TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Sunday, March 28, 2010

RENUNGAN UNTUK MUSLIMAH : WANITA AHLI SYURGA





Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, March 22, 2010

HADIS : BAHAYA LIDAH


Di bawah ini mafhum hadis Rasulullah saw tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.

1- Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjadi apa yg berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)

2- Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)

3- Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah saw bersabda ”Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu” (Tarmizi:2406)

4- Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami. (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)

5- Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)

6- Daripada Ibnu Masud: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah” (lihat al-Targhib, jld 3:526-oleh al-Mundziri)

7- Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dgn Abu Dzar ”Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang keduan-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya drp yang lain. Abu Dzar berkata ”Ya ”. Baginda bersabda ”Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu. (Lihat Takhrijul Hadis. Hal-1938)

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, March 17, 2010

KISAH LUCU : JAHIL DALAM IBADAH

Assalamualaikum warahmatullah. Sahabat-sahabat sekalian.. kisah lucu serba ringkas ini saya terima melalui kiriman emel seorang rakan. Saya kongsikan dengan rakan-rakan sebagai bahan bacaan santai. Walaupun lucu dan agak 'sengal'... namun apa yang penting adalah bagaimana kita bermuhasabah dan menilai diri... sejauh mana kefahaman kita terhadap agama terutamanya masalah-masalah berkaitan dengan ibadah seharian. Kadangkala kesibukan kita terhadap dunia semakin melalaikan kita, teguran hanya kita pandang sebelah mata, jadilah kita manusia yang buta mata hati, tidak peduli dengan urusan ukhrawi kerana lebih peduli kepada nafsu dan nafsi. Mungkin kita tidak sejahil seperti kisah yang diceritakan... namun yang pasti kita tetap perlu memperbaiki diri supaya hari esok lebih baik dari hari ini. Wallahu 'alam.


Di sebuah kampung ada tiga orang remaja yang memang suka melepak. Seorang bernama Ali, seorang bernama Budin dan seorang lagi bernama Ciko. Aktiviti seharian mereka ni menyebabkan Tok Imam kampung tak senang duduk. Pada suatu hari tok imam datang dengan niat nak mentarbiyah mereka ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar mereka bertiga tu ke surau waktu maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang Tok Iman sangka".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka tiga orang ni ke surau. Kena cabar punya pasallah. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak berapa khusyuk jugak lagi..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil Tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnyanya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko ni...

Lepas solat, Tok imam pun puji-memuji le si Ciko ni...kata Tok Imam.. Ali dengan Budin dua-dua tak boleh pakai. Antara tiga orang pemuda tadi.. hanya Ciko yang boleh di harap dan berjaya jadi imam solat. Selepas Tok Imam habis memuji Ciko dengan bongkaknya si Ciko berkata, "He hee, itu aku belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana... TAMAT.


*Sebarang watak dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Bukan berniat untuk menghina seseorang tetapi bertujuan sebagai renungan dan muhasabah diri agar kita semua terhindar dari kejahilan sedemikian rupa.

--------------

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, March 16, 2010

RENUNGAN : 11 GOLONGAN AHLI NERAKA



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Saturday, March 13, 2010

NOTA RINGKAS : ILMU VS HARTA


Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika 10 orang ulama' Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:


Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.

Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.

Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.

Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.

Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah,sedangkan harta lambat laun akan habis.


والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, March 10, 2010

SYEIKH TANTAWI KEMBALI KE RAHMATULLAH..


Dunia Islam pada hari ini dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang ulama dunia terkenal iaitu Sheikhul Azhar Al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi. Menurut berita yang dilaporkan oleh stesyen TV Al-Jazeera, Syeikh Tantawi meninggal dunia awal pagi tadi di Riyadh akibat serangan jantung semasa mengadakan lawatan ke Arab Saudi. Semoga segala jasa beliau dalam memperjuangkan agama Islam diterima oleh Allah dan dikenang oleh seluruh umat Islam di dunia ini amnya.
AL-FAATIHAH

BIODATA RINGKAS

Muhammad Sayyed Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Kampung Saleem Syarqiyyah, Daerah Tama Governorate Soohaj. Beliau mendapat pendidikan asas di kampungnya dan setelah menghafaz al-Qur’an, beliau masuk belajar di Institut Agama Al-Iskandariah pada tahun 1944. Apabila tamat pengajian menengahnya beliau menyambung pelajarannya ke Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah pada tahun 1958. Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (al-Aliyah) dalam pengajian Usuluddin. Manakala pada tahun 1959, beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan dan pada tahun 1966 pula, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Phd. (Al Alimiyah) dalam bidang Ilmu Tafsir dan Hadith dengan pangkat Mumtaz (Cemerlang). Tajuk tesis beliau ialah Banu Israel dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Waqaf Mesir sehingga tahun 1964 sebelum dilantik sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin pada tahun 1968. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Universiti Islam Libya (1972-1976). Manakala pada tahun 1976 pula, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar Cawangan Asyut. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan Tafsir dan Ilmu-Ilmu al-Qur’an Peringkat Pengajian Siswasah di Universiti Islam Madinah, saudi Arabia (1980-1984). Beliau juga pernah menjadi pensyarah pelawat di Universiti Basrah, Iraq.
--------------

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, March 07, 2010

RENUNGAN : KHUSYU' DALAM SOLAT (WUDHU ZAHIR BATIN)


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wallahu 'alam

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, March 01, 2010

MUHASABAH DIRI : LIMA ALAM MANUSIA...




Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

Alam yang pertama

1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.

“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan Adam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”(Surah Al-A’raaf ayat 172)

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita zuriat Nabi Adam A.s telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T

Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

Alam yang kedua

Alam yang kita menjalani hidup di dunia.

Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:

1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.

2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).

3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.

4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.

5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah alam yang tidak kekal alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira dihisab, oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan anak-anak kita mula beramal. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:

“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”

1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.

2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan.

3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.

4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.

Alam yang ketiga

Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memelihara diri dari kencing.”

Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur. Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:

“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.”(Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah kecuali para wali-wali Allah S.W.T ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat

Di Padang Mahsyar

Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu datang kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”(Yassin:51)

Mizan (Amalan ditimbang)

Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterang an Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath

Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jambatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.

b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)
Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.
Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”
Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah. Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikan baginya.”

Alam yang Kelima

Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)

Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang diutuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:

“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.”(Al-Lail: 14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaimanayang tersebut di dalam Al-Quran:

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan."

Nama-nama pintu dan tingkat neraka:
1. Jahannam
2. Saqar
3. Lazha
4. Huthamah
5. Sa’iir
6. Jahim
7. Hawiyah

Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:

a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:

Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.

2. Ada gadis-gadis sopan santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.

3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.

4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.

5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.

6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.

7. Air mata Salsabil.

8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.

Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:

a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga

b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?

Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.



والله اعلم
*Petikan dari buku: Peringatan Tentang Umur Insan oleh Imam Habib Abdullah Haddad

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...
Related Posts with Thumbnails