Diriwayatkan daripada ‘Atha Ibn Yasar, ada sekumpulan kaum musafir yang sedang berjalan jauh. Apabila malam tiba, merekapun berhenti dari perjalanan dan berehat di sebuah padang seta memasang khemah untuk bermalam di situ hingga keesokan harinya.
Oleh kerana terlampau letih dengan sebab berjalan jauh, mereka ingin segera melelapkan mata. Tiba-tiba terdengar teriakan suara himar. Teriakan tersebut berlanjutan sepanjang malam yang mana membuatkan mereka tidak dapat tidur hingga ke pagi.
Keesokan paginya, sekumpulan musafir itu ingin menyiasat dari mana datangnya gangguan teriakan suara himar malam tadi. Setelah lama mencari, ,akhirnya tempat dari arah suara itu dapat dikesan.
Di situ mereka temui sebuah rumah yang diperbuat daripada bulu. Penghuni rumah itu adalah seorang perempuan tua yang sudah lanjut usianya. Mereka mendatangi rumah itu dan mengetuk pintu. Apabila dibuka, muncullah tuan rumah di muka pintu. klik untuk artikel penuh..
Kata para musafir kepada perempuan tua itu : “ Tadi malam kami diganggu oleh teriakan suara himar hinggakan kami tidak dapat tidur. Setelah disiasat, kami dapati suara itu datang dari rumah ini… tetapi dimanakah himar tersebut?”
Kata perempuan tua tersebut : “ Teriakan himar itu sebenarnya adalah suara anakku.”
Apabila mendengar kenyataan itu, para musafir menjadi hairan, lalu mereka bertanya : “Bagaimana boleh sampai berlaku demikian?”
Jawab perempuan tua. “Kerana pada masa hidupnya, di memanggilku dengan panggilan ‘himar’. Maka apabila dia hendak memerintah aku melakukan sesuatu, dia akan berkata, “Hai himar, pergi ke sana, hai himar… mari ke sini’. Oleh kerana perbuatan buruknya terhadapku ibu kandungnya sendiri, maka aku berdoa kepada Allah supaya kejahatannya dibalas setimpal dengan apa yang dilakukannya. Maka Allah memperkenankan doa hamba-hambaNya yang teraniaya lebih-lebih lagi doa seorang ibu. Maka setelah kematiannya, akan kedengaranlah suaranya berteriak sebagaimana suara himar yang berlanjutan sepanjang malam hingga ke subuh.Ini berlaku pada setiap malam.
Para musafir itu masing-masing termenung sebentar memikirkan tentang peristiwa itu dan pembalasan yang sedang ditanggung oleh si anak derhaka itu di alam barzakh kini.
Kemudia para musafir itu berkata : “Jika benar demikian, tunjukkanlah kepada kami di mana letak kuburnya kerana kami ingin melihatnya.
Perempuan tua itupun menghantar mereka ke kubur anaknya. Setelah sampai di kubur tersebut, perempuan tua itupun menyeru anaknya dengan panggilan ‘himar’. Tiba-tiba mereka (para musafir) itu melihat muncul dari dalam kubur sesuatu yang berupa seperti leher himar. Wallahu ‘alam.

No comments:
Post a Comment