TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, July 31, 2009

MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN ( 6 ) : MAKHLUK APAKAH INI?



Assalamualaikum warahmatullah... gambar yang saya perolehi dari emel seorang sahabat. Nampak seperti sotong.... ganjilnya ada mata dan hidung seperti manusia. Maha Suci Allah... Maha Pencipta... berkuasa menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki....

Wallahu'alam

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

!$T!DR@J : PENYAKIT YANG AMAT BERBAHAYA


Satu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah beserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahu’alam......

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

AL-FATIHAH... YB PAS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum wr.wbt.. Saya baru menerima SMS dari seorang sahabat menyatakan YB Dato' Hj. Mohd. Hamdan Bin Abd. Rahman.. ADUN Permatang Pasir mewakili Pakatan Rakyat (PAS) baru sahaja kembali ke rahmatullah. Nampaknya akan berlaku satu lagi pilihanraya di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.. AL-FATIHAH..

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, July 30, 2009

SELAMAT HARI PAHLAWAN DAN ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum warahmatullah... Esok tanggal 31 Julai... setiap tahun negara kita Malaysia akan menyambut Hari Pahlawan sempena memperingati jasa parajurit yang telah berkorban masa, tenaga bahkan nyawa untuk negara. Sekadar mengenang jasa... memang ianya dituntut oleh Islam... tapi janganlah diselitkan dengan perkara-perkara khurafat dan syirik seperti meletakkan kalungan bunga di tugu dll. Harap ada perubahan tahun ini. Soal agama jangan diremehkan..



Dikesempatan ini... saya dan keluarga nak ucap SELAMAT HARI LAHIR kepada adik bongsu yang akan menyambut ulang tahun kelahiran... (bukan ulang tahun kejadian) juga pada esok hari tanggal 31 Julai. Kalau ikut kalendar Hijrahnya pada 19 Muharram .. moga dipanjangkan umur untuk beramal, dimudahkan segala urusan dan sukses dalam menuntut ilmu di Kolej Islam Darul Ridzuan...jumpa minggu depan InsyaAllah... Wassalamualaikum.


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

REZEKI INI MASIH DITUNGGU...








Assalamualaikum wrt.wbh.... beginilah keadaan buah mata kucing sewaktu saya pulang ke rumah ayahanda hujung minggu lalu.... nampaknya kena tunggu lagilah... mungkin dua atau tiga minggu lagi. Bukannya tak boleh nak beli di kedai atau di pasar buah.... tapi sengaja nak rasa buah yang di tanam oleh ayahanda sendiri... :) Apa istimewa sangat sampai kena tunggu?... For inform… ini adalah kali pertama nak merasainya..... dulu sewaktu belajar di negara orang.. bekerja di negeri orang…. setiap kali balik bercuti bukan musim ia berbuah.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, July 29, 2009

AMAT BIADAP DAN SANGAT KURANG AJAR!





Tidak ada kata-kata yang lebih layak untuk mereka yang mengukir.. yang diukir dan juga mereka yang bersubahat dengannya. Islam mengharamkan tattoo… pelakunya dilaknat oleh Allah SWT.. apatah lagi tattoo itu berukiran AYATUL KURSI. Sungguh biadap dan kurang ajar perbuatan ini. Sudah tentu tulisan yang melekat di badan ini akan di bawa ke mana-mana termasuklah bilik mandi, bilik air dll. Ini adalah penghinaan yang nyata kepada umat Islam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, July 28, 2009

AL-QURAN INI HARGANYA $50 JUTA...



Di India, seorang ditangkap kerana cuba menjual Al-Quran bersejarah dengan harga $50 juta.

Al-Quran yang seberat 13 KG ini di tulis dengan tulisan tangan oleh salah seorang pemerintah India pada tahun Muhi ud-din Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I, atau lebih dikenali Aurangzeb iaitu anak ketiga Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.

Al-Quran ini ditulis dengan menggunakan tinta emas dan perak, kalis api dan setiap helaian diberi wangian yang berbeza baunya. -sumber:sesama-insan

Ulasan - Apalah gunanya Al-Quran itu di buat dengan sedemikian rupa andai tidak dibaca, dihayati dan seterusnya diamalkan isi kandungannya. Islam mengangkat martabat sesuatu perkara bukan kerana harganya... tetapi kerana kemuliaan dan kesuciannya.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

MAHA SUCI ALLAH (5) : KUN FAYAKUUN...



Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat sekalian. Gambar ini saya ambil dari laman blog Prof Dr. Abdul Wahab Arbain.. beliau telah mempamerkan gambar menarik ini di dalam blognya beberapa hari yang lalu. Maha Suci Allah… ciptaan yang amat sempurna…. Tidak dikesan kecacatannya bahkan saya sifatkan haiwan ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Ada ‘reverse sensor’…Saya sering bertanya kepada para pelajar saya… sekiranya Allah SWT memberikan tambahan nikmat penglihatan( mata )… di mana kita nak letak? Ada yang jawab kat dahi, belakang kepala, belakang badan dan sebagainya. Saya secara berseloroh mengatakan… kalau saya… nikmat tersebut akan saya letak di bahagian hujung jari…. Senang sikit nak control... :). Apapun…. Bersyukurlah dengan apa yang ada… jangan mengharap tambahan nikmat dari Allah SWT andainya nikmat yang ada pun tidak disyukuri dan disalahguna. Wallahu’alam



KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

ANTARA MADU DAN RACUN : MANA SATU YANG KAU PILIH....


Dunia itu Racun , Zuhud itu Ubatnya

Harta itu Racun , Zakat itu Ubatnya

Perkataan yang sia-sia itu Racun , Zikir itu Ubatnya

Seluruh Umur itu Racun, Taat itu Ubatnya

Seluruh Tahun itu Racun , Bulan Ramadhan itu Ubatnya

Kubur menyeru kita sebanyak 5 kali dalam 1 hari.

1 - Aku Rumah yang Gelap , maka Terangkanlah aku dgn Solat Malam
2 - Aku Rumah yang Terpencil , maka kamu akan senang dgn selalu membaca Al-Quran .
3 - Aku Rumah yang penuh Tanah dan Debu , maka bawalah Amal Soleh yg akan menjadi Hamparan
4 - Aku Rumah Ular Berbisa , maka bawalah amalan Bismillah sebagai Penawar
5 - Aku Rumah pertanyaan Munkar dan Nankir , maka banyakkanlah bacaan "LAAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH" , supaya kamu dpt jawapan pada soalannya ....
Wallahu'alam

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, July 27, 2009

MUSUH DAN TEMAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."



1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah. Wallahu'alam..

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Sunday, July 26, 2009

NAMA-NAMA YANG DIANJURKAN ISLAM



Assalamualaikum.... Berikut antara nama-nama yang disyorkan di dalam Islam... sebagai panduan. Apapun saya nasihatkan kepada sahabat sekalian.... ruju'lah dahulu kepada orang yang mengetahui kaedah sebutan dan tulisannya dalam bahasa arab. Kesilapan menulis dan menentukan huruf boleh membawa kepada perubahan makna. Sebagai contoh penggunaan huruf alif dan ain.... ali (ain) bermaksud ketinggian sedang ali (alif) bermaksud keluarga. Nama itu merupakan doa... panggillah dengan nama yang baik dan betul makhraj sebutannya... wallahu'alam. Sila Klik untuk mengetahui nama-nama yang disyorkan...

Nama Anak Perempuan
ABJAD A

ABABAH- Kerinduan
ABADIAH- Yang kekal
ABIDAH- Yang bermukim, yang tinggal menetap
ABYAN- Yang nyata, yang jelas
ADABIAH- Kesopanan, kesusastraan
ADIBAH- Yang berpengetahuan tinggi; yang bersopan; sasterawan
AFIQAH- Yang sangat pemurah; yang sangat berpengetahuan
AHLAM- Impian; kehalusan; akal fikiran
AIMAN- Keberkatan; kekuatan; kedudukan yang baik
AIMUNI- Keberkatanku
AKALILI- Mahkotaku
AKIDAH- Yang kuat, teguh, tetap
ALAA'- Nikmat-nikmat
ALIFAT- Teman; penglipur; yang mesra
ALMAS- Berlian
ALWANI- Warna-warni
AMAL- Harapan; cita-cita
AMALINA- Panjang usia dan kenikmatan hidup kami
AMANAH- Amanah, kepercayaan
AMANI- Cita-citaku; ketenanganku; perlindunganku
AMANINA- Cita-cita kami, harapan kami
AMARAH- Alamat, tanda
AMINAH- Yang tenang dan aman, nama Ibu Nabi
AMINAH- Yang amanah, yang dipercayai
AMIRAH- Ketua; putri
AMNAH- Ketenangan
AMNI- Ketenanganku, keamananku
AMNANI- Ketenanganku
ANAQAH- Kecantikan yang menarik
ANATI- Lemah lembutku; kesopananku; kesabaranku
ANIYAH- Yang bersopan dan bersabar
ANIQAH- Yang cantik dan menarik
ANISAH- Yang mesra; penglipur
ARINAH- Yang cergas, yang giat
ASIAH- Nama Isteri Firaun; ubat
ASIYAH- Penawar hati
ASILAH- Yang mulia; yang asli
ASMAA'- Nama; ketinggian
ATHIRAH- Yang utama, yang mulia
AUDADI- Kesayanganku
AUJI- Ketinggianku, puncakku
AUNI- Lemah lembutku; ketenanganku
AZRI- Penyokongku, kekuatanku
AZYAN- Perhiasan

ABJAD B

BADAAH- Lintasan fikiran
BADI'AH- Yang indah
BADIHAH- Kefahaman yang cepat
BADILAH- Gantian; yang mulia
BADRIAH- Bulan purnama
BAHIAH- Yang gemilang; yang berseri
BAHIJAH- Yang gembira
BAHIRAH- Yang berseri; yang cantik
BAHJAH- Keriangan; keindahan
BAHRIAH- Gemerlapan
BALASAN- Sejenis bunga yang wangi
BALIGHAH- Yang pitah; yang fasih
BALILAH- Angin yang dingin beserta embun
BALQIS- Nama Ratu Kerajaan Saba'
BARA'AH- Kebersihan; kebebasan dari tuduhan
BARIEAH- Yang bersih; yang tidak bersalah
BARI'AH- Yang pandai; yang mahir dan cekap; yang indah
BASATAH- Kemudahan
BASTAH- Keluasan; kesenangan
BASIRAH- Yang bijak; akal; pengetahuan
BASITAH- Yang melapangkan; Yang menyenangkan
BASYIRAH- Penyampai berita gembira
BASIMAH- Yang tersenyum
BASSAMAH- Yang tersenyum
BAZILAH- Yang pintar
BAZLAA'- Yang bijak
BAIYINAH- Bukti; hujjah
BILLAH- Rezeki; kebajikan
BISYARAH- Berita gembira
BUNANAH- Taman indah
BURHANAH- Hujjah; alasan yang kuat
BUSRAH- Kesegaran dan kemekaran
BUSYRA- Khabar gembira

ABJAD D

DAHIYAH- Yang pintar
DAHLIAH- Sejenis bunga
DALILAH- Petunjuk; bukti
DAMIA'- Kebajikan dan keberkatan
DAWAMA- Kekekalan
DARIAH- Yang mengetahui
DINAH- Ketaatan; adat
DIYANAH- Agama
DURRAH- Mutiara
DURAR- Mutiara -mutiara
DURRIYAH- Mutiara

ABJAD Dh

DHABITAH- Yang cekap; yang kuat ingatan dan hafalan
DHAMANAH- Jaminan
DHAMINAH- Penjamin
DHAMIRAH- Jiwa, batin, hati kecil
DHANIYAH- Yang bertambah

ABJAD F

FADHILAH- Yang mulia; yang utama
FADHILAH- Kemuliaan, kelebihan
FAHIMAH- Yang faham
FAIDAH- Yang berfaedah, yang lebih
FAIQAH- Yang mengatasi yang lain
FAIRUZ- Sejenis batu permata berwarna hijau kebiru-biruan (turquoise)
FAYYADHAH - Yang sangat pemurah
FARAH- Kegirangan
FARHAH- Kegirangan
FARHANAH- Yang riang gembira
FARIDAH- Yang tunggal; yang istimewa
FASIHAH- Yang fasih bercakap
FATANAH- Kebijaksaan
FATHIAH- Pembukaan; pertolongan; kejayaan
FAKHRIAH- Kebanggaan
FATIMAH- Yang tidak menyusu lagi
FATIN- Yang cantik menawan
FATINAH- Yang bijaksana
FILZAH- Belahan jiwa
FIRDAUS- Nama syurga

ABJAD Gh

GHURRAH- Keserian; putih berseri, awal
GHALIAH- Yang berharga, mahal
GHANIAH- Yang cantik secara semula jadi
GHANIMAH- Yang berjaya; yang beroleh sesuatu
GHADAH- Yang lemah lembut

ABJAD H

HABIBAH- Kekasih
HABRAH- Kegembiraan; nikmat; nada lunak
HABWAH- Pemberian
HADHINAH- Pengasuh; pendidik
HAFAWATI- Sambutanku yang meriah dan penuh penghormatan
HAFIYAH- Yang menyambut dengan meriah dan penghormatan
HAFIZAH- Yang memelihara
HAIFAA'- Yang ramping; yang genit
HAIMANAH- Pengawalan; penjagaan
HAJAR- Nama ibu Nabi Ismail
HAKIMAH- Yang bijaksana; pendita
HALAH- Lingkaran sinaran di keliling bulan atau matahari
HALAWAH- Kemanisan, kebaikan
HALAWATI- Kemanisanku; kebaikanku
HALIMAH- Yang lemah lembut; penyabar; bersopan
HALWA- Yang manis
HALIAH- Yang memakai perhiasan
HAMAMAH - Kesayangan; burung merpati
HAMIDAH - Yang terpuji
HAMIMAH - Teman karib
HAMIZAH - Yang bijaksana; yang cantik; yang kuat
HAMRAA' - Yang kemerah-merahan
HANAN - Kesayangan, belas kasihan
HANANI - Kesayanganku; belas kasihanku; kerinduanku
HANNANAH - Yang belas kasihan; penyayang
HANISAH - Yang bertaqwa
HANUN - Penyayang
HARIYAH - Yang layak; patut, munasabah
HARIZAH - Kawalan; benteng
HASANAH - Yang baik; yang indah
HASINAH - Yang bermaruah; yang terpelihara kehormatannya
HASIBAH - Yang berketurunan baik
HASNAA' - Yang cantik
HAZIMAH - Yang tegas; yang bijak; yang cermat
HAZIQAH - Yang cerdik
HAZIRAH - Pilihan; yang terbaik
HASUNAH - Yang indah; yang cantik
HASYIMAH - Yang bersopan santun; pemurah
HAZAMAH - Ketegasan; cermat
HAZIYAH - Yang disayangi; yang dihormati
HAZWANI - Pemberianku
HAWA - Nama isteri Nabi Adam; Yang hidup
HAYAA' - Perasaan malu
HIBRIYAH- Keindahan; kecantikan
HANNAH - Kesayangan
HIJANAH - Kemuliaan; keturunan yang mulia
HIMMAH - Keinginan; cita-cita
HINDUN - Kerinduan; asmara
HUDA - Petunjuk
HUSNA - Yang baik, yang indah
HUSNIYAH - Kebaikan, keindahan

ABJAD I

IBTISAM - Senyuman
ILHAM - Ilham
IJLALI - Penghormatanku
IKLIL - Kalung, mahkota
IMAN - Kepercayaan
INBISAT - Kegirangan
INSAF - Insaf, kesedaran, keadilan
INSYIRAH - Kegembiraan; kebaikan hati
ISTIQAMAH - Kelurusan
ITMI'NAN - Ketenangan
ITQAN - Kecekapan, pembaikan
IZDIHAR - Kemajuan, perkembangan; gemerlapan
IZYAN - Penghiasan

ABJAD J

JAH - Kemegahan; kemuliaan; ketinggian martabat
JAHARAH - Kecantikan bentuk dan rupa
JAHIRAH - Yang rupawan dan genit
JAHIZAH - Yang dilengkapi, yang disediakan
JAIDAA' - Yang jinjang; yang tinggi lampai
JAIDANAH - Yang jinjang, yang tinggi lampai
JALALAH - Kebesaran, kemuliaan
JALIAH - Yang terang, yang jelas
JALILAH - Yang mulia
JALWAA' - Yang rupawan
JAMAIAH - Berkumpulan, perpaduan
JAMALIAH - Kecantikan
JAMI'AH - Yang menyatupadukan, yang menghimpunkan
JAMILAH - Yang cantik
JAMLAA' - Yang cantik
JAUNAA' - Matahari
JAWAHIR - Permata-permata
JUMANAH - Mutiara
JUNI - Kemerah-merahan
JAUDAH - Kebaikan, keelokan

ABJAD K

KAFAF - Rezeki yang mencukupi
KAFIYAH - Yang memadai; wakil
KAIYISAH - Yang bijak; yang segak; yang faham
KAMALIAH - Kesempurnaan
KAMILAH - Yang sempurna
KARAMAH - Kemuliaan; maruah
KARIMAH - Yang mulia
KASBAH - Usaha
KASIBAH - Yang berusaha; yang memperolehi
KAFAAH - Kepadanan; persamaan
KAFI'AH - Yang padan; yang setanding
KAZIMAH - Penyabar
KIASAH - Kebijaksaan; kesegakan; kefahaman yang baik

ABJAD Kh

KHADHRAA' - Kesuburan; kehijauan
KHADIJAH - Nama Isteri Nabi Muhammad saw; wanita yang melahirkan anak yang tidak cukup hari
KHAIRAH - Yang mulia; yang banyak kebaikannya
KHAIRUNNISA - Sebaik-baik wanita
KHALIDAH - Yang kekal
KHALILAH - Teman setia
KHALISAH - Yang bersih; yang tulen
KHALIESAH - Yang jujur
KHULDIAH - Kekekalan

ABJAD L

LABIBAH - Yang cerdik; yang bijak
LAILA - Kegembiraan; keghairahan; keseronokan
LAIYINAH - Yang lemah lembut
LATIFAH - Yang lemah lembut
LINA - Kehalusan; kelembutan
LIYANA - Kehalusan; kelembutan
LUKLU'AH - Mutiara
LUBABAH - Yang terpilih; teras; yang bersih
LUTFIAH - Kehalusan; kelembutan

ABJAD M

MADHIAH - Kepujian
MADIHAH - Yang terpuji
MAHFUZAH - Yang terpelihara
MAHIRAH - Yang cekap, yang mahir
MAIMANAH - Keberkatan
MAIMUNAH - Yang diberkati
MAISARAH - Kesenangan; kekayaan
MAISURAH - Yang senang
MAJDIAH - Kemuliaan
MAJIDAH - Yang mulia
MAKHTUMAH - Yang disempurnakan
MAKINAH - Yang kukuh; yang tabah; yang tetap
MAKNUNAH - Yang terpelihara
MAKRAMAH - Kemuliaan; yang mulia
MALIHAH - Yang cantik manis
MALYANAH - Kelembutan
MARAHAINI - Dua kegembiraanku
MARDHATI - Keredhaanku
MARDHIAH - Yang diredhai, yang disayangi
MARIAH - Yang cantik berhias
MARINAH - Yang lembut
MAR'IYAH - Yang berpelihara; yang dikawal
MARJAN - Mutiara; karang
MARTABAH - Kedudukan; darjat
MARYAM - Yang tinggi; nama ibu Nabi Isa
MA'RUFAH - Yang terkenal
MARFU'AH - Yang tinggi; yang disanjung
MA'SUMAH - Yang terpelihara
MASTURAH - Yang terpelihara
MAUHIBAH - Bakat; pemberian
MAYAMIN - Yang diberkati
MAZIAH - Kelebihan; keistimewaan
MAZNAH - Kepujian; seri muka
MISKIAH - Harum kasturi
MU'AFAH - Yang di'afiatkan; kesejahteraan
MUKARAH - Yang diberkati
MUFIDAH - Yang memberi faedah; yang berguna
MUHAIMINAH - Yang berkuasa; yang mengawal dan memelihara
MUHASSANAH - Yang terpelihara; yang terkawal
MUKARRAMAH - Yang dimuliakan
MUKHTARAH - Yang terpilih; yang memilih
MULTAZIMAH - Yang berpegang teguh kepada sesuatu
MULTAZAMAH - Yang menjadi pegangan
MUMTAZAH - Yang istimewa
MUNA - Cita -cita
MUNAWWARAH - Yang berseri; yang diseinari cahaya
MUNIFAH - Yang tinggi lampai dan cantik
MUNIRAH - Yang bersinar
MUSFIRAH - Yang cantik dan berseri
MUSLIHAH - Pemulih; yang memperbaiki
MUTAHHARAH - Yang suci
MUYASSARAH - Yang diberi kesenangan; kemudahan
MUZAINAH - Kepujian; titisan hujan
MUZDALIFAH - Yang hampir; nama tempat diantara padang Arafat dan Mina

ABJAD N

NABAHAH - Kecerdasan; kemasyhuran
NABIGHAH - Yang cerdik
NABIHAH - Yang cerdik; yang cerdas
NABILAH - Yang mulia; yang cerdik
NADA - Embun; kemurahan hati
NADIAH - Yang pemurah; yang mulia
NADHIRAH - Yang berseri; yang segar
NADHRAH - Keindahan; berseri
NADZIRAH - Ketua yang dihormati; pelopor kaum
NAFAHAT - Pemberian-pemberian
NAFHAH - Pemberian
NAFI'AH - Yang bermanfa'at; yang berguna
NAFISAH - Yang bernilai; yang berharga
NAI'MAH - Yang halus; yang lembut; yang mewah
NAJAT - Keselamatan; kejayaan; kelepasan
NAJAH - Kejayaan
NAJIAN - Yang selamat; yang terlepas dari bahaya
NAJIBAH - Yang cerdik
NAJIHAH - Yang berjaya
NAJLAA' - Yang jelita; yang cantik mata
NAJWA - Bisikan rahsia
NAQIBAH - Ketua; akal; ketajaman fikiran
NARJIS - Sejenis bunga
NASIBAH - Yang berketurunan mulia; yang sesuai
NASIMAH - Angin sepoi-sepoi bahasa
NASYITAH - Yang cergas; yang giat
NASRIAH - Pertolongan
NAURAH - Bunga
NAWWARAH - Yang bercahaya
NASIHAH - Nasihat
NASIRAH - Yang menolong; pemberian
NASUHA - Yang luhur, yang ikhlas dan bersih
NAZURAH - Pemimpin yang disanjung
NU'MAH - Kegembiraan
NURAINI - Cahaya mataku
NURHAYATI - Cahaya hidupku
NURULAIN - Cahaya mata
NURULHUDA - Cahaya petunjuk / hidayat
NURIYAH - Yang bercahaya
NURULJANNAH - Cahaya syurga
NUSRAH - Pertolongan

ABJAD Q

QABSAH - Tuntut ilmu; pembelajaran; pengajaran
QADIRAH - Yang berkuasa
QAHIRAH - Yang gagah; berkuasa
QAIDAH - Pemimpin
QANI'AH - Yang berasa puas hati
QAMARIAH - Bulan
QARIHAH - Bakat
QATRUNNADA - Titisan embun
QAYYIMAH - Yang lurus; yang bernilai
QURRATU'AINI - Penyejuk mataku; penghibur hatiku
QAWIEMAH - Yang lurus

ABJAD R

RABI'AH - Yang subur; taman
RABI'ATUL'ADAWIYAH - Nama seorang wanita yang arif dan warak
RADHIAH - Yang redha/rela
RADHWA - Nama gunung yang terletak antara Madinah dan Yanbuu'
RAFHANAH - Yang hidup mewah dan bahagia
RAFI'AH - Yang mulia; yang tinggi
RAFIDAH - Pemberi; pembantu
RAGHADAH - Kesenangan; kemewahan
RAHAH- Kerehatan; tapak tangan; kegembiraan
RAHIMAH - Pengasih / penyayang
RAHMAH - Rahmat; belas kasihan
RAHBAH - Yang luas; yang lapang
RAIDAH - Pemimpin
RAIHAH - Bauan; yang merasa gembira; kerana yakin
RAIHAN - Tiap tumbuhan yang berbau wangi; kehidupan; rezeki
RAIHANAH - Jambak bunga yang harum
RAIMI - Kelebihan; keutamaan
RAJAA' - Harapan
RAJIAH - Yang berharap
RAKINAH - Yang bersopan; yang tetap; yang berfikiran wajar
RAMLAH - Penghalusan; pasir
RAMIZAH - Yang asli; yang berakal; yang mulia
RAMZIAH - Lambang
RASANAH - Ketenangan; ketegasan
RASAFAH - Kekukuhan
RASINAH - Yang tenang, tegas; serius
RASHIDAH - Yang cerdik
RASYIQAH - Yang genit; yang tangkas bekerja
RAU'AH - Ketakjuban; keindahan yang memikat hati
RAUDHAH - Taman
RAUHAH - Yang baik
RAUNAQ - Keindahan
RAUQAH - Kecantikan yang menawan hati
RAWAHAH - Perasaan gembira kerana keyakinan
RAZAN - Yang tenang; pendapat yang tulen
RAWIAH - Yang sehat akal dan badan; fikiran
RAZANAH - Kesopanan; ketenangan
RIBA'AH - Keadaan yang baik
RIDHWAH - Keredhaan
RIF'AH - Ketinggian; kemuliaan
RUHANA - Jiwa kami
RUHAYAH - Jiwa kehidupan
RUHIYAH - Kejiwaan; yang berkenaan jiwa/ruh
RUKNIAH - Ketahanan; kekuatan
RUKHAMA - Angin sepoi bahasa
RUMMANAH - Buah delima
RUQAIYAH - Nama anak Nabi; ketinggian
RUQYAH - Penawar; jampi
RUSYDIAH - Petunjuk
RUTBAH - Kedudukan; martabat

ABJAD S

SA'ADAH - Kebahagiaan
SABIRAH - Penyabar
SA'DIAH - Kebahagiaan
SADIQAH - Yang benar
SA'IDAH - Yang berbahagia
SA'IDAH - Yang berbahagia
SABAH - Sinaran pagi
SABARIAH - Kesabaran
SABIHAH - Yang berseri; yang cantik
SADARAH - Kemajuan; kepimpinan
SAFFA' - Kebersihan; kemurnian
SAFIAH - Yang bersih; yang ikhlas; sahabat yang ikhlas
SAFIRAH - Kalung leher; duta
SAFRAA' - Kekuningan emas; emas
SAFUHAH - Pemaaf; yang mulia
SAFWAH - Yang bersih; yang terbaik
SAFWANAH - Yang bersih; murni
SAIBAH - Yang betul
SAIDAH - Pemimpin
SAIHAH - Yang berpuasa; yang beribadat; pelancung
SAIMAH - Yang berpuasa; yang beribadat; pelancung
SAIMAH - Yang berpuasa
SAIYIDAH - Ketua; pemimpin
SAKINAH - Ketenangan
SALAHIAH - Kelayakan; persediaan; kesesuaian
SALAMAH - Kesejahteraan
SALIAH - Penghibur
SALIHAH - Yang baik; yang layak
SALIMAH - Yang sejahtera; yang selamat
SALMA - Yang sejahtera
SALWA - Penghibur; madu lebah
SALWAH - Kemewahan; hiburan
SAMIAH - Yang tinggi; yang mulia
SAMIHAH - Pemaaf; pemurah
SAMIRAH - Teman berbual mesra
SAMINAH - Yang berharga
SAMRAA' - Yang hitam manis
SANAA' - Sinaran; ketinggian
SANIAH - Yang bersinar; yang mulia
SA'UDAH - Yang berbahagia
SARAH - Keriangan
SARAHAH - Nama Isteri Nabi Ibrahim dan Ibu Nabi Ishaq
SARAMAH - Ketegasan
SARIHAH - Yang jelas; yang berterus-terang
SARIMAH - Yang tegas; keazaman
SARIYAH - Yang bermaruah; pemurah
SIDDIQAH - Yang bercakap benar
SIMAA' - Lambang kehidupan
SIMIYAA' - Petanda; keindahan
SU'AD - Yang berbahagia
SU'AIDAH - Kebahagiaan
SUHAILAH - Yang senang; mudah

ABJAD SY

SYAFA'AH - Pertolongan, pembelaan
SYAFI'AH - Pembela, penolong
SHAFIAH - Penawar, ubat, yang memadai
SYAFIQAH - Yang belas kasihan, penyayang
SYAHDAH - Madu lebah
SYAHIRAH - Yang masyhur
SYAHRAIN - Dua bulan
SYAHRIAH - Bulan
SYAIMAA' - Yang ada tahi lalat; nama kakak susuan Nabi Muhammad saw
SYALABIAH - Yang cantik; genit
SYAHMAH - Hati yang murni
SYAMIMI - Keharumanku
SYAMSIAH - Matahari
SYAHIDAH - Saksi
SYARAH - Keindahan, kecantikan
SYARIFAT - Yang mulia
SYAZA - Keharuman
SYAZWAN - Keharuman
SYAZWANI - Keharumanku
SYAZANA - Kecergasan
SYIBRAH - Pemberian
SYIFAA' - Ubat penawar, sembuh
SYIMAH - Peribadi; tabiat
SYUKRIYAH - Kesyukuran
SYUHRAH - Kemasyhuran
SYUHAIDAH - Madu lebah

ABJAD T

TA'AH - Kepatuhan
TAFAWAH - Lingkaran sinaran di keliling bulan atau matahari
TAIYIBAH - Yang baik
TAJI - Mahkotaku
TALALAH - Gaya dan keadaan yang baik, kegembiraan
TAMIMAH - Yang kuat; yang sempurna kejadiannya
TAMAM - Kesempurnaan
TAQIAH - Pemeliharaan, perlindungan yang bertaqwa
TAUFIQAH - Pertolongan, kejayaan persetujuan
TIJAN - Mahkota
TUBA - Yang sangat baik; kebahagiaan
TUHFAH - Pengurniaan yang berharga, hadiah; hasil seni yang luar biasa dan berharga TUMA'NINAH - Ketenangan

ABJAD Th

THARWA' - Yang kaya
THARWAH - Kekayaan
THARWATI - Kekayaanku
THARIYAH - Yang kaya
THAQIFAH - Yang cerdik; yang cepat faham
THURAIYA - Bintang ketika (bintang tujuh)

ABJAD U

UBAIDAH - Hamba; ibadat
ULFAH - Kemesraan
URMAH - Panji
UYAINAH - Mata; deria penglihatan
UMMU KULTHUM - Nama anak Nabi Muhammad saw yang tembam pada pipi dan muka

ABJAD W

WADA'AH - Ketenangan
WADHIHAH - Yang terang, yang jelas
WADI'AH - Yang diamanahkan
WAFAA' - Kesetiaan; perihal menepati janji
WAFIAH - Yang setia; yang menepati janji
WAHBAH - Pemberian
WAHIBAH - Yang memberi
WAHIDAH - Yang tunggal
WA'IYAH - Yang sedar; yang memelihara; yang ingat
WAJAHAH - Ketinggian martabat; kemuliaan
WAJIHAH - Yang terkemuka; yang mulia
WARDAH - Bunga ros
WARDIAH - Bunga ros
WASILAH - Cara; perantaraan
WASILAH - Yang ihsan; yang membuat kebajikan
WASIMAH - Yang cantik; yang rupawan
WASITAH - Perantaraan; orang tengah
WATHIQAH - Yang kukuh; yang teguh
WASYIJAH - Persaudaraan yang rapat
WAZNAH - Yang bijak dan kukuh pendapatnya
WIDAD - Kasih sayang

ABJAD Y

YAMAMAH - Tujuan ; merpati
YAMAMI - Merpati
YAMANA - Sebelah kanan
YAMNA - Keberkatan
YAMINAH - Yang berkat
YAMINI - Yang berkat
YAMNI - Berkat
YAMNAA' - Sebelah kanan
YANIAH - Mekar
YARASYIMAH - Kemampuan
YASARAH - Kemudahan; kesenangan
YASAWAFI - Mematuhi arahan
YASIRAH - Yang mudah; yang senang
YASMIN - Bunga melur
YASMINA - Bunga melur
YATIMAH - Yang berharga
YAQUTI - Bernilai
YAZIYAH - Mudah, senang
YUMNAH - Keberkatan
YUSRA - Kesenangan, kemudahan
YUSRINA - Kaya
YUSRIYAH - Mudah, senang
YUSRAH - Lembut, kaya

ABJAD Z

ZAFIRAH - Yang berjaya; yang mendapat apa yang dituntutnya
ZAHIDAH - Yang berseri; yang cantik
ZAHIDAH - Yang zuhud; yang salih; yang menjauhkan diri dari kemewahan hidup kerana beribadat
ZAHIRAH - Yang berseri; yang cantik
ZAHRAA' - Yang berseri; yang cantik
ZAHRAH - Bunga
ZAIDAH - Yang lebih, tambahan
ZAIMAH - Pemimpin
ZAINAB - Sejenis bunga yang cantik dan harum
ZAINAH - Perhiasan
ZAINATI - Perhiasan
ZAININA - Perhiasan
ZAINUN - Perhiasan
ZAITUN - Sejenis pokok; buah zaitun
ZAITUNAH - Sebuah pokok zaitun
ZAKIAH - Yang cerdik; yang harum
ZAKIAH - Yang berseri; yang bersih murni
ZAKIRAH - Yang berzikir, yang ingat kepada Allah
ZAKIYAH - Bijak, pintar
ZALIFAH - Yang dekat dan mara ke depan, Yang hampir dan sentiasa maju ke hadapan ZALIKHA - Nama isteri Al-Aziz (Raja Mesir)
ZALILAH - Kebun yang banyak pokok; yang redup; yang mempunyai perlindungan ZAMIAH - Berani, cekal
ZAMILAH - Teman, pendamping
ZAMRIYAH - Kecantikan
ZARIFAH - Yang bijak dan segak, yang bijak dan cantik
ZARLI - Emas
ZARQA - Bermata biru dan hijau
ZAWANAH - Kecerdikan
ZAWANI - Pengawal
ZAWDAH - Perbekalan
ZAWIAH - Pengawal dari kejahatan
ZAYANAH - Yang cantik
ZAWIAH - Pengawal dari kejahatan; sudut
ZI'AMAH - Kepimpinan
ZUBAIDAH - Tulin
ZUHRAH - Keindahan
ZUHAIRAH - Bunga
ZUKRINA - Ingatan
ZULALINA - Air Terjun
ZULAIKHA - Kecantikan yang menawan
ZULFAH - Darjat; kedudukan; kehampiran
ZULFATI - Taman
ZUMAIAH - Berani, cekal
ZUNAH - Yang berakal; cerdik
ZUWAIDAH - Perbekalan

Nama Anak Lelaki
ABJAD A

ALAM - Panji-panji
AMNI - Keamananku
ABADI - Yang kekal
AMSYAR - Yang cergas
ABID - Yang bermukim, yang menetap
AMZAR - Yang utama, yang mulia
ABHAR - Yang bergemerlapan, yang berseri
ANAS - Kemesraan
ABU BAKAR - Gelaran sahabat Nabi, yang bersegera
ANAT - Lemah-lembut
ABU SAMAH - Pemaaf, yang bertoleransi
ANAQI - Keindahanku yang menawan hati
ADABI - Kesopananku, kesusastraan
ANDHAR - Yang berseri
ADAM - Ikutan, tauladan, Nama Nabi
ANI - Yang sabar; yang bersopan
ADHAM - Yang hitam; cantik; kesan baru
ANIQ - Yang kacak lagi menawan hati
ADHWA' - Cahaya, sinaran
ANIS - Yang mesra; teman setia
ADIB - Yang berpengetahuan tinggi; yang bersopan; sasterawan
ANSAR - Penolong; penyokong
AFDHALYang lebih utama; yang lebih mulia
ANSARI - Nisbah kepada Ansar
AFHAM - Yang lebih faham
ANWAR - Yang bercahaya
AFANDI - Yang lebih faham
ANWARI - Cahayaku
AFIQ - Yang amat pemurah; yang amat berpengetahuan
ARAMI - Tandaku
AFNAN - Hiasan; keindahan; kesenian
ARHAM - Yang mesra; yang belas kasihan
AGHLAB - Yang menang, yang menewaskan lawan
ARIB - Yang mahir
AHLAM - Impianku; kemaafan; kesabaran; lemah lembut; akal
ARINA - Kecergasan
AHLAMI - Impianku; kesabaranku; lemah lembutmu; akalku
ARQAM - Nama sahabat Nabi; pena
AHMAD - Yang terpuji
ARUM - Asal keturunan
AHMAS - Yang bersemangat; yang berani
ARUMI - Asal keturunanku
AHNAF - Yang lurus; yang berpegang teguh kepada ajaran agama
ARSYAD - Yang sangat cerdik
AIMAN - Yang bertuah; keberkatan
AS'AD - Yang amat bahagia
AIMAN - Yang bertuah; yang kanan
ASIL - Yang mulia; baik; yang mengurus tanpa memerlu wakil
AISAR - Yang senang, yang mudah
ASLAH - Yang lebih baik; yang lebih sesuai
AJMAL - Yang lebih cantik
ASLAM - Yang paling selamat
AJWAD - Yang lebih pemurah, yang lebih baik
ASMA'I - Hati yang suci
AKALIL - Mahkota
ASMA'AN - Hati yang suci dan pendapat yang teguh
AKID - Yang kuat, teguh, tetap
ASMAR - Yang hitam manis
AKMAL - Yang lebih sempurna
ASNAYang tinggi; yang bersinar
31AKRAMYang mulia; pemurah81ASNAWIYang berseri, yang gemilang
32AQHARIYang lebih berkuasa; yang gagah82ASY'ARIYang elok; yang berambut lebat dan panjang
33AQRABINSaudara mara yang rapat, yang mempunyai hubungan83ASYRAFYang mulia
34AQWAYang perkasa, yang kuat84ATHARIYang bersih
35ALAA'Nikmat-nikmat85ATHIRYang mulia, yang utama; yang disukai
36ALIFYang mesra; kawan rapat86AWADYang paling disayangi
37ALMA'Yang bersinar, yang bergemerlapan87AUFAYang mulia
38ALWANWarna-warni88AWWABYang banyak bertaubat
39AMADMasa; matlamat89AUJIKetinggianku; kemuliaanku
40AMADIMasaku; matlamatku90AUNIKelembutanku; ketenanganku
41AMALCita-cita; harapan91AYADINikmat-nikmat
42AMALUDDINCita-cita agama92AUSPemberian; serigala
43AMALICita-citaku; harapanku93AYACahaya matahari
44AMANSentosa, keamanan94AYYUBNama Nabi
45AMARPerintah, suruhan; hal95AZFARYang berjaya; yang menang
46AMINYang amanah, yang dipercayai96AZHARYang berseri, yang gemilang
47AMINUDDINPengamanah agama97AZHARIYang berseri, yang gemilang
48AMIRPutra; ketua; pemerintah98AZIZYang mulia; yang kuat; kekasih
49AMJADKemuliaan, keagongan, kemegahan99AZIZANYang mulia; yang kuat; kekasih
50AMNANKetenangan100AZIZIKesayanganku, kekasihku 101AZRIKekuatanku, penyokongku

ABJAD B

BADIL Pengganti51BURHANHujjah, bukti
2BADIU'ZZAMANKeindahan masa52BURHANIHujjahku, buktiku
3BADRANBulan purnama53BURHANUDDINHujjah agama
4BADRUNBulan purnama54BUSAIRINisbah
5BADRIPurnamaku55BUSRAINKemekaran dan kesegaran
6BADRUDDINBulan purnama agama56BUSTANITamanku; nisbah
7BADRUZZAMANBulan purnama semasa57BAJILYang riang gembira
8BAHARKeindahan; sejenis tumbuhan yang wangi58BAJILYang dihormati dan disanjungi
9BAHAUDDINSinaran agama59BADAWINisbah
10BAHIJYang indah menawan, yang berseri60BISTAMINisbah
11BAHIRYang berseri-seri, yang gemilang61BAGHAWINisbah
12BAHIUDDINKegemilangan agama
13BAHJANYang cemerlang, yang riang gembira
14BAHJATKegemilangan; keindahan; kesegaran
15BAHRANIKegemilanganku
16BAHRIKegemilangaku; kelebihanku
17BAHRUDDINKegemilangan agama
18BAHZIPertahananku, pembelaku
19BAGHAWINisbah
20BAIDHAWINisbah, putih
21BAIHAQINisbah
22BAKRIKesegaranku; kemudaanku
23BAKHITYang bertuah
24BALIGHYang fasih, yang pitah
25BALLANRezeki; kebajikan
26BANINYang gigih dan bijak
27BARIQSinaran; yang bergemerlapan
28BARRA'Yang bersih, yang baik; nama sahabat
29BARZAHPenjelmaan; nama sahabat
30BARZUNYang utama; yang berani
31BASILYang berani
32BARI'Yang tinggi dari segi ilmu, fadhilat, atau kecantikan
33BARUDINisbah, serbuk peluru
34BASRIPenglihatanku
35BASTIKelapangaku; kemurahan hatiku; kegembiraanku
36BASSAMIYang senyum; Nisbah
37BASYSYARPembawa berita gembira
38BASYIRPenyampai berita gembira
39BAUNANKeistimewaan
40BAUNIKeistimewaanku, kelebihanku
41BAZILYang bijak, yang pakar
42BAZLIKebijaksanaanku, kepakaranku
43BAZILINYang memberi sumbangan, yang membelanja
44BILALAir, kelembapan; Nama sahabat
45BISYRUNBerita gembira
46BISYARAHBerita gembira
47BENYAMINNama saudara Nabi Yusuf
48BUKHARINisbah
49BULQININisbah
50BURAIDAHNama sahabat; kesejukan baju kecil

ABJAD D DAHLAN - Nisbah DAILAMI - Nisbah; askarku DAMANHURI - Nisbah DANIAL - Nama Nabi DASUKI -Nisbah; keindahanku, cahayaku DAUD - Nama Nabi DAIYAN - Hakim; pengira; pembalas DIN - Agama, kepercayaan DINI - Agamaku DURRANI - Mutiaraku DURRI - Permata; mutiaraku DALIL - Pemandu; penunjuk; bukti DI'AMAH - Tiang, penyokong DINIE - Agamaku DINIY - Berkenaan agama, keagamaan DUBEIS - Nama pahlawan Arab DU'MI - Sokonganku; yang kukuh DURRANI - Permataku

ABJAD Dh DHIYA' - Sinaran DHABTI - Ingatanku, hafalanku, catatanku DHABIT - Yang kuat ingatan DHAMIRI - Jiwaku DHIAURRAHMAN - Sinaran yang pengasih (Allah) DHIYAUDDIN - Sinaran Ugama DHIYAULHAQ - Sinaran kebenaran DHIYAUL ISLAM - Sinaran Islam DHOMRAH - Nama Nama sahabat

ABJAD F FADHIL - Yang mulia FADHLI - Kelebihanku; ihsanku FADHULI - Yang banyak berbuat ihsan FADHULLAH - Kelebihan Allah FAHAD - Harimau bintang FAHIM - Yang faham FAHMI - Kefahamanku FAID - Yang tetap, yang berhasil FAIDHI - Kurniaanku FAYYADH - Pemurah, dermawan FAYYAH - Pemurah, dermawan FAIQ - Yang tertinggi, yang utama FAIZ - Yang berjaya FAISAL - Penyelesaian, pemutus kata FAKHRI - Kemegahanku FAKHRUDDIN - Kebanggaan agama FAKRULLAH - Kemegahan Allah FAKHRUL ISLAM - Kemegahan Islam FAQIH - Yang alim, yang amat faham FARAHI - Kegiranganku FARHAN - Yang girang gembira FARHAT - Kegirangan FARID - Yang tunggal, yang tiada tolok bandingnya; yang istimewa; permata FARIDUDDIN - Permata/keistimewaan agama FARIS - Yang 'alim; ahli firasat; ahli menunggang kuda FARUQ - Pemisah atau pembeza antara benar dan salah FATHI - Pembukaanku; kemenanganku FATHUDDIN - Pembukaan/kejayaan agama FATHUL ISLAM - Pembukaan/kejayaan Islam FATHULLAH - Pembukaan/kemenangan Allah FATHURRAHMAN - Pembukaan/kemenangan (Allah) Yang Pengasih FAWWAZ - Yang Berjaya FAUZI - Kejayaanku FIDA'IY - Yang berkorban kerana perjuangan FIKRI - Fikiranku FIRDAUS - Nama syurga FITRI - Semulajadiku FUAD - Hati/jiwa FUDHAIL - Kelebihan; kemuliaan

ABJAD Gh Ghailan - Nama sahabat, lengan yang gempal; air yang mengalir di muka bumi Ghali - Yang mahal Ghalib - Yang menang Ghallab - Yang selalu menang Ghanim - Yang bercakap perkara yang baik-baik; yang mencapai kejayaan Ghanimi - Kejayaanku Ghassan - Kecantikan dan kelembutan remaja Ghassani - Yang cantik dan muda Ghaus - Pertolongan Ghausi - Pertolonganku, pembelaku Ghazali - Nisbah; pelandukku; tenunanku Ghazlan - Tenunan Ghazi - Pejuang Ghulwani - Keremajaan dan kecergasannya Ghurran - Yang mulia, yang berseri Ghurar - Kegemilangan, keserian; awalan

ABJAD H Habib - Kekasih Habri - Kegembiraanku; nikmatku Hadi - Yang memimpin; yang tenang Hadhari - Yang maju; yang bertamaddun; penduduk bandar Hafiy - Yang memuliakan Hafiz - Penjaga, pemelihara; penghafal Hafizuddin - Pemelihara agama Hakam - Pengadil, yang menghukum Hakim - Yang bijaksana Hajjaj - Pelawat, penziarah Hamadah - Kepujian Hamdan - Kepujian Hamdani - Kepujian, nisbah Hamdi - Pujianku Hammad - Yang banyak memuji Hamid - Yang memuji Hamud - Yang banyak memuji Hami - Yang melindungi; yang mempertahankan Hamiduddin - Pemuji agama Hamim - Teman karib Hamimi - Teman karibku Hamiz - Yang cerdik; kuat; tampan Hamizan - Yang cerik; kuat; tampan Hamzah - Kebijaksanaan Hamzi - Ketegasank Hanafi - Kelurusanku; yang bermazhab Hanafi Hanani - Kasih sayangku Hani - Yang tenang; seronok; mudah Hannan - Yang penyayang, yang lembut hati Hanif - Yang urus; yang berpegang teguh kepada ajaran Islam Hanin - Kernduan Hanini - Kernduanku Hanis - Yang wara'; yang bertaqwa; yang berani Hanun - Yang penyayang, yang lembut hati Haidhar - Yang berani; singa Haikal - Kesuburan, pokok yang besar dan subur; bangunan yang tinggi, rangka, bentuk Haiwah - Kehidupan Hariri - Sutraku; nisbah Haris - Pengawal, pemelihara Harith - Yang kuat; yang berusaha Hariz - Pemelihara, penyimpan; yang wara' Harun - Nama Nabi Hasan - Yang indah; yang baik, yang elok Hasanain - Dua kebaikan Hasbi - Yang mencukupi /memadai bagiku Hasbullah - Jaminan Allah, pencukupan dari Allah Hasib - Yang berketurunan mulia Hasif - Yang bijak/pintar; yang baik budibicara Hasnun - Yang baik Hassan - Yang cantik; yang baik Hasuna - Yang cantik; yang baik Hasyiem - Yang bermaruah; pemalu Hasyim - Pemurah, yang suka menjamu orang Hatadi - Keaslianku; keturunanku Hatim - Pemutus, penentu Hayyan - Yang hidup Haziq - Yang cerdik/pandai Hazlami - Ketangkasanku, kecepatanku Hazim - Yang tegas; yang cermat; yang bijak Hazman - Yang tegas; yang cermat; yang bijak Hazmi - Ketegasanku; cermatku Hazwan - Pemberian; kepatuhan Hibatullah - Pemberian Allah Hibban - Yang dikasihi, pengasih Hibri - Keindahanku / kecantikanku Hidayatullah - Pertunjuk Allah Hilal - Bulan sabit Hidayat - Pertunjuk Hilali - Bulan sabitku Hijan - Yang mulia, yang berketurunan mulia, yang tulen Hijazi - Nisbah; tali pengikat Hikmat - Hikmat Hilman - Kesopanan; kesabaran Hilmi - Kesopananku, kesabaranku Hisyam - Kemurahan hati Hisyamuddin - Kemurahan agama Hud - Nama Nabi Hulwan - Kebajikan; balasan, upah Humaidi - Kepujianku Husain - Yang elok, yang cantik Husaini - Kebaikanku, kecantikanku Huzaifah - Nama sahabat; pukulan; lemparan Humam - Yang mulia; berani; pahlawan; pemurah

ABJAD I Ibrahim - Nama Nabi Ibtisam - Senyuman Idraki - Kefahamanku, pengetahuanku Idris - Nama Nabi Ihsan - kebaikan Ijlal - Penghormatan; kekuatan; pemberian Ikhwan - Saudara Ikhtiaruddin - Pilihan agama Ilmam - pengetahuan Ilyas - Nama Nabi Ilyasa' - Nama Nabi Ikhtiari - Pilihanku Iqbal - Kunjungan; tampil; penghasilan yang banyak Irsyad - Pertunjuk Irsyaduddin - Pertunjuk agama Ishak - Nama Nabi Iskandar - Nama seorang Raja Islam - Penyerahan Ismail - Nama Nabi Iyad - Sokongan; Kekuatan; penjagaan Iyas - Yang mengecewakan lawan; pemberian Iylia' - Nama Nabi Insyirah - Kelegaan, kelapangan Izdiyad - Pertambahan Izdihar - Perkembangan; kemajuan Iz'aan - Kepatuhan

ABJAD J JA'AFAR - Anak sungai JABIR - Yang berkeadaan baik; yang melegakan hati; Yang memperbaiki JABRAN - Pengganti; pembetul, pembaik JABRULLAH - Pertolongan Allah JABRI - Pertolonganku; keredhaanku JAFNI - Kawalanku dari kejahatan JAILAM - Bulan purnama JAILANI - Nisbah JALAL - Kemuliaan, keagongan JALALUDDIN - Kebesaran dan kemuliaan agama JALAA' - Keterangan; kelegaan JALI - Yang terang, yang nyata JAMAL - Kecantikan JAMALI - Kecantikanku JAMALUDDIN - Keindahan agama JAMALULLAIL - Keindahan malam JAMIL - Yang cantik JAMRI - Perhimpunanku JARIR - Ynag menarik; yang memandu JAUDAT - Kebaikan, keelokan JAUHAR - Permataku JAUZI - Nisbah JAWAD - Pemurah, dermawan JILANI - Persiaranku JIWARI - Jaminanku, keamananku; sisiku JAUNI - Putih; siang JAZIL - Yang besar; yang banyak JAZLI - Yang fasih JUBAIR - Pertolongan, keredhaan JUWAINI - Siang; putih JUFRI - Keluasan; yang ditengah JUMA'AT - Hari Jumaat JUMAN - Mutiara JUMANI - Mutiaraku JUNAID - Askar, negeri JUNAIDI - Perajuritku; negeriku JURJANI - Nisbah JUWAIDI - Keelokanku JAD - Yang bersungguh-sungguh JADULHAQ - Jalan kebenaran JAZLAN - Yang riang gembira JAZALI - Kerianganku JAZULI - Pembesar; nisbah JAHID - Yang berusaha; yang bersungguh-sungguh JAHIR - Yang cantik; yang bersuara lantang JIHAD - Perjuangan/peperangan kerana mempertahankan agama

ABJAD K Kalmani - Yang fasih, yang baik percakapannya Kailani - Nisbah Kaisan - Yang bijak Kamal - Kesempurnaan Kamaluddin - Kesempurnaan agama Kamil - Nikmat yang banyak Kauthar - Telaga Kauthar Kazim - Yang menahan marah Kafil - Penjamin Karami - Kemuliaanku Karim - Yang mulia Kuram - Yang mulia

ABJAD Kh Khabir - Yang pakar, yang berpengalaman Khair - Yang baik; kebajikan Khairani - Yang baik Khairuddin - Sebaik-baik agama Khairulanam - Sebaik-baik manusia Khairuzzaman - Sebaik-baik masa Khalaf - Anak yang salih Khaladi - Benakku, akalku Khaldum - Kekekalan Khalid - Yang kekal Khalifah - Wakil, pengganti Khalil - Sahabat yang khusus dan istimewa Khalis - Yang bersih, suci; ikhlas Khamis - Hari Khamis Khattab - Yang banyak berpidato Khatib - Pemidato, pensyarah Khuldi - Kekekalanku Khumaini - Nisbah; ramalan, jangkaan Khuwailid - Yang kekal Khuwarizmi - Nisbah

ABJAD L Labib - Yang cerdik, yang berakal; yang gigih Labiq - Yang cerdik dan bersopan santun Lam'aani - Kegemilanganku Latif - Yang lemah lembut, yang bersopan Liwauddin - Panji agama Liwaul Islam - Panji Islam Liwaunnasri - Panji kemenangan Lubab - Pilihan yang bersih Lujaini - Perak; keputih-putihan Luqman - Nama Nabi Lut - Nama Nabi Lutfi - Lemah lembutku; kesopananku

ABJAD M MA'MUN - Yang aman MA'AN - Yang mudah MA'SUM - Yang terpelihara MABRUR - Yang berkebajikan MADDAH - Yang banyak memuji MADHI - Pujianku MAHDHAR - Hal menyebut kebaikan orang lain dibelakangnya; laporan MAHADHIR - Hal menyebut kebaikan orang lain dibelakangnya; laporan MAHDI - Yang dipimpin; yang beroleh hidayat MAHDAWI - Nisbah kepada Mahdi MAHFUZ - Yang terpelihara MAHIR - Mahir; bijak; cekap MAHLAM - Kesopanan; impian MAHMUD - Yang terpuji MAHZUZ - Yang bertuah, yang bernasib baik MAISARAH - Kesenangan; kekayaan MAISUR - Yang senang MAIMUN - Yang diberkati MAJDI - Kemuliaanku, kebesaranku MAKRAM - Yang mulia MAKHZUMI - Nisbah MAKHLUF - Yang diberi gantian MAMDUH - Yang terpuji MANAF - Ketinggian, kenaikan MANNAN - Pemurah MANDUB - Wakil MANSUR - Yang menang, yang mendapat pertolongan MARAMI - Cita-citaku, keinginanku, kehendakku MAR'IE - Yang terpelihara, yang terkawal MARNI - Pemberianku MARZUQ - Yang mendapat rezeki, yang dikurniakan MARZUQI - Rezekiku MARWAN - Yang berwaruah; yang harum MASDUQ - Yang dibenarkan; yang dipercayai MASDUQI - Yang dibenarkan; yang dipercayai MASLAMAH - Keselamatan MASRUR - Yang gembira MAS'UD - Yang bahagia MASYFU' - Yang mendapat syafaat MASYHADI - Persaksianku; hadapanku MASYHUR - Yang terkenal MASUN - Ynag terpelihara MAUDUDI - Yang dikasihi MAUIL - Tempat perlindungan MAULAWI - Yang berzuhud MAWARDI - Air mawarku, nisbah MAZIZ - Yang mulia MAZNI - Pujianku MIDHYAF - Yang gemar menyambut / melayani tetamu MIFDHAL - Yang amat mulia MISBAH MUNIR - Pelita yang menyinari MI'TAA' - Dermawan MIQDAM - Yang berani MU'AMMAR - Yang panjang umur MU'AZ - Yang panjang umur MUBARAK - Yang diberkati MUBIN - Yang nyata, yang terang MUDRIKAH - Yang kuat kefahamannya MUDRIKAH - Yang kuat kefahamannya MUHAIMIN - Yang berkuasa; yang memelihara dan mengawal MUHAMMAD - Yang terpuji MUHARRAM - Bulan Muharram MUHSAN - Yang terpelihara kehormatannya MUHSIN - Yang membuat kebaikan dan ihsan MUHTARAM - Yang dihormati MUHAJIR - Yang berhijrah MUHIBBUDDIN - Pencinta agama MUJAHID - Pejuang, yang berjihad kerana mempertahankan agama MUJTABA - Yang terpilih MUJTAHID - Yang tekun dan rajin MUJIBUDDIN - Penyahut seruan agama MUJIBUR RAHMAN - Penyahut seruan Allah yang Maha Pengasih MUI'NUDDIN - Pembela agama MU'IZZUDDIN - Yang memuliakan agama, penyokong agama MUKAHHAL - Yang cantik MUKHTAR - Yang terpilih, yang memilih MUNAJAT - Bisikan doa MUNAJI - Yang berdoa MUNAWWAR - Yang bercahaya MUNIB - Yang bertaubat MUNIR - Yang menerangi MUNJID - Yang memberi pertolongan; penyahut seruan MUNTAKHAB - Yang dipilih, yang dilantik MUNZIR - Yang memberi ingata/amaran MURAD - Yang diingini, yang dikehendaki MURTADHA - Yang diredhai MUSA - Nama Nabi MUSAIYAR - Yang dikendalikan oleh Allah MUSLIH - Yang memulihkan, yang memperbaiki MUSLIHIN - Yang memulihkan, yang memperbaiki MUSLIHUDDIN - Pemulih agama MUSLIM - Yang menyerah diri kepada Allah, yang beragama Islam MUSTAFA - Yang terpilih MUSTAQIM - Yang lurus MUSTAMMIM - Yang menyempurnakan, pelengkap MUTIE' - Yang taat MUTAWALLI - Yang mengurus, yang mengendali MUTTALIB - Yang menuntut dari masa ke masa MUZHAFFAR - Yang beroleh kemenangan

ABJAD N NABIH - Yang cerdas; yang masyhur NABIL - Yang cerdik; yang mulia NADAWI - Nisbah NADHIR - Yang berseri-seri NADIY - Pemurah NADZIR - Pegawai pemeriksa, pengurus NAFIE' - Yang bermanfaat NAFIS - Yang bernilai NAHAR - Keluasan, sungai NAIF - Yang tinggi NAILI - Pencapaianku NA'IM - Kesenangan dan kemakmuran hidup NA'IMULLAH - Pemberian Tuahn NAJIB - Yang mulia keturunannya, yang terpuji NAJID - Yang gagah berani NAJIH - Yang sabar, pendapat yang tepat NAJIY - Yang berjaya, yang terselamat NAJMI - Yang berjaya, yang terselamat NAJMUDDIN - Bintangku NAJMUDDIN - Bintang agama NAKHA'IE - Nisbah NAKHWAT - Semangat; maruah; kebesaran; kebanggaan NAQIB - Ketua; yang arif; penjamin NAQIUDDIN - Kebersihan agama NASIB - Yang berketurunan mulia NASIM - Angin sepoi-sepoi bahasa NASIR - Yang menolong, yang membela NASIRUDDIN - Pembela agama NASRI - Pertolonganku NASRUDDIN - Pertolongan agama NASRULLAH - Pertolongan Allah NASRUN - Pertolongan NASRULHAQ - Pertolongan Kebenaran NAWAWI - Nisbah NASYIT - Yang cergas NAWI - Ketua; yang berniat NAUFAL - Pemurah, dermawan NASYAT - Kecergasan NAZIH - Yang bersih/suci NAZIM - Penyajak NAZMI - Keindahanku; bintangku; ungkapan yang tersusun dan bersajak NI'MAT - Nikmat NI'MATULLAH - Nikmat Allah NIZAMUDDIN - Peraturan agama NIZAR - Yang memerintah; yang mendesak; nama datok Nabi yang ke-18 NU'AIM - Nikmat NIFAIL - Pemberian, hadiah, kelebihan NUH - Nama Nabi NUJAID - Keberanian, bantuan NU'MAN - Kebaikan; kenikmatan; gelaran raja di al-Hirah (Iraq) NURI - Cahayaku NURUDDIN - Cahaya agama NURULHAQ -Cahaya kebenaran NURUL ISLAM - Cahaya Islam NUR HIDAYAT - Cahaya petunjuk

ABJAD O OMAR - Yang memakmurkan, yang mendiami; nama sahabat ONN - Pertolongan, bantuan OTHMAN - Yang tekun; nama sahabat, pembetul; pembaik

ABJAD Q Qabus - Yang kacak Qamari - Bulanku Qamaruddin - Bulan agama Qamarul Arifin - Bulan orang 'arif Qamaruzzaman - Bulan masa Qamarul Islam - Bulan Islam Qandil - Pelita Qairawani - Nisbah Qasim - Pembahagi; peneliti Qasiem - Yang cantik Qastalani - Nisbah Qarar - Ketetapan; asas Qatadah - Nama sahabat Qawiem - Yang lurus Qiwamuddin - Asas agama Qurtubi - Nisbah Qusyairi - Nisbah; hujan Qutaibah - Nama Tabi'ie Qutub - Ketua; asas; bintang Qutbuddin - Asas agama Qutbul Islam - Asas Islam Qutbi - Ketuaku; asasku

ABJAD R RABBANI - Yang arif dan salih RADHI - Yang rela, yang ridha RA'FAT - Belas kasihan RAFI' - Yang meninggikan RAFID - Pembantu, pemberi RAFIE' - Yang tinggi dan mulia RAFIQ - Teman RAFI'UDDIN - Penjulang agama RAHIMI - Kesayanganku RAHMAT - Rahmat, belas kasihan RAID - Ketua; pemandu; pemimpin RAIMI - Kelebihanku RAIS - Ketua RAIYAN - Yang puas, yang tidak dahaga RAJAB - Bulan Rejab RAJAIE - Harapanku RAJAA' - Harapan RAJI - Yang mengharap RAKIN - Yang bersopan dan berfikiran wajar RAMADHAN - Bulan Ramadhan RAMLI - Penghalusanku, ketelitianku; nisbah RAMZI - Lambangku RASIN - Yang wajar; yang kukuh RASMI - Lukisanku; yang rasmi RASYAD - Petunjuk RASYDAN - Petunjuk RASYID - Yang mendapat pertunjuk dan yang lurus RASYID - Yang cerdik RAWI - Yang sehat akal dan badan RAWIYANI - Keindahanku RAZI - Nisbah RAZIN - Yang tenang; yang wajar; yang sopan RIDHA - Keredhaan RIDHAUDDIN - Keredhaan agama RIDHWAN - Keredhaan RIF'AT - Kemuliaan, ketinggian darjat RIFA'AT - Kemuliaan, ketinggian darjat RIFA'IE -Yang tinggi darjah, yang mulia; nisbah RIFAA' - Persetujuaan; kesesuaian RIFAIE - Persetujuanku; kesesuaianku RIFDI - Pertolonganku; pemberianku RIYADH - Taman, kebun RUKAINI - Kekuatanku; ketahananku RUKNUDDIN - Tiang, ketahanan agama RUSLAN - Utusan RUSLI - Utusanku RUSYDI - Kecerdikanku; kelurusanku atas jalan yang benar RUSYDUDDIN - Kelurusan agama, pertunjuk agama RUZAINI - Tempat ketenteramanku

ABJAD S SA'AD - Kebahagiaan SA'DI - Kebahagiaanku SA'ADUDDIN - Kebahagiaan agama SA'DAN - Kebahagiaan SA'DUN - Kebahagiaan SABAR - Kesabaran SABIQ - Yang terkemuka, yang mendahului SABIR - Yang sabar SABQI - Pendahuluanku, keutamaanku SABRAN - Yang sabar SABRI - Kesabaranku SABUR - Penyabar SADAD - Kelurusan; ketepatan SADARI - Kepimpinanku; kemajuanku SADAT - Ketua, pemimpin SADID - Yang lurus; yang tepat SADIY - Yang baik hati; yang berbudi SADRUDDIN - Pemimpin agama SAFIY - Sahabat yang ikhlas SAFIUDDIN - Kesucian agama SAFWAN - Yang bersih; yang ikhlas SAFWAT - Kebersihan; keihklasan SAHAL - Yang mudah, yang senang SAHLAN - Yang mudah, yang senang SAHLI - Kemudahanku, kesenanganku SAIB - Yang betul, yang tepat SA'ID - Yang bahagia SAYYID - Ketua; pemimpin SAYYIDI - Ketuaku SA'IDUN - Yang berbahagia SAIFUDDIN - Pedang agama SAIFUL ISLAM - Pedang Islam SAIFULLAH - Pedang Allah SAKAN - Keberkatan, rahmat, ketenangan SAKANI - Keberkatanku, rahmatku; ketenanganku SAKHAWI - Kemurahan hati, nisbah SALAHUDDIN - Kebaikan agama SALAM - Kesejahteraan SALAMAT - Kesejahteraan SALI - Penghibur SALIH - Yang baik SALIHIN - Yang baik SALIM - Yang sejahtera, yang selamat SALMAN - Yang sejahtera, yang selamat SAMAHAT - Kemaafan, kebaikan hati SAM'AAN - Pendengaran SAMI - Yang tinggi, yang mulia SAMIH - Pemaaf; yang baik hati SAMIR - Rakan mesra SAM'OUN - Pendengaran SANAD - Sandaran, tempat bergantung SANHAJI - Nisbah SANIM - Yang tinggi darjat SANIY - Yang mulia, yang tinggi kedudukannya SANUSI - Nisbah SARKHAWI - Nisbah SARIY - Yang pemurah lagi mulia SARIYAN - Yang pemurah lagi mulia SA'ATARI - Yang mulia dan berani SA'UD - Yang bahagia SAYUTI - Nisbah SIDDIQ - Yang membenarkan SIDQI - Kebenaranku SILMI - Kedamaianku SIMA - Tanda; gaya SIMIA - Tanda; keindahan SINWAN - Kembar SIRAJ - Pelita SIRAJI - Pelitaku SIRAJUDDIN - Pelita agama SIRHAN - Berani, singa SIRIN - Nama seorang tabie SU'AIDI - Kebahagianku SUBAIH - Subuh SUBHI - Subuhku SUBUKI - Nisbah SUFI - Ahli tasauwuf SUFYAN - Nama sahabat; debu tanah yang diterbangkan angin SUHAIB - Putih kemerahan; nama sahabat SUHAIL - Senang, mudah SUHAILI - Kemudahanku SUHAIR - Yang awas; yang berjaga SUHAIMI - Nisbah; kehitaman SULAIM - Yang sejahtera SULAIMAN - Yang sejahtera SULAIMI - Kesejahteraanku SULHI - Kedamaianku SUMSUMAN - Yang lemah lembut SULWAN - Ketenteraman; kelegaan; hiburan SURURI - Kegembiraanku SUWADI - Rahsiaku

ABJAD SY SYA'ARANI - Nisbah SYA'BAN - Bulan Sya'ban SYABIL - Yang besar dalam kesenangan; bintang SYADDAD - Yang perkasa SYAFA'AT - Pembelaan, pertolongan SYAFI'IE - Pemelaku; nisbah SYAFIQ - Penyayang SYAHAMAH - Kemuliaan; kebijaksanaan; keberanian SYAHMI - Yang mulia; yang bijak; yang berani SYAHIR - Yang masyhur SYAHIRAN - Yang terkenal SYAHIN - Tiang neraca SYAHRASTANI - Nisbah SYAKIR - Pengenang budi; yang bersyukur SYAMIM - Keharuman; yang tinggi SYAMSUDDIN - Matahari agama SYAMSUZZAMAN - Matahari masa SYAMSI - Matahariku SYARAF - Kemuliaan SYARAFUDDIN - Kemuliaan agama SYARBINI - Nisbah SYARIF - Yang mulia SYARIFUDDIN - Yang mulia agamanya SYA'RAWI - Nisbah SYARQAWI - Nisbah kepada timur SYATBI - Yang tinggi dan cantik SYATIBI - Nisbah, yang cantik SYUKANI - Nisbah, kekuatanku SYAUKAT - Kekuatan SYAWAL - Bulan Syawal SYAZALI - Nisbah SYAZANI - Kecergasanku SYAZWAN - Harum kasturi SYAZWI - Keharumanku SYIMIR - Yang bertekad, yang pemurah; yang berpengalaman SYIRAZI - Nisbah kepada "Syiraz" SYIBLI - Nisbah; anak singa SYIHABUDDIN - Bintang agama SYINNAWI - Nisbah SYU'AIB - Nama Nabi SYU'BAH - Nama sahabat; cabang, cawangan SYUBRAWI - Nisbah SYUKUR - Kesyukuran SYURAIH - Kelegaan, kelapangan, keterangan SYUKRI - Kesyukuran SYURAHBIL - Nama sahabat SYUWARI - Kecantikanku; gayaku; perhiasanku

ABJAD T
Tabani - Kebijaksanaaku
Tabarani - Nisbah
Tabari - Nisbah
Tabin - Yang cerdik
Taha - Nama Nabi
Tahawi - Nisbah
Tahir - Yang bersih
Taib - Yang baik
Taimiyah - Nisbah
Tajuddin - Mahkota agama
Tajuzzaman - Mahkota masa
Tal'at - Ketinggian; pucuk
Talal - Keindahan; keadaan yang baik; kegembiraan
Talhah - Nama sahabat; pisang; anak pokok
Talib - Penuntut Tamam - Kesempurnaan
Tamim - Yang sempurna kejadiannya
Tamimi - Yang sempurna kejadiannya
Tamamulqamar - Bulan purnama
Tamrin - Latihan; pembiasaan
Taqiuddin - Yang bertaqwa demi agama
Tariq - Bintang subuh; yang mengetuk
Tasnim - Air di Syurga yang mengalir dari atas
Taufiq - Pertolongan
Tawadhu' - Perendahan diri
Tirmuzi - Nisbah
Tiftazani - Nisbah
Tihami - Nisbah
Tibyan - Penerangan
Tilimsani - Nisbah
Tiryaq - Penawar bagi racun dan bisa, geliga

ABJAD Th
Thabat - Ketabahan
Thabati - Ketabahanku
Thabit - Yang tabah, yang tetap
Thariy - Yang kaya
Tharwan - Yang kaya
Tharwat - Kekayaan
Thaqib - Yang bijak; yang masyhur
Thaqif - Yang bijak dan cepat faham
Thubat - Pahlawan; yang berani

ABJAD U
'Ubaid - Hamba; nama sahabat
'Ubadah - Ibadah; nama sahabat
'Ukasyah - Labah-labah; nama sahabat
'Ubaidullah - Hamba Allah
'Umar - Yang memakmurkan; yang mendiami; nama sahabat
'Umaiyah - Nama sahabat
'Urabi - Kearaban, bersemangat Arab
'Urwah - Tangkai; pegangan; kekuatan
Usaid - Yang berani; singa
Usamah - Yang berani; singa
Uthman - Yang rajin dan gigih; nama sahabat
Utaibah - Persimpangan lembah; teguran sahabat
Utbah - Persimpangan lembah; teguran sahabat
Utba - Keridhaan
Uwais - Pemberian
Uzair - Nama Nabi

ABJAD W Wabisah - Nama sahabat Wadud - Penyayang Wafid - Pengunjung Wafir - Yang kaya, yang luas, yang banyak Wafiuddin - Yang setia pada agam Wafiy - yang setia, yang menepati Wafri - Kekayaanmu, keluasanku Wahab - Pemberian Wahbah - Pemberian Wahbi - Pemberianku Wahid - Yang tunggal Wahiduzzaman - Yang terulung pada zamannya Wahiduddin - Yang terulung pada agamannya Wahyun - Wahyu Wail - Yang meminta keselamatan dan perlindungan Waki' - Yang kuat, yang teguh Wajdi - Kesayanganku; kekayaanku; kerianganku; keupayaanku Wajih - Yang terkemuka; yang mulia dan dihormati Wajihuddin - Yang terkemuka dan mulia pada agama Walid - Kelahiran, yang dilahirkan Waliuddin - Pembela agama; pemelihara agama Waqar - Ketenangan dan sopan santun Waqiuddin - Pemelihara agama Waqur - Yang tenang dan bersopan Wardi - Bunga rosku Warid - Yang berani Wasim - Yang kacak dan cantik Wasil - Penyambung, penghubung silaturrahim Watadi - Keteguhanku Wathiq - Yang percaya, yang konfiden Wathieq - Yang kukuh dan teguh Watari - Hajatku, keperluanku Wazien - Yang teguh dan kukuh pendapat/fikiran Wazini - Yang menimbang dengan saksama Wa'adi - Janjiku Wadhih - Yang terang, yang nyata Wa'ie - Yang bijak; penghafal; yang kuat ingatan Wasiy - Yang berwasiat; yang dipesan Wa'ayi - Kesedaranku, keperluanku

ABJAD Y Ya'aqub - Nama Nabi Yahya - Nama Nabi, yang hidup Yamin - Yang berkat Yaqut - Permata Yatim - Yang berharga; yang tiada tolok bandingannya Yatimi - Yang berharga; yang tiada tolok bandingnya Yasir - Yang senang Yasier - Yang senang dan mudah Yassar - Yang menyenangkan Yazid - Yang bertambah, yang berlebihan, yang berkat Yaqzan - Yang berwaspada, berjaga Yadiy - Yang cerdik; yang mewah Yaqin - Yakin, kepercayaan sepenuhnya Yasin - Nama Nabi Yumni - Keberkatanku Yunus - Nama Nabi Yusri - Kesenanganku Yusuf - Nama Nabi

ABJAD Z Zabad - Keharuman, kasturi Zabadi - Keharumanku, kasturiku Zabidi - Yang memberi/yang membuat mentega, nisbah Zahab - Emas Zabir - Yang pintar, yang kuat Zahabi - Emasku, keemasan Zahi - Yang gilang gemilang, yang berseri Zahid - Yang berzuhud, yang menjauhkan diri dari kemewahan hidup di dunia Zahir - Yang cantik dan berseri Zahier - Penolong, pembela Zahiruddin - Penolong/pembela agama Zahhar - Yang sangat bergemerlapan Zahil - Yang tenang hati Zahran - Yang cantik dan berseri Zaid - Pertambahan, kelebihan Zaidan - Yang bertambah; yang berlebih Zaidani - Yang bertambah; yang berlebih Zaidi - Pertambahanku, kelebihanku Zaidun - Pertambahan, kelebihan Zaim - Pemimpin Zain - Perhiasan Zaini - Perhiasanku Zakaria - Nama Nabi Zaki - Yang cerdik; yang harum Zaki - Yang baik; yang suci Zakir - Yang berzikir; yang mengenang Zakur - Yang banyak berzikir; yang kuat ingatan Zakwan - Yang cerdik; yang harum Zainuddin - Perhiasan agama Zainulabidin - Perhiasan orang yang beribadat Zainulariffin - Perhiasan orang yang arif Zainun - Perhiasan Zami' - Yang berani dan gigih Zamir - Yang cantik Zamzam - Air Zamzam Zayan - Yang cantik Zayani - Yang cantik Zarkasyi - Nisbah Zawawi - Nisbah, sudut Zawir - Ketua, pemimpin Zahin - Yang cerdik Zihni - Kefahamanku, kekuatan akalku Zikri - Ingatanku, kenanganku, zikirku Zimam - Yang utama, pemimpin; teraju Ziyad - Pertambahan, kelebihan Ziyan - Perhiasan Zubaidi - Pemberianku; pilihanku yang terbaik Zubair - Yang gagah perkasa; yang pintar; akal Zufar - Ketua; yang berani; yang kuat; yang bertanggungjawab Zuhaili - Yang tenang hati Zuhair - Yang berseri; bunga Zuhairi - Yang berseri; bungaku Zuhdi - Zuhudku, Kebencianku kepada dunia dan kegemaranku kepada akhirat kerana beribadat Zuhrah - Kecantikan yang menarik Zuhri - Kecantikanku Zuhnun - Yang cerdik Zulfadhli - Yang mempunyai kelebihan Zulfaqar - Nama pedang Nabi Muhammad Zulhilmi - Yang mempunyai kesabaran dan kesopanan Zulhusni - Yang mempunyai kebaikan dan kecantikan Zuljamal - Yang mempunyai kecantikan Zulkamal - Yang mempunayi kesempurnaan Zulkaram - Yang mempunyai kemuliaan Zulqarnain - Nama seorang raja Zulkifli - Nama Nabi Zulmadji - Yang mempunyai kemuliaan Zunnun - Gelaran Nabi Yunus Zunnur - Yang bercahaya Zunnurain - Yang mempunyai dua cahaya Zulwaqar - Yang mempunyai ketenangan/kesopanan


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Saturday, July 25, 2009

REZEKI YANG DITUNGGU






Assalamualaikum warahmatullah.. rasanya ramai yang kenal buah apa ni.... saje nak publish untuk artikel santai malam ni. Nama saintifiknya wallahu'alam... (kena tanya Prof) tapi yang selalu orang sebut 'buah mata kucing"lah. Gambar ni saya ambil kat rumah ayahanda & bonda minggu lepas. Esok InsyaAllah saya akan ziarah semula ke rumah ayahanda.... first sekali nak intai buah ni... dah boleh dijamah atau belum... minggu lepas tak boleh lagi... masih muda. Ni memang antara spesis buah kegemaran saya.

Perasan tak.... samada manis buah itu.. pahit.. masam.. kelat dan macam-macam lagi rasanya... setiap tumbuhan dan pokok semuanya berasal dari satu tempat iaitu tanah. Maha Suci Allah Yang Menciptakan.... menjadikan rasa buah-buahan yang pelbagai... manusia buat kerja mudah... pilih je apa yang dia nak makan... itu pun kekadang lupa nak baca Bismillah. Wallahu 'alam...


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

FATWA : BENAR TAPI LUCU

Haram menikahi gadis satu kampung
---------------------------------


Majlis Ulama Indonesa ( MUI ) Jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi diantara para pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewawancarai sekretaris umum MUI Bapak Prof. Dr. Din Syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat…. Lima aja udah haram, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....

* Bila baca artikel gurauan ni saya teringat gurauan Rasulullah SAW dengan seorang perempuan tua yang menangis apabila Rasulullah secara bergurau mengatakan perempuan tua tidak masuk syurga. Namun akhirnya perempuan tua tersebut gembira apabila Rasulullah SAW menjelaskan di dalam syurga penghuninya semuanya muda termasuk perempuan dan lelaki yang meninggal dunia dalam keadaan tua… .wajah mereka di’muda’kan kembali. Hati-hati….. gurauan itu mampu membuatkan seseorang tersenyum…. Tapi jangan sampai salah gurauan…. Mungkin boleh putus silaturrahim. Nau’dzubillah… Wallahu ‘alam.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Friday, July 24, 2009

BILA KENA MACAM TU… BOLEHKAH AKU JAWAB MACAM NI?

Bila disuruh solat
Kejap lagi ye…. Eh… alamak dah habis waktu.. boleh buat jama’ tak?

Bila Allah suruh pergi haji
I sebok la…. Lagipun tahun ni I dah rancang nak pi Perancis… tahun depan pi Mexico. Tak lari punya Kaabah tu… nanti I pi la.

Bila Allah suruh puasa
I ada penyakit ….. kalau puasa perut I sakit nanti macamana? Kan ke dalam Islam tu jaga nyawa lagi penting….

Bila Allah suruh tutup aurat..
Ala…. Iman kat hati… bukan kat pakaian… yang penting I tak hipokrit…. Orang yang tutup aurat pun bukannya baik sangat.

Bila Allah suruh laksanakan hukumNya..
Kita tak boleh ekstrem sangat. Nak dakwah biar berhikmah…. Hukum Allah tu keras sangat.. nanti orang kafir takut.

Bila Allah larang main judi…
Tak pa… sekali sekala…. nanti kalau kena aku pi la mekah… buat masjid.. derma kat anak yatim.

Bila Allah larang kerja maksiat…
Inilah rezeki kami…. Dah tak dak kerja lain dah yang kami boleh buat. Kami pun ada anak… kalau tak kerja macam ni anak kami nak makan apa…

Bila kena tangkap khalwat….
Eh Encik…. Dia ni tunang saya… minggu depan kami nikah... takkan salah kot. Lagipun kami bukan buat apa-apa… saya tumpang buang air je kat dalam bilik hotel ni…

Bila tak keje… dok kat rumah je.
Aku bukan tak mau kerja…. Kalau aku kerja… sapa nak bagi makan kucing kat rumah.. sapa nak siram pokok kelapa, pokok pisang dan pokok sena kat depan rumah aku.

Bila tak sembahyang subuh….
La… tak sedaq… tengok-tengok dah pukul 8. Malam tadi tidoq lambat…. Pi dengaq ceramah agama.

*Manusia ni memang banyak alasannya. Alasan selalunya akan membawa kepada perkara-perkara yang lebih negatif seperti ditambah sifat lupa… ditambah sifat malas.. sifat leka dan sebagainya. Sebab tu kalau ada suruhan… jangan bagi alasan…. Tapi carilah jalan untuk melaksanakannya walaupun sebelum ini kita mengingkarinya.

*Kandungan artikel ini tidak berniat untuk menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membacanya. Sekadar muhasabah diri untuk kebaikan kita bersama. Wallahu'alam...

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

PENCURI KATA : TAK DAPAT SEMUA... BODY PUN JADILAH



Ya Allah… sanggup tu.. kesiannya pemilik basikal ni. Saya dapat rasakan pemilik basikal ni seorang yang susah hisupnya… kalau tak takkanlah sampai ditambat basikalnya dengan dua rantai sekali. Itupun kena curi jugak.. apa la punya pencuri… tak fikir susah orang langsung.

Hmm.. manusia ni memang tak takut dengan hukum dunia… baca hukum Allah ni…. Kalau tak faham juga maknanya hati tu dah mati.

Jangan kata hukum Allah zalim.. kejam dan sebagainya. Analoginya macam nilah…. Kalau seseorang tu sakit kencing manis… kakinya perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawanya…. Sipesakit akan membenarkan doktor memotong kakinya…. Mencuri ni melibatkan kesalahan yang mengancam hak orang lain…. bukan hak peribadi orang itu… tak kan la tak boleh potong kot. Hukuman tersebut pun ada syarat-syaratnya. Firman Allah SWT :

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah : ayat 38 )


*Mempertikai hukum Allah jelas boleh membawa kepada terbatalnya aqidah.. na’udzubillah. Klik untuk artikel penuh....


HUKUM & HUKUMAN MENCURI DALAM SYARIAT ISLAM :
Mencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI
1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

SABIT KESALAHAN MENCURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARI HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Wallahu'alam


KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, July 23, 2009

MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTAKAN ( 4 ) : GAMBAR MIKRO/SEL TUBUH MANUSIA

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.
Subhanallah.... Maha Suci Allah.. Tuhan Maha Pencipta

ovum dan sel korona


sperma di atas ovum


sel kanser paru-paru


sel bulu halus pada telinga


saraf perasa pada lidah


sel darah merah ( macam wadai kipeng je)


salur darah pada saraf optik


plak pada gigi


neuron perkinje (lapisan pada otak)



hujung rambut yang pecah



gambar embrio (janin) berusia 6 hari



embrio yang baru tercipta



alveoli pada paru-paru manusia



KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

GAMBAR ATAU ORANG DALAM GAMBAR YANG BERMASALAH?


A FEW MORAL FROM THIS PICTURE

***Kalau nak tunjuk rajin tu… agak-agak la ye..
***Kalau dah hobi…. Cari la tempat yang sesuai sikit.
***Kalau nak beli kasut… takkan le cari kat kedai basikal... nak mancing pegi la sungai ke… kolam ke… tasik.. laut dsb.
***Hmm… sahabat-sahabat yang tengok tolong tambah dan buat ulasan…. Terima kasih.

Susah jugak nak menafsirkan gambar ni... mungkin ada yang sedang berfikir.. berapa ekor ikan yang ada dalam lopak tu... ataupun spesis ikan apakah yang sedang dipancingnya? Kalau saya... saya ingat satu je... orang yang solat... memang susah jadi nyanyuk. :) Wallahu 'alam..

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, July 22, 2009

MAKSIAT : KALAU BOLEH IKUT SYARAT NI... BUATLAH


5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


*Allah senantiasa mengampunkan kesalahan dan dosa hambaNya selagi mana kesalahan tersebut bukan membawa kepada mensyirikkanNya...

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...
Related Posts with Thumbnails