TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Monday, July 06, 2009

NAK CEPAT KAYA?.... INI KUNCINYA

Kunci Rezeki.....

Agar hati tidak dimakan oleh dunia dan akal tidak dikuasai oleh nafsu, Allah swt menegaskan pada banyak tempat, bahawa rezeki adalah daripadaNya.Dia sahaja yang berkuasa mencukupkan keperluan manusia. Manusia perlu berusaha, bukan hanya berangan-angan.

Allah swt juga memberi amaran kepada orang-orang yang hanya disibukkan dengan dunia serta berusaha menuntutnya sehingga lalai daripada tuntutan ibadat. Namun betapa sibuknya manusia dengan dunia, dia hanya mengambil bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah baginya sahaja.

Walau pun demikian…

Allah swt telah memberikan beberapa kunci rezeki serta kelapangan kehidupan bagi orang-orang yang beriman.. Sesiapa yang menggunakannya, Allah akan meluaskan rezekinya, menutup kefakirannya dan memenuhi kehidupannya dengan kebahagiaan serta hatinya dengan keredhaan dan ketenangan.

Orang yang sebenarnya bijak ialah…

Sesiapa yang mengetahui matlamat daripada peluang-peluang tersebut serta memahami pengertian-pengertiannya dan mampu meningkatkan semangat dan ruhnya agar yakin terhadap Allah dan berusaha melaksanakan segala sebab yang membuka rezeki Allah kepadanya. Klik untuk 10 kunci rezeki..

Kunci Pertama

Istighfar dan Taubat

Ia adalah antara kunci rezeki paling besar.. Setiap kali istighfar anda bertambah, maka akan bertambah pulalah rezeki anda, insya Allah.

Firman Allah swt (Surah Nuh ayat 10-12) yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya.”

Kunci Kedua

Memberi Nafkah pada Jalan Allah

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa harta sama sekali tidak akan berkurangan jika anda menafkahkannya pada jalan Allah. Maka perbanyakkanlah infaq kepada golongan fakir miskin, orang-orang yang memerlukan dan para pejuang pada jalan Allah.

Firman Allah swt (surah al-Baqarah ayat 261) yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.”

FirmanNya lagi (surah Saba’ ayat 39) yang bermaksud: “…dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”

Kunci Ketiga

Silaturrahim

Ia mempunyai dua faedah. Pertama ia meluaskan rezeki dan kedua ia memanjangkan umur. Sesiapa yang menghendaki kedua-dua faedah ini, maka dia hendaklah banyak menghubungkan silaturrahim, meskipun terdapat perselisihan di antaranya dengan kaum keluarganya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang suka agar Allah melapangkan rezekinya dan agar namanya tetap dikenang selepas kematiannya, maka dia hendaklah menyambung silaturrahim.” Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Kunci Keempat

Taqwa

Antara definisi taqwa ialah: Takut kepada Allah, beramal dengan wahyu yang diturunkan, redha dengan rezeki yang sedikit dan bersedia menghadapi kematian.

Manakala definisi amali bagi taqwa ialah bahawa anda berhati-hati daripada Allah swt melihat anda sedang melakukan sesuatu yang dilarang olehNya, atau Allah mendapati anda tidak melaksanakan perintahNya.

Firman Allah swt (surah al-Talaq ayat 2-3) yang bermaksud: “…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

Kunci Kelima

Berhijrah Pada Jalan Allah

Maksud hijrah di sini ialah berpindah daripada suatu tempat yang penuh dengan maksiat dan kejahatan ke suatu tempat yang anda mampu untuk menyelamatkan agama dan ibadat anda. Maka janganlah anda tinggal bersama-sama dengan orang-orang yang jahat dan fasiq serta dalam masa yang sama anda memohon keluasan rezeki daripada Allah, kecuali jika anda mampu untuk meneruskan ibadat anda tanpa terpengaruh sedikitpun dengan mereka.

Firman Allah swt (surah al-Nisa’ ayat 100) yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur.”

Kunci Keenam

Haji dan Umrah

Iaitu dengan berturut-turut melakukannya sentiasa. Awaslah anda daripada menyangka bahawa harta anda akan berkurangan dengan sebab haji atau umrah yang anda tunaikan. Tanyalah kepada orang yang biasa menunaikannya, adakah harta mereka berkurangan dengan sebab haji atau umrah itu atau sebaliknya semakin bertambah?

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Perturutkanlah antara haji dan umrah, kerana kedua-duanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana api membersihkan besi, emas dan perak. Tiada balasan bagi haji yang mabrur kecuali syurga.” Diriwayatkan oleh al-Tirmizi.

Kunci Ketujuh

Bertawakkal Kepada Allah

Makna bertawakkal ialah anda melaksanakan segala sebab kemudian anda meyakini bahawa rezeki anda pasti akan sampai kepada anda walau apa pun yang akan terjadi. Ia berlawanan dengan tawakul yang bererti anda tidak berusaha mencari rezeki dengan hujah Allah swt telah menentukan rezeki masing-masing.

Firman Allah swt (surah Hud ayat 6) yang bermaksud: “Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya…”

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Jika kamu bertawakkal terhadap Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan kepada kamu rezeki sebagaimana Dia berikan kepada burung, ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan perut yang kempis tetapi pulang pada petangnya dengan perut yang kenyang.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Kunci Kelapan

Beribadat Kepada Allah Sepenuh Masa

Iaitu dengan anda tidak berebutkan dunia dan berpada dengan bahagian yang sedikit yang sudah mencukupi buat anda, lalu anda mempergunakan waktu anda yang lain kesemuanya untuk beribadah dan berdakwah kepada jalan Allah.

Allah swt berfirman di dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Beribadatlah kepadaKu sepenuh masa, nescaya aku akan memenuhkan dada engkau dengan kekayaan dan Aku akan menghilangkan kefakiran daripada engkau. Jika engkau tidak melakukannya, nescaya aku akan menyibukkan tangan engkau dengan pelbagai pekerjaan namun kefakiranmu tetap tidak hilang.”

Kunci Kesembilan

Memberi Nafkah Kepada Penuntut Ilmu Sepenuh Masa

Sesiapa yang mempunyai saudara, teman atau jiran yang miskin dan menuntut ilmu demi kepentingan umat Islam, dan dia mampu untuk membantunya dengan memberikan pertolongan kepadanya agar dia dapat terus menuntut ilmu tersebut, maka perbuatan itu membuka salah satu pintu rezeki baginya.

Daripada Anas bin Malik, katanya: “Terdapat dua orang bersaudara pada zaman Rasulullah saw. Salah seorang daripada mereka sering dapat belajar dengan baginda saw dan seorang lagi bekerja. Lalu saudara yang bekerja mengadu kepada Rasulullah saw tentang saudaranya yang belajar, lalu Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Mungkin engkau diberikan rezeki kerana saudaramu itu.” Diriwayatkan oleh al-Tirmizi.

Kunci Kesepuluh

Kasihan Belas Terhadap Golongan Lemah dan Miskin

Ini adalah kerana hubungan hati mereka lebih rapat dengan Allah swt lantaran kemiskinan dan kefakiran mereka. Oleh itu, berbuat baiklah kepada golongan tersebut yang berada di sekeliling anda, nescaya Allah akan membalas perbuatan baik anda itu.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Bukankah kamu diberikan pertolongan dan rezeki kerana orang-orang yang lemah di kalangan kamu?” Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

1 comment:

zai said...

Salam Saifun,
Walaupun kuncinya nampak mudah tapi tak ramai yg mampun melakukannya...spt sembahyang 5 waktu, mudah jer kan tapi tak ramai yg mahu melakukannya mungkin krn menyangka maut tidak akan datang menjemput selagi usia belum tua..

Related Posts with Thumbnails