TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, July 10, 2009

KISAH LUCU : ABU NAWAS... SELAMBA DAN BIJAKSANA

Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar Baghdad lalu berkata dengan suara yang nyaring. " Dalam hidup saya ada tiga perkara yang selalu saya lakukan. Kalau kalian nak dengar sila datang beramai-ramai."
Maka orang ramai pun berkumpul di keliling Abu Nawas.

" Wahai Abu Nawas otak geliga tapi perangai gila-gila. Beritahu kami apa tiga perkara itu." desak seorang pengawal Khalifah Harun Al Rashid yang kebetulan berada di situ.

" Yang pertama, saya selalu bersaksi dengan perkara yang tidak pernah saya lihat," jawab Abu Nawas." Memang tuan orang gila," kata Pengawal Khalifah.

"Yang kedua, saya selalu melarikan diri dari rahmat Allah swt." "MasyaAllah, Abu Nawas sudah sesat!" jerit orang ramai.

" Yang ketiga, saya selalu makan bangkai!." Jawapan Abu Nawas menimbulkan kemarahan orang ramai. Mereka mendesak Abu Nawas di hadapkan kepada Khalifah Harun Al Rasyid supaya dihukum. Maka pengawal pun mengheret Abu Nawas ke istana lalu dihadapkan kepada Khalifah Harun Al Rashid. klik untuk lanjutan kisah...

" Benarkah apa yang kamu katakan itu, wahai Abu Nawas?" tanya Khalifah."Benar wahai Amirul Mukminin," jawab Abu Nawas dengan tenang. " Kamu dihukum penjara," titah Khalifah Harun Al Rasyid dan orang ramai gembira mendengarnya.

Tetapi esoknya orang ramai terkejut dan merasa hairan bila melihat Abu Nawas ada di pasar dan mengulangi lagi ucapan yang sama.

"Bukankah awak sudah dihukum penjara oleh Amirul Mukminin?" tanya orang ramai.
" Benar…" jawab Abu Nawas sambil tertawa. " Saya ucapkan terima kasih kerana kamu saya mendapat hadiah daripada Khalifah yang bijaksana." Orang ramai merasa hairan lalu meminta Abu Nawas menjelaskannya.

" Amirul Mukminin Harun Al Rashid seorang khalifah yang bijaksana dan setelah baginda mendengar penjelasan saya, maka saya dilepaskan dari penjara dan diberi hadiah oleh baginda." Jawapan itu menyebabkan orang ramai semakin takjub lalu minta penjelasan dari Abu Nawas terhadap tiga perkara yang mengelirukan mereka.

" Yang saya maksudkan bersaksi dengan perkara yang tidak pernah di lihat itu maksudnya begini, saya bersaksi bahawa Allah itu ada walaupun saya tidak pernah melihatnya."

"Melarikan diri dari rahmat Allah maknanya bila hujan turun saya melarikan diri ke tempat teduh. Bukankah hujan itu rahmat Allah?"

"Saya selalu makan bangkai maknanya saya suka makan ikan. Bukankah ikan itu tidak disembelih dan setiap haiwan yang tidak disembelih disebut bangkai?" Orang ramai kagum dengan kebijaksanaan Abu Nawas.

11 comments:

ijoks2009 said...

Tumpang tanya,Abu nawas ni benar2 wujud kah,atau sekadar watak rekaan.

SaiFuN said...

Salam ijoks2009. Apa yang ana tahu Abu Nawas sememangnya seorang alim yang berperwatakan lucu dan hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Beliau dianggap seorang ulama penglipur lara yang cergas akalnya dan banyak muslihat kata-kata. Banyak kisah-kisah yang mengaitkan Abu Nawas dengan Khalifah Harun Ar-Rasyid. Ada yang menganggapnya sebagai ahli sufi. Itu jelah maklumat yang ana boleh bagitahu... selebihnya hanya Allah yang mengetahuinya. Kalau ana salah mohon maaflah.

zai said...

salam dik saifun, suka akak baca entri ni mmg lucu tapi penuh pengajaran.. jgn lupa ambil award kat blog akak yer

SaiFuN said...

untuk Kak Zai... terima kasih banyak atas penghargaan. Salam Ukhwah Fillah.

ANAK PAK UTUH said...

Saifun kulaan banjar kah ?

chindy said...

baca juga kecerdikan pak aloy di :
http://shindy-chindy.blogspot.com/2010/11/pak-aloy-di-suruh-raja-memindahkan.html

Muhammad Fidaiey said...

Abu nawas ni sbnarnye ahli syair mse khlalifah abbasiyyah...die trknal dgn kbjaksanaannya..

Muhammad Fidaiey said...

Abu nawas ni sbnarnye ahli syair mse khlalifah abbasiyyah...die trknal dgn kbjaksanaannya..

Anonymous said...

Brokersring.com - Learn how to turn $500 into $5,000 in a month!

[url=http://www.brokersring.com/]Make Money Online[/url] - The Secret Reveled with Binary Option

Binary Options is the way to [url=http://www.brokersring.com/]make money[/url] securely online

Sarang Semut Kalimantan said...

abu nawas ini org halabiyu . . . hehehehehe

Mohd Zukri Jaafar said...

Seorang tokoh kesusateraan dizaman khalifah harun al rashid

Related Posts with Thumbnails