TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Tuesday, June 30, 2009

EKSKLUSIF UNTUK ANDA : ALAM GHAIB


Assalamualaikum... buat sahabat semua, anda nilailah sendiri.... perhatikan imej di dalam bulatan.

Info gambar : Gambar ni di ambil sekitar tahun 2004 di kawasan sebuah sekolah. Lokasinya berhampiran logi, ada hutan tepi tu. Tujuan gambar di ambil.... sebelum tu, ramai pelajar perempuan yang lemah semangat kerana melihat wajah makhluk ( lembaga ). Selepas gambar 'pemandangan' luar asrama itu di ambil, inilah hasilnya. Gambar ni ekslusif untuk anda kerana saya percaya ianya belum pernah dipamerkan di mana-mana laman blog. Saya simpan gambar ni tanpa diedit sedikit pun kecuali saya letakkan bulatan tu supaya anda dapat melihat imej di dalamnya dengan lebih jelas. Hari ini saya putuskan untuk paparkan buat tatapan anda setelah hampir lima tahun saya menyimpannya.... anda nilailah sendiri... samada percaya atau tidak, ianya hak anda. Tidak perlu anda percaya kepada gambar ini 100%, tetapi sebagai seorang Islam.. menjadi kewajiban kepada kita untuk mempercayai perkara-perkara ghaib. Wallahu 'alam.

*Kisah kejadian histeria dan kemurungan yang berlaku tidak dapat saya ceritakan secara detail atas sebab-sebab dan alasan tertentu.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, June 29, 2009

CATATAN RINGKAS : BAITURRAHMAN MENGGAMIT MEMORI

Oleh : Saifun Nizam S.Ag

Kalau anda ke Banda Aceh, ibu kota Provinsi (Negeri ) Nanggroe Aceh Darussalam (NAD), pasti akan menyaksikan kemegahan Masjid Raya Baiturrahman. Sebab, di samping senibinanya yang indah, juga letaknya seperti di jantung kota. Kerana itu, terasa belum lengkap jika berkunjung ke kota paling hujung Pulau Sumatera ini bila kita belum menyaksikan keindahan masjid yang dinobatkan antara salah satu masjid terindah di Asia Tenggara.

Ada yang menyebutkan nama Masjid Raya Baiturrahman ini berasal dari nama masjid raya yang dibangun oleh Sultan Iskandar Muda pada 1612 M. Riwayat lain menyebutkan bahwa masjid ini sudah dibangun jauh sebelumnya. Sultan Iskandar Muda hanya melakukan sedikit ubahsuai.

Bila dilihat dari bentuknya, Masjid Raya Baiturahman Banda Aceh ini memiliki keunikan tersendiri. Ketika berada di depan pintu gerbang, Masjid Baiturrahman ini menampakkan tiga kubah utama. Dari kejauhan, ketiga kubah itu menampakkan nilai estetika yang sangat menarik. . Secara umum, senibina Masjid Raya Baiturrahman bercorak eklektik, iaitu suatu rancangan yang dihasilkan dari gabungan berbagai unsur dan model terbaik dari berbagai negeri sehingga bangunan masjid menjadi begitu megah dan indah. Untuk menambah kemegahan dan keindahan, masjid ini diposisikan di tengah lapangan yang luas dan terbuka sehingga semua bahagian masjid bisa terlihat dengan jelas dari kejauhan.

Bahagian pertama masjid adalah gerbang yang posisinya menempel dengan unit utama. Setelah gerbang, terdapat serambi yang berbentuk persegi panjang. Bahagian depan, kiri, dan kanan serambi dikelilingi oleh tangga yang membentuk huruf U. Pada ujung tangga depan, terdapat tiga bukaan (jendela tanpa pintu) yang dibentuk oleh empat tiang langsing silindris model senibina Moorish yang banyak terdapat di masjid-masjid Afrika Utara dan Sepanyol, antara tiang satu dengan lainnya dihubungkan dengan pintu gerbang patah model Parsi.

Begitulah antara keunikan Masjid Raya Baiturrahman. Kalau bukan kerana peristiwa tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, sudah tentu ada yang belum mengenalinya. Apabila tsunami ‘mengamuk’ di Indonesia, kita dapat melihat bagaimana Masjid Raya Baiturrahman menjadi saksi ‘amukan’ tersebut. Ratusan manusia menjadikan masjid tersebut tempat pautan menyelamatkan diri, bukan Masjid Raya Baiturrahman sahaja, bahkan masiid-masjid lain pun menjadi tempat perlindungan ketika tsunami menyerang. Saya dimaklumkan masjid IAIN juga sarat dengan manusia, macam-macam bunyi boleh di dengar, bunyi tulang patah pun ada disebabkan padatnya manusia ketika itu. Begitulah cerita seorang sahabat ketika ditemuramah oleh sebuah stesyen radio seingat saya. Sewaktu kejadian tsunami, saya telah pulang ke Malaysia. Semasa di sana kejadian gempa memang kerap berlaku. Kalau di lihat, line putih pembahagi jalan banyak yang bengkang bengkok. Pengalaman berhadapan dengan gempa juga banyak kali saya rasai. Sewaktu solat Jumaat pun pernah, ramai jemaah yang bertempiaran lari, sewaktu kuliah jangan cakap lah.

Berbalik kepada Masiid Raya Baiturrahman, masjid yang dua kali pernah dibakar oleh Belanda ini sememangnya menjadi tumpuan pengunjung terutamanya di waktu petang. Saya juga sering menenangkan jiwa di masjid ini. Tak hanya itu, keberadaan kolam air di depan masjid semakin menambah keindahan Masjid Baiturrahman. Posisinya yang berada di tengah-tengah jalan antara kiri dan kanan dengan luas sekitar lima hingga tujuh meter tersebut turut menjadikan Masjid Baiturrahman nampak seolah-olah ‘Tajmahal’. Meskipun sudah 10 tahun ‘meninggalkan’ Baiturrahman, saya masih terkenang tenangnya berada di sana, menunaikan solat selepas bersantai dan pengalaman yang mungkin tidak dapat saya lupakan ialah berada di kawasan masjid dicelah-celah ratusan ribu manusia mendengar ceramah perdana K.H Zainudin MZ, pemidato tersohor Indonesia.

*sejarah MRB dipetik dari pelbagai sumber

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

BAGAIMANA ANDA MELAYAN TETAMU?

Adab bertandang jaga hak tetamu, tuan rumah

Oleh : Mohd Shahrizal Nasir

Bertamu disyariat hanya tiga hari, dilayan ikut kemampuan agar terpelihara persaudaraan

ISLAM menitikberatkan hubungan sesama manusia. Justeru, Islam menggariskan adab dan etika bagi memuliakan tetamu. Sebenarnya, tetamu adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab terhadap tetamu selama berada di rumahnya. Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan Muslim memiliki iman sempurna. Lebih utama, apabila tetamu itu ialah saudara seagama tetapi itu tidak menafikan hak bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada tuan rumah beragama Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya." (Hadis riwayat Muslim)

Menghormati serta memuliakan tetamu juga sunnah nabi dan rasul yang diutuskan sebagai contoh ikutan terbaik. Nabi Ibrahim AS antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan yang baik. Allah merakamkan perihal Nabi Ibrahim menerusi firman-Nya bermaksud: "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu", Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu (sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silakanlah makan." (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27)

Begitu juga dengan Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya malaikat untuk menguji kaumnya. Baginda sedaya upaya menjaga keselamatan tetamu itu daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: Wahai kaumku, di sini ada puteriku, mereka lebih suci bagi kamu (maka kahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu memberi malu kepadaku di depan tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?" (Surah Hud, ayat 78) Inilah antara contoh menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Jika disoroti sejarah Rasulullah SAW, dapat dilihat golongan Ansar menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu. Mereka memberi layanan dan bantuan istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di bumi Makkah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah. Segala keperluan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh golongan Ansar.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat." (Surah al-Hasyr, ayat 9)
Amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan saja menunjukkan perilaku terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara adab memuliakan tetamu yang dianjurkan Islam ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta wajah manis, bertanya khabar dan menyembunyikan masalah keluarga supaya tidak diketahui tetamu.

Selain itu, menyajikan hidangan makanan dan menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan diperlukan jika mereka bermalam di rumah juga sebahagian daripada adab memuliakan tetamu. Apa yang lebih penting, semua itu disediakan mengikut kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira dan tidak berlebihan serta bukan untuk bermegah. Firman Allah bermaksud: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu." (Surah al-Furqaan, ayat 67)

Hati-hati dengan kehadiran tamu tak diundang

Ulama menyatakan bertamu yang disyariatkan ialah tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam, sementara dua hari selebihnya, maka disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah saja. Sebenarnya, keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Amalan yang awalnya dianggap mulia, tetapi jika berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri menimbulkan suasana tidak elok, malah mungkin menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu." (Hadis riwayat Bukhari)
Bagi pihak tetamu, mereka juga harus menjaga adab serta etika bertamu. Contohnya, memilih masa sesuai bagi tuan rumah sebelum bertandang.
Percakapan juga mesti sentiasa dijaga supaya tidak mengundang rasa kurang senang kepada tuan rumah serta tidak sesekali menyakiti hati mereka. Selain itu, mereka harus menjaga tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah menyelesaikan tugasan lebih penting. Tetamu patut mengucapkan terima kasih atas layanan diberikan tuan rumah pada akhir kunjungan serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Di samping itu, tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah jika didapati berlaku sepanjang berada di rumah itu.

Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

INFO RINGKAS : ADAB MENZIARAHI JENAZAH


Adab Menziarahi Jenazah

1. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan dari Allah S.W.T
2. Memberi bantuan dalam urusan penyempurnaan jenazah.
3. Membaca surah-surah al-Quran
4. Mengucapkan kata-kata yang oleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
5. Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah
6. Memperlihatkan riak wajah dan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya si mati ke rahmatullah.
7. Menunaikan solat jenazah

Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah

1. Berbual kosong di halaman rumah tanpa ada rasa insaf atau kesal
2. Membuat perkara yang boleh menyinggung perasaan ahli keluarga jenazah seperti mengungkit sikap buruk si mati.
3, Meratapi dan meraung atas pemergian si mati.
4. Tidak menerima ketentuan Allah seperti mengungkapkan "Allah tidak adil kerana mengambil nyawa si mati terlebih dahulu.
5. Membebankan keluarga si mati dengan seperti meminta hutang dll.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, June 25, 2009

KISAH BENAR & HIKMAH PENGHARAMAN BABI... MESTI BACA

Oleh : Saifun Nizam S.Ag



Imej menunjukkan seekor babi sebesar badak yang berjaya dibunuh oleh seorang remaja

Akhir-akhir ini, dunia digemparkan dengan virus Influenza H1N1 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepas dari ancaman virus pembunuh ini. Setakat petang tadi (25/6/09) sebanyak 91 kes telah direkodkan. Saya percaya angka kes akan terus bertambah kerana penularannya amat misteri dan sukar dibaca. Sepuluh tahun lalu iaitu pada awal tahun 1999, Malaysia serta seluruh dunia juga dikejutkan dengan bencana penyakit yang disebabkan oleh babi iaitu Virus Japanese Encephalitis (JE). Belum lagi dijumpai penawar penyakit tersebut… sekali lagi dunia dikejutkan dengan Virus Hendra juga disebabkan oleh babi. Tak habis dengan itu… sekitar pertengahan tahun 2003 sekali lagi serangan penyakit yang tidak berkesudahan iaitu penyakit SARS juga dipercayai asalnya dari babi… melanda negara. Teringat saya sewaktu ingin menaiki flight penerbangan ke Sabah bersama rakan-rakan sepasukan (nasyid KAGUM kebangsaan 2003)… ada sahabat saya yang memakai topeng muka untuk langkah keselamatan.
Perihal pengharaman memakan daging babi ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dengan tegas di dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah, tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Ternyata amaran yang dikeluarkan oleh Allah S.W.T telah mula dapat disyukuri difikirkan oleh mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih mendalam kenapa dan mengapa babi itu haram… sedangkan ia juga makhluk Allah.
Di dalam Journal of Virology, dilaporkan kajian yang dijalankan oleh 12 orang pakar-pakar sains telah menemui terdapat sel-sel tertentu pada kerongkong babi yang mampu mengubah kuman virus kepada bentuk yang amat merbahaya kepada manusia. Selain itu… seorang saintis Jerman juga telah membuat kajian bahawa di dalam tubuh babi terdapat sejenis cacing yang bentuknya amat kecil. Cacing ini di gelar ‘cacing pita’. Adakah sebab itu sahaja babi diharamkan? Saya rasa tidak….
Islam adalah agama yang amat mementingkan tentang hubung kait makanan,minuman dengan ibadah seharian… dalam satu hadis, Rasulullah SAW mempersoalkan tentang seorang pemuda yang kusut masai pakaiannya, penuh debu wajahnya, menadah tangan memohon sesuatu kepada Allah. Lantas Rasulullah SAW, menyatakan…. bagaimana Allah SWT hendak mengabulkan doanya sedangkan pakaiannya haram, makan minumnya adalah benda haram dan setiap sesuatu yang disuapkan ke mulutnya adalah benda-benda haram. Menurut saya… babi tidak hanya diharamkan kerana zatnya yang memudaratkan… tetapi disebabkan sikap atau lebih jelas perangai babi itu sendiri.
Teringat saya tentang kisah Syeikh Muhammad Abduh, Tokoh Gerakan Islah terkenal sewaktu beliau berkunjung ke Perancis. Pemuda di sana mempertikaikan tentang ‘kekotoran’ daging babi. Mereka menyatakan bahawa babi sekarang adalah bersih… dipelihara dan dijaga makan minumnya… tidak mungkin membawa penyakit. Syeikh Muhammad Abduh telah meminta mereka menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina untuk dijadikan ‘eksperimen’nya. Setelah disediakan… dilepaskan tiga ekor ayam tersebut ke dalam kandang…. maka terjadilah pergelutan antara dua ekor ayam jantan kerana sifat cemburu dan saling mempertahankan seekor ayam betina tersebut. Di lepas pula tiga ekor babi tadi ke dalam kandang… maka babi tersebut tidak ada rasa cemburu… bahkan saling ‘tolong menolong’ untuk ‘mendapat’kan babi betina yang ada dalam kandang tersebut. Syeikh Muhammad Abduh lantas menyatakan… itulah sifat babi. Apa yang kita makan akan mempengaruhi sifatnya. Sekiranya kita makan daging babi… maka hilanglah sfat cemburu kita….kita tidak kisah kalau isteri kita bergaul dengan bukan mahram dengan keadaan yang meragukan.. kita tidak ambil peduli anak perempuan atau anak lelaki kita keluar dengan sesiapa… bahkan kalau suami, mungkin akan menjadi suami yang dayus, wallahu’alam.
Satu kisah yang mungkin dapat kita kongikan bersama… satu lagi pengalaman saya sewaktu di Pulau Sabang. Pelik saya memikirkan….. dari mana le datangnya makhluk Allah tu…. memang banyak. Pernah saya naik motosikal…. saya terpaksa memberhentikan motosikal untuk memberi laluan kepada makhluk-makhluk ni melintas jalan… mereka melintas dengan cukup tenang.. seolah-olah merekalah penghuni asal pulau tersebut. Saya pernah mendengar cerita bahawa babi adalah haiwan yang amat kuat sifat pendendamnya. Mungkin ada benarnya berdasarkan cerita berikut…. sewaktu mengikuti KKN di Pulau Sabang…. kehadiran babi atau bahasa acehnya ‘bui’ sememangnya memeningkan kepala penduduk….habis tanaman dikerjakan… tidurnya pula kadang-kadang di bawah rumah. Suatu hari seorang jiran di mana saya ditempatkan marah-marah kerana tanaman ubi kayunya telah dikerjakan oleh sekumpulan ‘bui’. Pak cik ni pun pasang perangkap pukat…. lekatlah seekor…. dia hentam ‘bui’ ni sampai mati… dan perbuatan ni diperhatikan oleh sekumpulan babi-babi lain dari jarak jauh. Saya tidak melihat dia menghentam ’bui’ itu… tapi saya melihat sendiri babi yang telah mati dikerjakannya…. apa yang lebih memeranjatkan…. esoknya pakcik itu pula diserang oleh sekumpulan babi... melambung juga kena sodok. Itulah kisahnya…
Syeikh Muhammad Abduh sememangnya telah membuka rahsia pengharaman babi mengatasi kemampuan sains dan teknologi. Selain sel-sel yang membahayakan…. sifat babi yang dayus, pendendam juga amat merbahaya kepada manusia… Itulah hikmahnya Allah SWT amat tegas dalam pengharaman babi… tujuannya untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan rohani manusia dari sifat mazmumah. Wallahu’alam.


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN ( 3 ) : GAMBAR TERBARU BULAN

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 54 yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.
Gambar permukaan bulan yang dirakam oleh kapal penyiasat kecil KAGUYA


PANORAMA yang menunjukkan bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat KAGUYA milik Jepun.
TOKYO- Agensi Angkasa Jepun menyiarkan gambar terbaru permukaan bulan yang dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat kecil iaitu KAGUYA beberapa minit sebelum ia terhempas, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinasi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu.
Imej permukaan bulan yang tandus dan beralun-alun itu semakin jelas sebelum KAGUYA terhempas. Bayang-bayang panjang turut kelihatan pada permukaan bulan kerana kerana kapal tersebut mendarat ketika matahari terbenam.
Rakaman akhir pendaratan itu gelap kerana kapal itu memasuki kawasan bayang yang tidak mempunyai cahaya sekaligus tiada impak mendarat dapat dirakam.
Proses mendarat yang dikawal itu menyempurnakan misi pemerhatian bulan oleh KAGUYA yang dilancarkan pada 14 September 2007 dengan kos mencecah RM2 billion.
KAGUYA melakukan kerja-kerja pemetaan, meninjau permukaan bulan dan mengkaji medan magnetic dalam tempoh dua tahun- Agensi

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN ( 2 ) : BERKONGSI BADAN

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-An'am ayat 102 yang bermaksud :
(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, Maka sembahlah Dia; dan Dia adalah pemelihara segala sesuatu.























KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, June 24, 2009

KISAH MU'JIZAT ( 3 ): DAGING YANG BERACUN

Daripada Jabir r.a meriwatkan bahawa seorang Yahudi daripada Khyber telah menjemput Rasulullah SAW ke suatu jamuan. Dia menggaul daging kambing dengan racun dan meghidangkannya. Rasulullah mengambil sedikit dari daging tersebut dan makan sedikit. Sebahagian para sahabat pun memakannya. “Angkat tangan-tangan kamu!” Sabda Rasulullah SAW lantas menyoal Yahudi tersebut. “Adakah kamu meletakkan racun pada daging ini?”. “Siapa yang memberitahumu?”. Soal Yahudi itu kembali. Rasulullah SAW menjawab, “Daging yang ada pada tanganku ini”. “Ya!” jawabnya lalu menambah,, “aku lakukan itu untuk mengetahui bahawa jika kamu seorang nabi, racun ini tidak akan memudaratkanmu, jika kamu bukan nabi, kami akan menghapuskanmu”. Dengan itu Rasulullah SAW memaafkannya. Walau bagaimanapun, salah seorang dari sahabat telah meninggal dunia kerana memakan daging beracun tersebut.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, June 23, 2009

ANTARA NENEK TUA DAN PEREMPUAN MUDA


Sahabat sekalian.... anda carilah perbezaan dua gambar di atas. Bila melihatnya secara pandangan mata kasar, mungkin kita akan melihat dua wajah berbeza... satu gambar nenek... satu lagi gambar perempuan muda. Tahukah anda... wajah di atas adalah hasil lakaran satu gambar sahaja. cuma diterbalikkan... tidak ada bezanya... dan tidak ditokok tambah sama sekali. Kerana itulah saya nyatakan sekiranya anda melihat ada perbezaan secara pandangan mata kasar... mungkin anda telah 'tertipu'. Untuk apa gambar ini saya pamerkan? Tidak lain dan tidak bukan... sebagai renungan bersama......
Saya teringat pesan ustaz saya semasa di menuntut di sekolah menengah.... dunia ini hanya tempat singgah sementara. Carilah bekal untuk menuju ke destinasi yang pasti kita akan pergi... wajib pergi dan tidak mungkin kita tidak akan pergi. Sebaik-baik bekal itu adalah taqwa. Hiduplah dengan 'washatiyah'.... akhirat di cari, dunia jangan dipinggir, tapi jangan tertipu dengan tipu daya dunia.
Mengingat tentang dunia... Rasulullah S.A.W pernah diberi gambaran tentang usia dunia semasa peristiwa mi'raj. Rasulullah SAW melihat seorang perempuan tua yang penuh dengan perhiasan dan baginda memohon penjelasan Jibril a.s siapakah perempuan tua tersebut. Jibril menjelaskan perempuan tua itu adalah usia dunia dan perhiasan itu adalah tipu daya yang bakal melalaikan penghuninya.
Oleh yang demikian.... saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan agar sentiasalah kita berwaspada dari tipu daya dunia sebagaimana kita 'ditipu' oleh gambar di atas. Wallahu 'alam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

JANGAN GANGGU BUKIT INI... IA MASIH TIDUR


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Dan sekiranya ada suatu bacaan (Kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (maka al-Quran adalah kitab suci yang mengandungi mu'jizat). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka Tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji".
(Ar-Ra'du : ayat 31)

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, June 22, 2009

TINGGINYA PENGHORMATAN ULAMA TERHADAP ILMU DAN GURUNYA

Kata Saidina Ali Karramallahu wajhah:-
Aku ini bersedia menjadi hamba kepada orang yang mengajarku satu huruf, jika mahu, dia boleh menjual saya, jika mahu, dia boleh menjadikan saya hamba abdinya dan jika mahu, dia boleh memerdekakan saya.

Ada sesetengah daripada ulama generasi kemudian apabila pergi menuntut ilmu kepada gurunya dia terlebih dahulu bersedekah sambil berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tutuplah aib guruku dari pandanganku dan janganlah Engkau hilangkan keberkatan ilmunya daripadaku”.

Kata Imam al-Rabi’:
“Demi Allah, aku tidak berani meneguk air sedangkan guruku imam Asy-Syafie melihat kepadaku, kerana aku merasa gerun dengannya”.

Daripada Imam Asy-Syafie –
“ Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan imam Malik, aku buka dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas itu. “

Diriwayatkan daripada Abu Hanifah –
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah ustazku Ahmad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

Kata Imam Abu Hanifah
Tiada aku solat semenjak kematian tuan guruku Ahmad melainkan aku memintakan ampun baginya bersama kedua orang tuaku,begitu juga aku tidak pernah lupa memintakan ampun untuk orang yang pernah aku belajar darinya atau orang yang pernah mengajarku satu ilmu.

Kata Imam Nawawi di dalam Al-Tibyan:
Dan seharusnya penuntut itu juga dapat beradap bersama kawan-kawannya dan orang -orang yang menghadiri majlis Syeikhnya kerana yang sedemikian ini juga bermakna beradap bersama Syeikhnya, memelihara majlisnya, duduk di hadapan Syeikhnya dengan duduk sebagai murid bukan duduk sebagai guru.

Isham Bin Yusuf sanggup membeli pen dengan satu dinar untuk menulis apa yang didengarnya ketika beliau tidak membawa pennya. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya kesempatan ketika bersama Syeikh dan dapatkanlah faedah daripada mereka kerana yang lepas tidak akan dapat disusuli semula.
*Begitulah tingginya penghormatan ulama terhadap ilmu dan gurunya. Kadang-kadang sedih kita melihat akhlak generasi kini yang kurang menghormati guru.. apatah lagi menghormati ilmu itu sendiri. Wallahu'alam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

PENGERUSI KPP PAHANG MIMPI JUMPA RASULULLAH

Sumber : sabahdaily.com

Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakrisnan telah memberitahu Ustaz Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW.Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah baginda Nabi Muhammad SAW.?
Balakrisnan memberitahu Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah SAW. dan baginda Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.
Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah SAW ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Masya Allah, selepas Ustaz Dato` Tuan Ibrahim memberitahu di dalam ceramahnya saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.
Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.
Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.
Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi SAW. Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi SAW tetap akan bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah SAW sedaya mampu.
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Surah al-Nasr (Kemenangan)
-http://dupahang.wordpress.com

*SNO…. Diharapkan bertambah lagilah saudara Islam kita.. inilah hasilnya bila berkawan dengan ulama… rahmat Allah terbuka luas, tinggal yang empunya diri untuk memutus dan menentukannya.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, June 21, 2009

KISAH BENAR : AKIBAT DERHAKA

Assalamualaikum warahmatullah… saya telah membaca tulisan dan kisah si tanggang versi Indonesia yang dinamakan sebagai Malim Kundang di http://zai6973.blogspot.com/2009/06/benarkah-kisah-sitanggang-benar-benar.html . Tidaklah niat saya untuk mengulas lanjut tentang perkara tersebut… cumanya apabila saya membaca semula kisah tersebut, saya teringat pengalaman saya semasa di Indonesia. Sepanjang kurang lebih lima tahun saya ke sana menuntut ilmu, memang banyak perkara-perkara menarik yang saya lalui. Kebanyakannya menjadi pengalaman dan pengajaran berguna dalam hidup saya. Saya telah menceritakan satu kisah benar yang kalian boleh rujuk di http://www.saifunnizam.blogspot.com/2009/06/kisah-benar.html . Tentang Malim Kundang.. secara ringkasnya ada dua versi. Satu di Aceh yang saya pernah saksikan sendiri sebuah batu yang menyamai hujung sebuah kapal, tapi tidak ada tali, tidak ada orangnya… oleh yang demikian.. sesiapa yang mengiakan cerita Malim Kundang.. mereka bolehlah pergi ke Padang Indonesia kerana di sana anda akan terpegun melihat kapal yang terbelah dua di pinggir laut. Dalam kapal tu ada orang yang seakan-akan sujud, ada tali, ada tempayan…. sememangnya nampak real. (boleh lihat gambar di blog kak zai ) Tak pelah…. kisah si Malim Kundang sama je macam si Tanggang, tidak meng’tiraf ibu kandungnya kerana telah hidup senang, berlaku zalim.. derhaka pada ibu maka si anak di makan sumpah menjadi batu. Kes derhaka ni bukan perkara baru… zaman Rasulullah pun ada. Ingatkah anda kisah pemuda yang sukar menghembuskan nafas terakhirnya akibat tidak dimaafkan kesalahan ‘kecil’nya oleh si ibu….hinggakan Rasulullah ingin membakar pemuda tersebut kerana tidak sanggup melihat penderitaannya akibat pendirian ibu yang tidak mahu memaafkan. Kasih ibu membawa ke syurga.. derhaka anak membawa ke neraka. Kisah derhaka yang akan diceritakan ini adalah kisah benar. Ceritakanlah pada anak-anak kita, adik, abang, kakak kita dan semua orang untuk dijadikan i’tibar. Saya ceritakan ringkas sahaja… seorang anak berumur 16 tahun…. masih muda… lahir dari keluarga yang dhaif. Si anak selalu meminta dari si ibu sebuah motosikal untuk ke sekolah. Si ibu tidak mampu untuk mengabulkan permintaan anak… akibat hilang sabar, si anak telah menendang ibunya ketika ibunya sedang solat. Taqdir Allah menentukan… tidak semena-mena si anak jatuh lalu kakinya terus bercantum dan bersisik seperti ular…. masuk hospital 2 jam kemudian meninggal. Itulah akibat derhaka… tidak semestinya balasan Allah di akhirat… di dunia pun Allah beri hukuman untuk jadi pengajaran kepada kita. Saya masih teringat peristiwa itu hingga ke saat ini apabila terbaca artikel berkaitan derhaka. InsyaAllah…. kalau terlintas untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan pengalaman yang pernah saya lalui…. saya akan kongsikan dengan anda semua … Wassalam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

DI MANA ISTIMEWANYA WANITA?

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Saturday, June 20, 2009

SELAMAT HARI BAPA : PESAN LUQMAN SI BIJAKSANA KEPADA ANAKNYA.

01- Hai anakku! ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03- Hai anakku! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04- Hai anakku! seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

05- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06- Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07- Hai anakku! seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar.Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08- Hai anakku! engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09- Hai anakku! janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10- Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11- Hai anakku! bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12- Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13- Hai anakku! janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama' dengan cara meminta nasihat daripada mereka.

15- Hai anakku! bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16- Hai anakku! bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17- Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18- Hai anakku! bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20- Hai anakku! janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21- Hai anakku! usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata- kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22- Hai anakku! janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23- Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotor tentu akan menyesal.

24- Hai anakku! bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25- Hai anakku! ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
*Selamat menyambut hari bapa buat semua insan bergelar bapa..... hayatilah kata-kata Luqman al-Hakim ini sebagai panduan dan renungan untuk kita bersama.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

KISAH MU'JIZAT ( 2 ): POHON TAMAR YANG BERGERAK

Daripada Abbas r.a meriwayatkan bahawa seorang arab Badwi berjumpa Rasulullah SAW lalu bekata ; “Bagaimana dapat aku kenal bahawa engkau seorang nabi?”. Rasulullah SAW menjawab, “Pohon tamar ini bersaksikan kerasulanku”. Rasulullah SAW lantas memanggil pohon tamar itu lantas ia bergerak menuju kepada Rasulullah SAW dan sujud di hadapan baginda. Selepas itu pohon tamar tersebut disuruh kembali ketempatnya, maka kembalilah pohon itu ketempat asalnya. Menyaksikan peristiwa tersebut maka orang badwi itu memeluk Islam. (HR At-Tirmizi)

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

INFO RINGKAS : ADAB TIDUR

ADAB TIDUR
1. Disunatkan berbaring atas pinggang kanan dan membaca doa sebelum tidur (BU & M )
2. Disunatkan berwudhu’ seperti akan solat sebelum tidur (BU & M )
3. Jangan tidur meniarap kerana dibenci Allah ( AD )
4. Boleh tidur terlentang sambil meletakkan satu kaki di atas kaki yang lain.(BU & M)
5. Disunatkan disatukan tapak tangan lalu dihembus. Kemudian membaca 3 Qul dan diusap kesemua bahagian tubuh yang terjangkau bermula dari kepala.
6. Jika terdengar salakan anjing atau ringkikan kuda di waktu malam, maka berlindunglah kepada Allah kerana mereka melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia ( AD)
7. Jika mendengar ayam jantan berkokok, maka mohonlah kepada Allah kurniaNya kerana ia sedang melihat malaikat. (BU & M )
8. Jika bermimpi yang tidak baik, maka mohonlah perlindungan dari Allah dan jika bermimpi kebaikan, dan hendaklah mengucap puji syukur kepadaNya. (BU & M )
9. Disunatkan menambah amalan sebelum tidur seperti bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33x. ( BU & M )

*nota
(BU & M ) = Bukhari Muslim
( AD ) = Abu Daud

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Friday, June 19, 2009

INFO RINGKAS : ADAB MAKAN DAN MINUM


ADAB MAKAN
1. Hendaklah membaca Bismillah pada mula dan Alhamdulillah pada akhirnya.
2. Tidak boleh mencela makanan dan sunat memujinya.
3. Hendaklah makan dari yang dekat dan menasihati orang yang kurang sopan.
4. Sunat makan dengan 3 jari dan menjilatnya selepas makan.
5. Makruh makan sambil menyandar
6. Jika Nabi SAW makan bersama tetamu, baginda yang penghabisan menyudahi makanan.
7. Hendaklah membersihkan sisa dipiring dan mengambil apa yang jatuh darinya
8. Sunat memperamaikan peserta pada hidangan.

ADAB MINUM
1. Janganlah minum sekaligus macam unta, tetapi minumlah dua atau tiga kali dan bacalah nama Allah sebelum dan sesudahnya.
2. Jangan bernafas pada tempat minum atau meniup kedalamnya.
3. Sunat memberi sisa minuman kepada orang yang di sebelah kanan.
4. Sunat orang yang melayani minuman, minum yang terakhir sekali.
5. Jangan minum dari bejana emas atau perak.



*Rujukan : kitab hadis Sahih Bukhari, Muslim dan Sunan at-Tirmizi, Abu Daud.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

KISAH MU’JIZAT (1) : RUSA YANG BERJANJI DAN BERSAKSI

Diriwayatkan daripada Tabrani dan Baihaqi bahawa Ummi Salmah r.anha katanya “Pada suatu hari Rasulullah SAW merentasi satu hutan dan telah ditegur oleh seekor rusa betina. Didapati seseorang sedang tidur di sebelah rusa tersebut. Rasulullah SAW lantas bertanya kepada rusa tersebut. “Apakah yang hendak kamu katakan?”. Rusa itu berkata , “ Orang itu menangkapku dan dua ekor anakku sedang kelaparan di suatu tempat. Jikalau tuan melepaskan aku, nescaya aku akan kembali selepas aku menyusukan mereka”. “Pastikah kamu kembali?” Tanya Rasulullah SAW. Rusa itu menjawab : “Ya”.
Rasulullah lalu melepaskan rusa tersebut dan ia kembali semula setelah menyusukan anaknya maka rusa tersebut ditambat semula oleh Rasulullah SAW. Apabila orang itu terjaga dari tidurnya, dia bertanyakan apa yang Rasulullah mahu. Nasihat Rasulullah kepadanya : “Bebaskan rusa ini”. Maka rusa itu pun dibebaskan dan meninggalkan kawasan tersebut dengan berkata : “Aku bersaksi bahawa tiada sesuatu yang layak disembah melainkan Allah dan kamu adalah RasulNya.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, June 18, 2009

PETANDA KEAGUNGAN : KEAJAIBAN TANGAN & JARI

Di antara nikmat Allah yang besar kepada manusia adalah diberikannya tangan dan kaki yang sangat besar manfaat kegunaannya. Di hujung tangan ini ada jari jemari yang memiliki banyak sekali fungsi dan kegunaan.
Jari jemari tangan kita yang normal kiri dan kanan, ,masing-masing terdiri dari 5 sehingga semuanya ada 10 dan masing-masing memiliki 4 ruas ( kecuali ibu jari memiliki 3 ruas) dan jumlah keseluruhannya 38 ruas.

Jari kelingking (4 ruas)
Jari manis ( 4 ruas)
Jari tengah ( 4 ruas )
Jari telunjuk ( 4 ruas )
Ibu jari ( 3 ruas )
Jumlah keseluruhan = 19 ruas

Angka dan bilangan 19 itu sendiri begitu unik serta telah merungkaikan kod matematik yang terdapat dalam al-quran hasil kajian seorang sarjana pertanian dari Mesir bernama Rashad Khalifa.

Garis di telapak tangan

Jika dilihat di atas telapak tangan kita… kita akan dapat melihat angka arab iaitu ١٨ ditelapak tangan kanan dan ٨١ di telapak tangan kiri. Di dalam angka arab ianya bermaksud 18 dan 81. Sekiranya di campur keduanya 18+81 akan menyamai Asmaullahul Husna ( Nama-nama Allah) berjumlah 99 yang terdapat dalam al-quran. Sekiranya digabungkan akan menghasilkan angka 1881. Angka ini boleh didapati daripada pendaraban angka unik 19x99 = 1881.
Manakala apabila tangan kanan diterbalikkan akan menghasilkan kalimat Allah (dalam khat thulus) sebagaimana yang boleh di lihat dalam gambar di atas. Begitulah besarnya rahsia Allah… dan rahsia ini hanya boleh dilihat bagi golongan manusia yang senantiasa mensyukuri nikmat aqal untuk berfikir kearah kebaikan. Wallahu ‘alam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

MAKHLUK ALLAH BERNAMA BIGFOOT.. KHAYALAN ATAU REALITI

Cerita 'bigfoot' pernah menggemparkan negara sekitar akhir tahun 2005 hinggalah pertengahan tahun 2006. Macam-macam cerita yang kita dengar tentang bigfoot ni. Penemuan bigfoot di negara seperti di US, Rocky Mountain dan sekitar Great Lakes sememangnya pernah kita dengar kerana ianya di'dokumentari'kan. Apakah makhluk ini benar-benar wujud di Malaysia khususnya di negeri Johor sebagaimana yang pernah dihebohkan? Jawapannya mudah... wallahu 'alam.. hanya Allah S.W.T yang mengetahui tentangnya. Belum pernah ada sumber-sumber 'akurat' penangkapan bigfoot. Hanya yang tersiar tentang kewujudan tapak kakinya, tempat tidurnya.... bigfootnya sentiasa berjaya meloloskan diri. Gambar yang akan disiarkan di bawah inipun belum tentu dapat menjawab persoalan dan keraguan kita.... adakah ini bentuk makhluk Allah tersebut .. atau bukan. Saya tidak mampu memberikan jawapan tanpa ada bukti yang benar-benar mengiakannya.. Wallahu'alam.

Kalau tengok gambar ni pakcik tu bergambar dengan cukup steady tanpa rasa takut. Bigfoot tu pun cool je... sporting pulak ... siap bagi posse pegang pokok... nak pegang bahu pakcik tu... rendah sangat.


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI DENGAN PEROMPAK

Nama Syeikh Abdul Qadir Jailani r.a sememangnya sudah terkenal di kalangan umat Islam sehingga ke hari ini. Beliau merupakan seorang wali dan ulama yang masyhur. Sebagai seorang yang soleh dan warak, beliau telah meninggalkan kepada kita satu kisah hidup yang boleh kita jadikan tauladan.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani yang telah diriwayatkan oleh Luqman Hakim. Kisahnya bermula : “ Sebagai seorang Islam, saya sentiasa berpegang kepada kebenaran dalam apa jua perbuatan dan percakapan semenjak kecil lagi. Saya sentiasa bercakap benar di mana saja saya berada. Pada suatu hari saya telah berangkat dari rumah menuju ke kota Baghdad untuk menuntut ilmu. Oleh kerana Baghdad itu sangat jauh dari tempat kediaman saya, ibu saya telah membekalkan saya sedikit wang iaitu sebanyak empak puluh dinar sebagai perbelanjaan pergi dan balik. Sebelum berangkat ibu saya telah berpesan untuk sentiasa bercakap benar apalagi tujuan saya keluar adalah untuk menuntut ilmu.
Dalam perjalanan tersebut, saya telah menumpang rombongan kafilah kerana perkara terseut adalah biasa bagi orang yang hendak berjalan jauh, apatah lagi ketika itu umur saya masih muda. Dalam perjalanan tersebut, kafilah yang saya ikuti terpaksa melalui daerah Hamadan sebelum sampai ke tempat yang dituju. Kebetulan ketika kami sampai ke daerah tersebut, sekumpulan perompak menahan kami seterusnya menjadikan saya sebagai tawanan mereka.
Semasa saya dibawa pergi, salah seorang perompak itu bertanya: “ Apakah yang kamu bawa bersamamu wahai budak?”. Saya hanya membawa empat puluh dinar”. Ujar saya dengan tegas. Perompak itu kemudian meninggalkan saya kerana menyangka saya mempermain-mainkannya. Kemudian datag lagi seorang perompak dan bertanya soalan yang sama. Dengan tegas saya memberitahu perompak tersebut bahawa saya membawa bersama empat puluh dinar sebagai bekalan. Perompak tersebut kemudian membawa saya kepada ketua mereka. Ketua perompak itu juga bertanyakan soalan yang sama dan juga dengan tegas jawapan saya teta sama. Ketua perompak tersebut lantas berkata : “Hai budak, kenapa engkau begitu berani sekali berkata benar sedangkan engkau membawa wang?”
Saya menjawab “ Tuan, sejak kecil ibu bapa saya telah berpesan untuk bercakap benar, hinggakan sebelum berangkat untuk menuntut ilmu ke Baghdad pun dia berpesan agar saya tidak bercakap bohong. Saya tidak sampai hati untuk mengkhianati pesanan dan nasihat ibu saya. Apalah harga empat puluh dinar ini, untuk dibandingkan seseorang yang ingin menuntut ilmu kerana Allah.
Setelah mendengar jawapan tersebut, ketua perompak itu lantas menangis tersedu-sedu di hadapan saya sambil berkata : “Alangkah mulianya budi pekertimu wahai budak, dan alangkah beruntungnya ibu yang melahirkanmu. Sedangkan masih kecil begini engkau takut berbuat dosa, tetapi aku pula tanpa segan silu membuat kejahatan dan mengkhianati janji serta amanah Allah. Demi Allah, mulai hari ini aku bersumpah akan bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Ketua perompak itu akhirnya mengarahkan orang-orangnya supaya memulangkan semua harta kafilah saya. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke kota Baghdad.

Begitulah kisah yang terjadi antara Syeikh Abdul Qadir Jailani ketika kecilnya dengan sekumpulan perompak dewasa.

*Adakah lagi insan sejujur Syeikh Abdul Qadir Jailani dan kumpulan perompak seperti yang telah diceritakan dalam kisah tersebut di dunia ini??

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, June 17, 2009

6 PERSOALAN DUNIA


1. Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia?
Yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
Yang paling jauh adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

3. Apa yang paling besar di dunia ?
Yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al -A'Raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Apa yang paling berat di dunia ?
Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Apa yang paling ringan di dunia ?
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat, kerana bermain kita meninggalkan solat, kerana kerja kita meninggalkan sholat.

6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

RASULULLAH S.A.W PEMIMPIN UMMAH

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.(Al-Anbiya’:107)

Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'
(Al-Ahzab: 21)

Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:
RUMAHTANGGA
Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.
Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:
' Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula'.
Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.
JIRAN
Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:
Maksudnya: ' Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya.

*untuk mengetahui biodata Rasulullah S.A.W dengan detail... sila lawati http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/biodata-rasulullah-saw.html

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

PENEMUAN AIR TAWAR DI DASAR LAUTAN


Maksud Firman Allah SWT :

Dan dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.(Al-Furqaan : ayat 53)

Sesiapa yang gemar menonton "Discovery Channel" tentu mengenali Mr. Jacques Yves Costeau, iaitu seorang oceanografer (ahli kelautan) dan ahli selam yang terkenal dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hayatnya telah menyelam banyak dasar lautan di seluruh dunia.Malah turut membuat filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan khayalak di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya. Seperti ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil ini membuatkan beliau kagum, dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah lautan itu. Pada mulanya dia berfikir, kejadian itu hanya halusinasi atau khayalannya sewaktu menyelam. Setelah kejadian itu, beliau terus berusaha mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil itu.

Suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim, lantas menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat akan satu ayat Al-Quran tentang pertemuan dua lautan dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang sering dikaitkan denga Terusan Suez. Ayat itu bermaksud "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus."Kemudian dibacakan surah Al-Furqan ayat 53, "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masih lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang pertemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai, apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Sedangkan di muara sungai tidak ditemui mutiara.

Mr. Costeau terpesona mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Al-Quran mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ketujuh, suatu zaman yang belum ada peralatan canggih untuk mencapai lokasi yang begitu jauh di dasar lautan. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr Costeau berkata, sesungguhnya Al-Quran adalah kitab suci berisi firman Allah, yang mengandungi kebenaran yang mutlak. Ekoran peristiwa itu, beliau mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, June 16, 2009

JENAZAH SYEIKH FATHI YAKAN SELAMAT DIKEBUMI..

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar/Ahad. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan). Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Beliau yang dilahirkan di Lubnan pada tahun 1933 adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah.

"Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:
ُ"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.

Posted by akhisalman. (dipetik dan diubah suai dari blog cina islam)

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

TANDA TANDA KIAMAT : SIRI 2


Tanda-Tanda Kiamat Kecil
Tanda-tanda kiamat kecil terbagi menjadi dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutusnya Rasulullah SAW., terbunuhnya Utsman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman. Kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah; seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinaan dan pembunuhan, banyaknya wanita dan lain-lain.
Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah SAW
Jabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah SAW. jika beliau khutbah merah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)
2. Disia-siakannya amanat
Jabir r.a. berkata, ketika Nabi SAW. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah SAW. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebahagian sahabat berkata, “Rasulullah SAW. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebahagian yang lain, “Rasul SAW. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badwi itu, ”Saya, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)
3. Pengembala menjadi kaya
Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)
4. Sungai Efrat berubah menjadi emas
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)
5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam
”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah SAW.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi,” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).
6. Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)
7. Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).
8. Banyak polisi dan pembela kezaliman
“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di petang hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)
9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)
10. Fitnah berleluasa
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).
11. Sedikitnya ilmu
12. Merebaknya perzinaan
13. Banyaknya kaum wanita
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)
14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid
Dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
15. Menyebarnya riba dan harta haram
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

KISAH IBLIS DALAM MASJID

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah S.A.W pergi ke masjid, apabila Rasulullah S.A.W hendak masuk ke dalam masjid maka baginda terpandang iblis dekat pintu, lalu Rasulullah S.A.W pun bertanya : “Wahai Iblis! Apa yang kamu buat di sini?” berkata iblis : “Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu seseorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sembahyang itu”.
Rasulullah SAW bertanya lagi : “Wahai Iblis! Kenapa kamu tidak takut dengan orang yang sedang sembahyang, sedangkan dia sedang beribadah kepada Allah S.W.T, sebaliknya engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?”
Lalu Iblis berkata : “Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu adalah seorang yang alim, kalau aku mengganggu orang yang sedang sembahyang hingga merosakkan sembahyangnya, aku khuatir orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu.

*Teringat hadis nabi… tidur orang yang berilmu adalah lebih baik dari solat sunat orang yang tidak berilmu.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, June 15, 2009

AHMADINEJAD MENANG LAGI..

Ahmadinejad..... pemimpin Iran yang membuatkan Amerika Syarikat 'pening kepala'.

Mahmoud Ahmadinejad berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Iran apabila mengalahkan pencabarnya iaitu Mir Hossein Mousavi. Beliau mendapat peratusan undi sebanyak 62.63% manakala Hossein mendapat 33.75%. Ahmadinejad merupakan seorang yang lantang dan berani menyatakan pendiriannya menentang dasar Amerika, manakala lawannya dilihat pula mempunyai dasar perundingan dengan Amerika. Amerika dalam kenyataannya ingin mengkaji keputusan pilihanraya yang diadakan kerana mereka tidak mengi’tiraf Ahmadined sebagai presiden.
Ahmadinejad juga dilihat seorang yang zuhud dalam kehidupannya, dan tidak membezakan kedudukannya dengan rakyat biasa. Tidak mustahil beliau mendapat undi yang begitu selesa kerana rakyat lebih sukakan pemimpin yang merakyat. Tahniah diucapkan kepada beliau.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

M.I.M.P.I

Dari Abu Qatadah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT manakala mimpi buruk itu datangnya dari syaitan. Kalau sesiapa bermimpi sesuatu yang dibencinya hendahlah dia meludah ke kiri sebanyak tiga kali. Kemudian berlindunglah kepada Allah SWT, nescya tidak akan datan padanya satu bahaya. Jangan menceritakan mimpi buruk kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang disayangi.
Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Apabila hari kiamat semakin hampir, jarang seseorang itu bermimpi yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi-mimpi yang selalu berkata benar. Mimpi seseorang muslim itu adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah.
Mimpi itu ada 3 macam iaitu :
1. Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah. Mimpi yang menginsafkan termasuk mimpi yang baik.
2. Mimpi yang menakutkan atau yang menyedihkan datang dari syaitan
3. Mimpi yang timbul disebabkan angan-angan atau disebabkan oleh khayalan yang berlebihan.
*Mimpi ialah mainan ketika tidur dan Rasulullah SAW telah lebih dahulu mengetahui tentang permainan mimpi ini, kerana itulah Rasulullah telah memberitahu kita apa yang perlu dilakukan kalau kita bermimpi sesuatu yang menyedihkan ataupun menakutkan kita.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

SESSI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA BERMULA

Assalamualaikum... Hari ini merupakan hari pertama persekolahan penggal kedua bagi negeri-negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bertugas kepada semua guru dan selamat kembali menuntut ilmu kepada semua pelajar. Kepada semua pelajar....tuntutlah ilmu dengan sebaik-baiknya kerana hanya ilmu yang bermanfaat akan menjamin kemenjadian kamu di dunia dan juga di akhirat. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, June 14, 2009

DUNIA.... OH DUNIA.


Nabi Isa A.S berkata:

“ Dunia itu hanya 3 hari :

1. Iaitu hari yang telah berlalu maka tidak ada lagi ditanganmu kesempatan walau sedikitpun dari hari yang telah berlalu
2. Dan hari esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya ataupun tidak.
3. Dan hari dimana kamu berada di dalamnya (hari ini), oleh itu pergunakanlah ia.

Dunia juga tiga saat :

1. Saat yag telah berlalu
2. Saat yang kamu tidak akan tahu sama ada kamu akan menemuinya ataupun tidak.
3. Saat yang mana kamu berada di dalamnya., maka hendaklah kamu pergunakan kerana kamu tidak memiliki kecuali satu saat saja, sebab mati itu dari satu saat kesatu saat yang lain.

Dunia juga tiga nafas.

1. Nafas yang telah berlalu, yang mana kamu telah menyelesaikan pekerjaan di dalamnya.
2. Nafas yang kamu tidak akan tahu sama ada kamu akan menemuinya ataupun tidak
3. Nafas yang mana kamu berada di dalamnya., maka hendaklah kamu pergunakan kerana kamu tidak memiliki kecuali satu nafas saja

Dipetik dari kitab : Tanbiihul Ghafiliin

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

TANDA TANDA KIAMAT : SIRI 1

Sesungguhnya setiap makhluk hidup –apakah itu manusia, haiwan, atau tumbuh-tumbuhan memiliki tanda-tanda dari akhir kesudahan hidupnya di dunia. Tanda-tanda dekatnya kematian manusia adalah rambut beruban, tua, sakit, lemah. Begitu juga halnya dengan haiwan, hampir sama dengan manusia. Sedangkan tumbuhan warna menguning, kering, jatuh, lalu hancur. Demikian juga alam semesta, memiliki tanda-tanda akhir masanya seperti kehancuran dan kerosakkan.Saa’ah asalnya adalah sebagian malam atau siang. Dikatakan juga: Saa’at segala sesuatu bererti waktunya hilang dan habis. Dari makna ini, maka saa’ah atau kiamat mengandung dua macam, iaitu : Saa’ah khusus bagi setiap makhluk, seperti tanaman binatang dan manusia ketika mati; dan bagi sebuah umat jika datang ajalnya. Itu semua dikatakan telah datang saatnya. Saa’ah umum bagi dunia secara keseluruhan ketika ditiup sangkakala, maka hancurlah segala yang di langit dan di bumi.
Bagaimana dengan kiamat yang sebenarnya? Tentu saja lebih dahsyat, lebih besar, dan lebih mengerikan. dan al-quran banyak menyebutkan tentang kejadian di hari kiamat. Terjadinya kiamat adalah hal yang ghaib. hanya Allah saja yang tahu. Tidak satu pun dari makhlukNya mengetahui kapan kiamat, baik para nabi maupun malaikat. Allah SWT. Berfirman, “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.” (Luqman 34).
Ketika ditanya tentang hal ini, Rasulullah S.A.W. mengembalikannya kepada Allah SWT., “KepadaNyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari kiamat.” (Fushilat: 47)
Allah merahsiakan terjadinya hari kiamat, dan menerangkan bahawa kiamat akan datang secara tiba-tiba. “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187)
Namun demikian, sesungguhnya Allah dengan rahmat-Nya telah menjadikan kiamat memiliki alamat yang menunjukkan ke arah itu dan tanda-tanda yang mengantarkannya. “Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (Muhammad: 18)
“Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengerjakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula’).”(Al-An’am: 158)
Maka tanda-tanda kiamat adalah alamat kiamat yang menunjukkan akan terjadinya kiamat tersebut. Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.
Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlomba-lomba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.
Tanda kiamat besar adalah perkara yang besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.
Para ulama berbeda pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, “Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahwa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s. Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan kondisi langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat.” Ibnu Hajar melanjutkan, ”Hikmah dari kejadian ini bahawa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat.” (Fathul Bari)

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

KISAH 7 MAYAT GANJIL

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." " Golonga kelima ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...
Related Posts with Thumbnails