TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Wednesday, July 15, 2009

CORETAN RINGKAS : AL-QURAN ITU 'SYIFA'

Oleh : SaiFuN NiZaM S.Ag


Al-quran adalah kalam Allah… melihatnya sahaja dikira ibadah.. belum lagi membacanya, mempelajarinya apatah lagi menghayati isi kandungannya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Inilah mu’jizat teragung yang Allah turunkan secara beransur-ansur kepada kekasihNya Muhammad melalui perantaraan Jibril A.S. Malam ini merupakan malam kedua Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan diadakan . Pada tahun ini negeri Perak diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah…. Negeri Perak juga bertuah kerana punya dua wakil.. ini kerana pada tahun lalu kedua-dua wakil negeri Perak telah berjaya menjadi johan kebangsan iaitu sahabat saya Ust Shamsul.. seorang guru agama di SMK Abu Bakar Al-Baqir dan Cik Sharifah Khasif (naib johan antarabangsa 2008). Mereka secara automatik layak atas kapasiti sebagai Johan Menunggu. Sewaktu artikel ni di tulis…. Peserta dari Selangor.. Saudari NorFaizah Panut… bekas peserta Akademi Al-Quran Musim Kedua sedang memperdengarkan bacaannya… klik untuk artikel penuh...

Teringat kenangan saya waktu mula-mula nak belajar al-Quran. Masa zaman kanak-kanak… sifat malas tu memang ada… namun syukur, berkat ketabahan ayahanda dan bonda yang tak jemu-jemu mendidik dan mengajar… bacaan al-Quran sudah agak sebati dalam diri ini. Saya bersyukur kerana punya ayah dan ibu yang mengambil berat tentang ilmu al-Quran. Andainya sewaktu kecil saya tidak dipedulikan… nak baca-baca… tak nak baca sudah… mungkin sekarang saya akan menjadi sebahagian manusia yang cemburu melihat ada insan yang mampu membaca al-Quran dengan baik… apatah lagi mengalunkan dan melagukan Al-Quran dengan alunan yang amat merdu. Sabda Rasulullah SAW… Bukan dari golonganku mereka yang tidak melagukan Al-Quran. Huraian dan pemahamannya mudah.. Rasulullah mengajak manusia menjadikan Al-Quran itu sebagai sumber menghiburkan hati… bukankah Al-Quran itu ‘Syifa’ atau penawar kepada penyakit jiwa dan rohani? Bila kita terhibur… sudah pasti kita akan selalu membacanya… dan secar tidak langsung dapat merawat ‘kemurungan rohani’ Namun sekiranya ‘Syifa’ ini pinggirkan… maka penyakit rohani akan menjadi bertambah kronik.

Kerana jasa ayah dan ibu saya ikut musabaqah sewaktu di sekolah rendah…sampailah ke peringkat negeri Perak…. Dengan izin Allah… saya diterima masuk ke SMKA Sultan Azlan Shah dan di sana pembelajaran tentang Al-Quran ini lebih berfokus.. Terima kasih Ust. Osman Kuala Kangsar yang mengajar dan memantapkan tarannum dan qiraat.. Ust. Hassan yang menjadi penunjuk ajar dalam ilmu tajwid dan Ust. Zahidan… yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang Ulumul Quran. Jasa kalian tidak mungkin saya lupakan….

Mungkin di zaman moden ni… kita sebagai ibu bapa pelu berhadapan dengan pelbagai ujian untuk pastikan anak-anak kita berjaya menjadi seorang pembaca al-Quran yang baik…. Alangkah indahnya kalau anak-anak kita dapat membaca, menghafaz dan menanamkan roh al-Quran dalam diri mereka.

Kalau dulu anak-anak menangis bila diajar oleh ibu bapa mereka…. Mana taknya… silap sikit saja… pasti ada hukuman.. Kalau tak rotan, baca sampai dapat.. sejam.. dua jam… duduklah kat situ. Zaman sekarang ni pula… ibu bapa yang sampai menangis mengajar anak mereka membaca al-Quran… :)

Itu saja coretan ringkas saya… saya nak mengkhusu’kan diri mendengar peserta seterusnya mengalunkan bacaan iaitu Sdr. Amir Rahman… naib johan kebangsaan tahun lalu yang juga bekas pelajar Akademi Al_Quran. Salamun alaikum….

No comments:

Related Posts with Thumbnails