tidak berpuasa dalam Ramadhan maka tidak mungkin dapat membayar balik hari yang ditinggal itu meskipun dia berpuasa setahun, (dan dikatakan juga seumur hidup).

Demikian juga penghormatan insan muslim kepada kedatangan Ramadhan perlu dihayati kerana mempersendakannya atau tidak mengambil berat padanya akan mengundang kemurkaan Allah. Menghayati Ramadhan akan mendapat kurniaan Allah. Berlaku secebis kisah di zaman Rasulullah di bulan Ramadhan :

Ada seorang Yahudi membawa anaknya ke pasar, lalu anak Yahudi itu telah memakan makanan di pasar dalam keadaan umat Islam semua berpuasa. Menyedari hal itu, si bapa Yahudi telah memarahi dan memukul anaknya dengan mengatakan, “Perbuatan kamu ini seperti menghina umat Islam kerana kamu tidak menghormati Ramadhan”. Tidak lama selepas itu Yahudi ini meninggal dunia.

Bila sampai perkhabaran itu kepada Rasulullah, maka Allah memperlihatkan kepada baginda bahawa Yahudi yang menghormati Ramadhan itu diringankan Allah azab ke atasnya semata-mata kerana penghormatannya kepada Ramadhan.

Ramadhan nama glamournya Bulan Jihad. Jihad dalaman dan jihad luaran.

Jihad Dalaman-Bulan tarbiyah untuk mengukuhkan jiwa tauhid, mengekang tuntutan kehendak nafsu, menunduk jiwa raga kepada semata-mata kepada kehendak Allah dan menolak segala runtunan jiwa ke ara menderhaka kepada Allah. Dengan itu terlatihlah khasnya golongan muda dan siapa sahaja yang berpuasa kepada Allah untuk menjadi insan yang taat kepada Allah.

Jihad Luaran- akan terlihat bahawa insan muslim seluruhnya daripada yang tua kepada yang paling muda serentak seantero dunia melakukan ibadah kepada Allah dan demikian ketika malam seluruh insan muslim berduyun-duyun ke tempat ibadah untuk melakukan solat malam, tarawih dan tahajud menghadap dengan hati yang penuh iman kepada Allah, mentaati perintahNya dan mengukuhkan solidariti ummah bagi membayangkan perpaduan dan kesatuan ummah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana agama.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

TAZKIRAH RAMADHAN (2) : FAST HEALTHILY DURING RAMADHAN



With the fast of Ramadan upon us, we thought it might be useful to look at ways of trying to maintain a healthy diet whilst fasting. Fasting for 12 to 24 hours or more can lead to dizziness and fatigue and a lowering of metabolic rate as a means of conserving calories or energy. Here are some simple guidelines to make sure that your diet remains balanced and healthy during this fasting period:

Don't skip breakfast (sahur)

Even though the thought of sleep may be far more appealing than waking up to force down some food, don't skip breakfast. Breakfast is the most important meal of the day. For years, research has shown that breakfast (the breaking of the overnight fast) provides the essential nutrients and energy needed for concentration while keeping hunger symptoms like headaches, fatigue, sleepiness and restlessness at bay. In addition, it also gets our metabolic rates up and going - it is therefore vital to ensure an adequate intake at breakfast time.

Eat a wide variety of foods

Especially now, when your daily intake is limited to two meals per day, you need to put extra effort into including foods from all the food groups. Our bodies need at least 40 different nutrients every day to ensure that we grow adequately and maintain good health. Although most foods contain more than one nutrient, no single food provides all the necessary nutrients. Moreover, foods have benefits that can't be replicated by a pill. It is thus important to eat a wide variety of foods every day, so as to ensure that we get all of these nutrients. The way to ensure variety, and with it a well-balanced diet, is to select foods each day from each of the five food groups:

• Breads, cereals and other grain products

• Fruit and vegetables

• Meat, fish and poultry

• Milk, cheese and yoghurt

• Fats and sugars (these contain very little nutrients and are high in calories and therefore their intake should be limited).

Use low glycaemic (GI) foods at breakfast to help control blood sugar levels

Carbohydrates are now classified according to their glucose response or glyceamic index. The GI measures how fast the carbohydrate of a particular food is converted to glucose and enters the bloodstream. It therefore tells you which carbohydrate foods satisfy hunger for longer. The lower the number of the GI, the slower the food is converted to sugar and the better it is. Selecting low GI foods therefore helps maintain normal blood sugar control, minimises hunger pangs and satisfies appetite without providing excess calories. Also, by controlling blood sugar levels, you prevent excessive eating binges as a result of low blood sugar levels. Click here for a list of common food products and their actual GI values. Remember to include low GI foods at each meal, and to avoid eating high GI foods on their own, but rather to mix them with low GI foods, which will give an intermediate GI overall.

Be aware of your cooking methods

By making small changes in your cooking habits, you can create great-tasting foods that are also healthy for you. Although special recipes are an important part of family tradition, many of those treasured favourites have too high a fat content for today's generation of health-conscious cooks. You do not have to give up those old favourites - convert them! Here's how:

• Always trim off all excess fat from before cooking or use veal, venison, chicken and soya as lower fat options. Remove poultry skin before or after cooking. Choose light meat (breast) instead of dark meat (leg, wing).

• Cut down on fat intake during cooking wherever possible:
- cook onions in a small amount of water or even vegetable stock rather than oil or butter
- use non-stick frying pans and non-stick sprays (like Spray 'n Cook) rather than oil or margarine if frying
- bake, grill or roast foods rather than frying
- cook roasted meat or poultry on a wire rack so that the fat can drip off
- vegetables should be steamed or boiled with as little cream or margarine as possible
- when preparing rice, noodles and other grains, season with herbs, spices and broths rather than added fat
- prepare soups, gravies and sauces in advance, so that they can be refrigerated and the layer of fat that forms on top removed
- experiment with herbs and spices to add flavour and zest to low-fat cooking. Herbs, such as basil, bay leaf, oregano, or rosemary adds distinctive flavours and colours to meat and vegetables. Spices, like cinnamon, ginger and nutmeg enhance the sweet taste of foods, and seasoning blends, such as chilli powder, curry powder provide a complex array of flavours

• Avoid taking in too much salt
- Use garlic, dry mustard, pepper, onions, mushrooms and tomatoes to add flavour to meat and vegetables
- Add sliced lemon or lemon juice to white meats and fish
- Use herbs and spices instead

• Make healthy changes to recipes Use your regular recipes, but start cutting the fat in half. If a recipe calls for cream or whole milk, use evaporated or fresh skim milk. If a recipe calls for a whole egg, use two egg whites, etc.

Eat enough carbohydrate foods - especially those rich in fibre

These foods provide the body with energy. They are often incorrectly labelled as fattening and unnecessarily limited. They are rich in vitamins belonging to the B group, and are an excellent source of fibre. Bear in mind that hi-fibre foods have a greater effect on satiety than their low-fibre counterparts. Examples of foods high in fibre include brown rice, wholegrains, fresh fruit and raw veggies.

Remember your fruits and vegetables

Fruit and vegetables add colour and variety to the menu. They are often termed our "protective" foods as they help the body fight off sickness and disease. This is because they are rich sources of a variety of vitamins and minerals. An added benefit is that they are relatively low in calories and also contribute to our daily fibre intake.

Drink sufficient fluid

Always include water in your diet and limit your intake of caffeine-containing beverages. Caffeine is a diuretic and will not provide adequate hydration. We all know that maintaining a balanced diet by eating healthily has a vital influence on your well being. Try following the above principles so that this fast period does not sway too much from the principles of good nutrition.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Saturday, August 22, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN (1) : NAFSU HANYA TUNDUK DENGAN PUASA

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SAHABAT


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Ukhuwwah Fillah...

Kepada sahabat-sahabat pengunjung blog yang dikasihi... saya mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Ibadah-ibadah Lain" bagi bulan Ramadhan 1430H ini. Laksanakanlah segala ibadah dengan ikhlas dan penuh sabar hendaknya.

Sabda Rasulullah S.AW :
من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبك
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan harapan keampunan, maka di ampunkan dosanya yang terdahulu”.
(Riwayat Imam Bukhari)

Sesungguhnya Ramadhan itu bulan "Pembakar Dosa".... Bulan "Penyimbah Pahala".. Bulan maghfirah yang penuh rahmat dan pelepasan dari api neraka. InsyaAllah saya akan cuba mengemaskini blog ini dari semasa ke masa walaupun rasanya jadual untuk bulan puasa ini lebih padat. Semoga pada tahun ini ibadah kita lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya InsyaAllah.....

Firman Allah SWT :
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzab : ayat 35)



Akhir kalam..... Marilah kita sama-sama berusaha untuk memastikan diri kita tersenarai dalam salah satu golongan yang disebutkan dalam ayat di atas.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

KHUTBAH RAMADHAN DARI RASULULLAH S.A.W

DARIPADA Salman al-Farisi katanya bahawa Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir Syaaban sempena ketibaan Ramadan yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sudah datang kepada kalian bulan agung, bulan penuh berkat, bulan dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan. “Allah mewajibkan kepada kamu ibadat puasa dan menghidupkan malam harinya sebagai amalan tambahan (sunat). Sesiapa yang pada Ramadan mendekatkan diri dengan amalan sunat, maka ganjarannya seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan lain. “Dan sesiapa yang melakukan satu amalan wajib pada bulan ini, maka balasannya seperti orang yang melakukan 70 amalan wajib pada bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan sabar dan pahala kesabarannya adalah syurga.

“Bulan di mana wujudnya semangat tolong menolong dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa, maka diampuni dosanya, dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun.”

Sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang yang berpuasa.”Sabda Baginda: “Allah akan memberikan pahala itu kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji kurma atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.

“Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus daripada api neraka.

“Sesiapa yang meringankan beban kerja orang gajinya dalam Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.“Hendaklah kamu memperbanyakkan mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat perlukan.

“Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah pertama, mengucapkan Lailahillallah (tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah) dan kedua, mengucapkan istighfar (memohon ampun) kepada Allah.

“Dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan itu ialah pertama, perbanyakkan memohon kepada Allah supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga dan kedua, kamu berlindung daripada-Nya azab api neraka.

“Selain itu, sesiapa yang memberi minum seseorang yang berpuasa (ketika berbuka puasa), Allah akan memberi minum kepadanya dari kolam aku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum saja yang menjadikan dia tidak akan berasa dahaga selama-lamanya hingga dia masuk ke dalam syurga.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)


*Artikel ini diposting secara berjadual. Saya setkan masanya tepat pada jam 1.23 PM(Waktu Zuhor bagi kawasan Parit Buntar-Bagan Serai) 30 Sya'ban bersamaan 21 Ogos. Sesuai dengan khutbah Rasulullah juga pada 30 Sya'ban.

والله اعلم


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, August 20, 2009

FADHILAT AL-QURAN : JEJAKA KACAK TEMAN SETIA


Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah S.A.W bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Janganlah tinggalkan Al-Quran. Kepada yang rajin membaca Al_Quran teruskanlah sampai ke akhir hayat, kepada sesiapa yang dah lama tak buka Al-Quran - jangan sampai Quran anda berhabuk/bersarang labah-labah atas almari dan kepada yang tidak tahu membaca Al-Quran tu pergilah mengaji jangan malu-malu walau dah berusia. Yang dah pandai pun pergilah juga mengaji membetulkan tajwid kita.


والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, August 19, 2009

INSPIRASI DIRI : KISAH MOHAMMAD ISLAH BUSAKORN


السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian... di ruang inspirasi diri kali ini... saya ingin berkongsi pengetahuan dan info tentang sifat gigih seorang pemuda yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohammad Islah Busakorn... insan istimewa yang cacat penglihatan tetapi berupaya menjadi hafidzul qur'an dalam usia muda. Semoga semangatnya menjadi contoh tauladan kepada kita.

--------------------------------

Kecacatan fizikal bukanlah menjadi penghalang bagi Mohammad Islah Busakorn yang berasal dari Thailand, untuk menjadi Muslim yang berprestasi dalam hidupnya. Meskipun matanya buta, Busakorn mampu menghafal Al-Qur'an dengan baik sehingga mendapat penghargaan bertaraf antarabangsa dari Internasional Organization for Memorizing the Qur'an (IOMQ), sebuah organisasi internasional penghafaz Al-Qur'an.

Mohammad Islah Busakorn menjadi Johan dalam pertandingan kemahiran membaca Al-Qur'an (Mahir bil-Qur'an) yang diselenggarakan oleh organisasi itu di Jeddah, Arab Saudi.
"Alhamdulillah, para juri menilai saya bagus, tapi saya harap saya juga bagus dalam pandangan Allah," kata Busakorn merendah diri.

Busakorn, bersama rakan senegaranya Humairah Rawoo, seorang gadis berusia 9 tahun dipilih oleh perwakilan IOMQ yang baru-baru ini berkunjung ke Afrika Selatan, untuk ikut dalam pertandingan tersebut. Humairah Rawoo menjadi satu-satunya peserta wanita dalam kompetensi tersebut

Mohammad Islah Busakorn kehilangan penglihatannya pada usia 7 tahun. Penderitaan ini menjadi awal perubahan bagi kehidupannya. Pada usia 9 tahun, dengan tekad yang kuat, Busakorn mulai menghafaz beberapa surah dalam Al-Qur'an dan pada usia 11 tahun beliau memutuskan untuk belajar menghafaz Al-Qur'an dibawah pengawasan seorang imam.

Busakorn tidak mengikuti pendidikan formal seperti kanak-kanak lain, ini kerana satu-satunya institusi pendidikan bagi golongan cacat penglihatan di tempat tinggalnya adalah sekolah beragama Budha.

"Saya tinggal di rumah dan mula mendegarkan bacaan-bacaan Al-Qur'an dari radio tape. Saya tidak pernah bercita-cita menjadi seorang hafiz, " katanya seraya menjelaskan bahawa penghafaz Al-Qur'an di negaranya, Thailand masih sangat kurang.

Sifat ingin tahu yang mendalam tentang Syariah dan ajaran-ajaran Islam, membawanya ke Afrika Selatan. Dari saudara laki-lakinya ia mengetahui ada sebuah institut pendidikan Islam untuk golongan cacat penglihatan iaitu Madrasah Noor. Maka pergilah Busakorn ke Afrika Selatan dan mendaftarkan diri ke institut itu pada tahun 1997.

Ditanya apakah tips-tips buat para penghafaz Al-Qur'an, Busakorn mengatakan yang terpenting adalah ingat bahwa Al-Qur'an adalah yang terbaik dari apapun juga. "Kita harus ingat bahwa akan ada halangan dan dugaan dalam perjalanan kita menghafal, tapi kita harus sabar dan berusaha menghadapi segala rintangan," katanya.

Hassen Murchie, Mudir Sekolah Madrasah Noor menyatakan sangat bangga dengan muridnya itu. "Ini sebuah kebanggaan bagi institut dan negara kami, dia bersama para penghafal al-Qur'an dari 60 negara, tapi ia berhasil memperoleh tingkat mumtaz (tingkat sempurna)," kata Murchie mengakhiri bicaranya.

**Kadangkala manusia yang sempurnapun tidak tahu mensyukuri nikmat Allah SWT. Nikmat pancaindera yang diberikan tidak digunakan ke jalan Allah... tetapi lebih kepada tuntutan nafsu.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

AWARD FROM UKHTI DIDA

السلام عليكم و رحمة الله

Ucapan Terima Kasih yang tak terhingga buat insan yang menyerahkan Internasional Bloogers Community Award ini kepada saya iaitu ukhti Dida.... pemilik blog :::::KASIH RiZHaD:::: Mujurlah kerja rumah yang diberikan tidak membebankan :).

-------------------------

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to
BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!

Questions & Your Answers

1. The person who tagged you
Dida

2. His/her site's title and url
:::::KASIH RiZHaD:::::

3. Date when you were tagged
August 19, 2009

4. Persons you tagged
TO ALL MY FOLLOWERS WHO HAVE NOT GOTTEN THIS TAG AND AWARD FROM ANY OTHER KNOWN BLOGGERS. PLEASE FEEL FREE (DON'T BE SHY.. OK) TO TAKE THIS AWARD FROM ME... BUT DON'T FORGET TO DO SOME JOB (ANSWER THE SIMPLE QUESTIONS) BECAUSE YOU'RE TAGGED!!! TQ SO MUCH......

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, August 18, 2009

BUKAN KISAH BENAR! : ANGKARA BERMAIN KAYU TIGA

السلام عليكم و رحمة الله

Kisah kali ini bukanlah kisah benar tapi merupakan kisah yang bolehlah diklasifikasikan sebagai kisah lucu yang hendaknya boleh memberi pengajaran berguna kepada kita semua InsyaAllah. Angkara bermain kayu tiga.... seorang menantu di belasah oleh bapa mertuanya sampai terduduk dan lebam di muka. Ikutilah kisah Pak Kordi yang berwatak bengis dan serius, Halim yang berperangai seperti budak-budak, Ahmad kawan baik Halim yang kononnya nak membantu menyelesaikan masalah Halim, Bedah.. seorang janda yang sememangnya dilahirkan gagap sejak azali dan Jamilah... isteri Halim yang tak kisah suaminya bermain kayu tiga........ Apapun nama dan watak adalah rekaan semata-mata.. tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke rahmatullah.

Pada suatu petang En. Kordi pergi ke rumah anak perempuan dan menantunya. Dengan wajah yang bengis…. En Kordi terus masuk ke rumah anaknya dan tercari-cari sesuatu.

Jamilah : Ayah! Kenapa ni? Tetiba je masuk.. saya ingat perompak tadi.

Kordi : Aku dari kedai kopi Pak Tam…. Aku dengar cerita laki engkau main kayu tiga. Mana dia?

Jamilah : Dia tak de kat rumah…. Pagi-pagi lagi dah keluar .

Kordi : Dia main kayu tiga kan? Kau tau tak dia pegi mana?

Jamilah : Saya tak tahu dia ke mana. Tapi jiran-jiran selalu nampak moto dia kat sebelah rumah Janda Bedah. Biar jelah ayah... nanti dia balik la tu.

Kordi : Eh! Laki engkau main kayu tiga kau boleh kata biar pulak…. Dia nak kena dengan aku ni…. Aku tak sangka laki engko ni berani main kayu tiga. Depan aku punya la baik…. Muka baby face… perangai macam budak-budak….. ada skandal dengan janda rupanya. Nanti dia.

En. Kordi tanpa membuang masa menghidupkan enjin motosikal kapcai kawasaki e-sky 4 siries berenjinkan 'true boo'nya dan menuju ke rumah janda Bedah. Sampai di sana….

Kordi : Bedah…. Ooo… bedah… Halim… woi Halim… engkau keluar sebelum aku panggil pencegah maksiat.

Sepuluh minit kemudian barulah pintu di buka dan Bedah muncul di muka pintu.

Bedah : Oh Pak Kordi… errmm… errr nak ape datang marah-marah ni? (dengan nada tergagap-gagap)

Kordi : Aku nak jumpa Halim… Halim mana? ( sambil menunjuk tangan tanda geram)

Bedah : Halim? Emm.. emm Ha.. Ha Halim tak da kat sini Pak Kordi.

Kordi : Egkau jangan tipu aku… engkau cakap tergagap-gagap.. Halim mana?? Kau bagi tahu aku cepat...

Bila melihat Pak Kordi semakin marah….. Bedah memberitahu Pak Kordi.

Bedah : Err,, Ha.. ha.. Halim kat ru.. rumah se se sebelah…..

*rumah sebelah adalah rumah Ahmad… iaitu kawan baik Halim yang merupakan abang si Bedah ). Pak Kordi tanpa banyak soal terus pergi ke rumah Ahmad dan melihat motosikal Halim ada di sana.

Pintu di tutup rapat….. bunyi dalam rumah agak bising. Pak Kordi berfikir mesti si Halim sedang berusaha menyelamatkan dirinya. Dengan sekuat tenaga Pak Kordi memecahkan pintu rumah Ahmad dan….

Kordi : Kurang hajar punya menantu…. Kelepak… kelepuk… (terduduk Halim kena penerajang dan penumbuk Pak Kordi)

Ahmad : Sabar Pak Kordi.. sabar… ni apa hal ni??

Kordi : Ape hal ko kata?? Menantu aku main kayu tiga dengan adik ko… ko boleh tanya ape hal?

Ahmad : Pak Kordi….. mana ada dia main kayu tiga dengan kakak saya…. dia main dengan saya la..

Kordi :????? Eh… ko ni gila ke Mad..

Ahmad : Ye la…. Pak Kordi tengok kat belakang…. (Pak Kordi pun ke dapur rumah dan di sana dia melihat sesuatu )

Kordi : Eh… Halim.. ko ni apasal ha??? Tak dak keje lain ke??

Halim : Ayah… saya kecewa sebenarnya…. Ayah selalu kata muka saya macam baby face… perangai macam budak-budak… saya carilah permainan budak-budak. Nak main tuju kasut dalam rumah nanti sial…. Ahmad cadangkan guna kayu….. kami mainla kayu tiga batang ni…. tuju pakai bola.

Kordi : ???????????????????????

*Hmmm… bermain tuju kayu rupanya…. Tak pasal-pasal Halim kena penumbuk plus penerajang pak Kordi. Setiap berita yang datang kepada kita perlu kita selidiki dulu keabsahannya. Dalam kehidupan bermasyarakat… berita-berita yang kurang tepat atau berita yang tidak diperjelaskan boleh membawa kepada permusuhan, pergaduhan dan sebagainya. Saya sendiri sering menerima berita-berita yang perlu disiasat dahulu kebenarannya sejak akhir-akhir ni. Hari ini saja saya menerima dua maklumat tentang kematian dua orang ADUN. Setelah disiasat.... setakat berita ini disiarkan... kedua-duanya tidak benar.

Firman Allah SWT
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Al-Hujurat : ayat 6

والله اعلم


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

TAZKIRAH : RENUNGAN UNTUK AHLI POLITIK

السلام عليكم ورحمة الله


Pada suatu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta kepada Rasulullah SAW agar memberi dia satu jawatan . Tapi, Nabi SAW menolaknya.Sambil menepuk-nepuk pundak sahabatnya itu, kepadanya Nabi SAW berkata, ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan benar dan melaksanakan tugas dan kewajibannya dengan benar pula.'' (HR Bukhari).

Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik boleh menjadi sumber bala bagi orang yang tidak mampu dan tidak bertanggung jawab.Sebaliknya, kata Imam Nawawi lagi, politik dapat pula menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggung jawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua.Boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.

Ia boleh menjadi baik jika tiga syarat ini ada, seperti disebut dalam hadis di atas, iaitu (1)berada di tangan orang yang baik dan berkebolehan, (2)diperolehi dengan cara yang adil dan benar dan bukannya dengan cara merampas terutamanya hak rakyat, dan (3)dipergunakan untuk sebesar-besarnya bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Sayangnya, dalam percaturan politik, orang kerap hanya bicara satu hal, iaitu bagaimana merebut kekuasaan dan mendapat kuasa, bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta mempertanggungjawabkannya kepada rakyat, dan terlebih lagi kepada Tuhan Rabbul Alam, Allah SWT. Diakui, kuasa memang sangat sangat di idamkan oleh semua orang, terutama orang politik dan parti parti politik. Sebab, dengan kuasa, orang membayangkan dapat mencapai semua impian dan keinginannya. Imam Ghazali berkata, dibandingkan harta, kuasa dan tahta jauh lebih menggoda.

Begitulah besarnya amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Amanah bukan untuk dipinta…. Tetapi untuk ditunaikan. Setiap manusia akan dipersoal tentang tanggungjawab yang dipikulnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Kamu semua adalah pengembala…. dan setiap kamu akan dipersoal tentang apa yang kamu gembalai…. Dalam konteks politik… yang digembalai ialah ‘rakyat’.

والله اعلم


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, August 16, 2009

MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN ( 10 ) : IKAN ATAU BUKAN?

السلام عليكم و رحمة الله



Ada tak sahabat-sahabat yang boleh buat "description" makhluk apakah ini? Gambar ni pun dah lama saya simpan... tapi sampai sekarang tak tahu makhluk ni spesis ikan atau bukan...
Apapun.... kisahnya adalah Allah Maha Pencipta. Mungkin banyak lagi makhluk-makhluk ganjil yang akan keluar dari perut bumi. Ganjil pada kita tapi tidak bagi Allah SWT. Salah satu tanda qiamat adalah makhluk-makhluk aneh akan keluar dari perut bumi. Apakah ini tanda qiamat makin hampir? Jawapannya ialah Ya.. mustahil Yaumul Qiamah itu semakin hari semakin jauh.

والله اعلم


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Saturday, August 15, 2009

DUA JENIS LUPA : DUA-DUA MOHON DIHINDARI….

السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian….
Artikel kali ini adalah berkaitan dengan satu penyakit yang hanya menyerang makhluk bernama manusia iaitu LUPA. Saya katakan demikian kerana saya belum pernah mendengar haiwan bersifat pelupa. Begitu juga malaikat… tidak pernah lupa menjalankan tangungjawabnya melaksanakan arahan dan perintah Allah S.W.T


Firman Allah SWT :
Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
(Al-An’am : ayat 61)

Syaithan pula tidak pernah lupa dan senantiasa mengintai peluang untuk menyesatkan manusia.

Firman Allah SWT :
Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).
(Al-A’raf : ayat 202)

Yang lupa hanya manusia…..lupa letak kat mana, lupa nak beli apa, lupa tarikh lahir sendiri. Kalau lupa jenis yang pertama ni…. Ada masalah pada daya ingatannya ( saraf minda) disebabkan beberapa perkara :

Antara penyebabnya adalah: -

* Makan kepala ikan
* Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
* Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
* Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
* Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil "dopamin" akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah buah anggur hitam, madu lebah,halia, buah badam, susu, air zam zam, kismis, jus karot & epal, kurma, tempe dan soya.

Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Jenis kedua ni lebih berbahaya. Ingatannya kuat… tak de masalah… bab temu janji tak pernah lupa, baca buku sepintas lalu pun dah boleh jawab exam dengan mudah. Allah berikan ingatan yang baik…. Yang jadi masalahnya lupa pula dia kepada Allah SWT. Lupa daratan, lupa dosa, pahala, syurga, neraka, LUPA yang dia akan mati satu hari nanti. LUPA jenis ni ada kaitan dengan penyakit hati….

Firman Allah SWT yang bermaksud:
orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.
(Al-‘Araf : ayat 51)

Rawatannya tak lain tak bukan :
1. Banyakkan Zikir
2. Membaca Al-Quran
3. Solat Fardhu dan sunat
4. Muhasabah diri selalu
5. Majlis Ilmu
6. Puasa fardhu dan sunat

Panduan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara menghindarkan penyakit LUPA samada disebabkan oleh penyakit minda ataupun hati. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.

Semoga Allah SWT… memelihara kita dari penyakit ini. Manusia sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk merawat penyakit fizikal. Sebabnya takut kepada mati. Tapi kadang kala malas untuk merawat penyakit hati. Penyakit fizikal boleh menyebabkan kita mati… tapi penyakit hati boleh menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka Allah. Manusia yang punya penyakit hati hanya akan rujuk kepada Allah andai ditimpa bahaya, sakit dan kesusahan. Bila dah rasa selamat, selesa, sihat dan senang lenang… maka penyakit LUPA itu datang kembali. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T sebagaimana maksud firmanNya :

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.
(Az-Zumar : ayat 8)

Terapi hati yang dinyatakan di atas adalah free of charge. Ramadhan hampir tiba…. Jom kita sama-sama rebut peluang ini.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Friday, August 14, 2009

PARA SUAMI : BACA NI!

السلام عليكم و رحمة الله

Panduan kepada insan bergelar suami termasuk lah diri ni…. Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab selayaknya sebagai seorang suami. Ingatlah… tanggungjawab suami merupakan hak isteri dan begitulah sebaliknya. Usah mendabik dada menyalahkan isteri andai kita sendiri belum melaksanakan tanggungjawab terhadap mereka. Moga ada manfaatnya untuk diri ini dan sahabat-sahabat sekalian..InsyaAllah.




Peringatan untuk si suami :

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak- budakkan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup merekaseperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijaklah memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".



والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...
Related Posts with Thumbnails