Assalamualaikum wrt.wbh.... beginilah keadaan buah mata kucing sewaktu saya pulang ke rumah ayahanda hujung minggu lalu.... nampaknya kena tunggu lagilah... mungkin dua atau tiga minggu lagi. Bukannya tak boleh nak beli di kedai atau di pasar buah.... tapi sengaja nak rasa buah yang di tanam oleh ayahanda sendiri... :) Apa istimewa sangat sampai kena tunggu?... For inform… ini adalah kali pertama nak merasainya..... dulu sewaktu belajar di negara orang.. bekerja di negeri orang…. setiap kali balik bercuti bukan musim ia berbuah.
GAMBAR MENARIK : LELAKI INI MENULIS KALAM ALLAH PADA 8 BIJI KULIT TELUR AYAM
-
السلام عليكم و رحمة الله
Begitu hebatnya ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya. Tidak terfikir
dek akal fikiran seorang lelaki berusia 97 tahun mampu...
12 years ago
3 comments:
bila dah boleh dipetik nnti boleh le dipos kan kt saudara mara blogger ni sama kaan .. rezeki kena dikongsi nie baru barokah ...
Salam kak Ummi… InsyaAllah boleh takde salahnya. Tak yah pos la… makan fresh-fresh dari pokok baru sedap. So.. nanti dah masak saya beritahu…. Kak Ummi kena mai Parit Buntar makan kat sini ye. :)
Sebut tentang barakah… saya teringat masa kecil-kecil dulu… kat rumah orang tua ada pokok jambu susu. Sekarang ni dah takdesebab kena tebang…. JKR lebarkan jalan depan rumah. Ayahanda selalu sedekah kat jiran-jiran… hasilnya tiap kali berbuah.. masyaAllah.. lebat sungguh. Saya tanya ayah kenapa lebat sangat... melampau-lampau. Ayah bagitau mungkin kerana doa orang yang diberi sedekah. Sejak dari tu saya ingat… orang yang bersedekah tidak akan miskin.. tapi InsyaAllah akan ditambah rezekinya oleh Allah S.W.T
Jangan lupa hantaq mai kat umah kak zai kat Bukit Mertajam sama na...bukannya jauh sangat dahpun ngan Parit Buntar tu hehehe...gurau jer tu..
Anyway..utk blog template tu.cuba saifun g kat blog akak tengok ada tulis thecutestblogontheblog.com. kat sebelah kiri bahg atas blog akak tukan..pastu klik jer kat situ terus dia bawa saifun kat website template tu. pastu klik kat background blogger template pastu pilih jer dan copy dia nyer code dan pastekan kat add a gadget bahagian HTML..senang jer..kalau tak berjaya bagitau k..
Post a Comment