TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Tuesday, July 07, 2009

MENGENANG SAHABAT : MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM

Saya (duduk) dan Allahyarham Ust. Din (berdiri) ketika bertugas
di Jabatan Mufti Negeri Perak


Malam tadi ketika asyik membelek-belek buku rujukan di rak… saya terpandang satu frame gambar yang terselit di celah-celah buku….. gambar tu adalah gambar yang saya pamerkan di atas.

Tahun lalu negara dikejutkan dengan kisah seorang pegawai dari Jabatan Mufti Perak… Ustaz Khairuddin yang telah di bunuh dengan kejam oleh sekumpulan perompak yang merompak sebuah stesyen minyak Petronas di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Kejadian yang berlaku pada bulan 11 tahun lalu amat menyedihkan…. mengenangkan mangsa merupakan bapa kepada enam orang anak yang masih kecil.. bahkan seorang dari anak mangsa masih bayi berusia 4 bulan ketika kejadian. Beliau bekerja sambilan di stesyen minyak tersebut untuk menambah pendapatan menampung sara hidup keluarga dan menyambung pelajarannya (peringkat ijazah ).

Saya hanya maklum akan peristiwa sedih itu apabila menonton berita di ntv7 jam tujuh malam. Memang menjadi kelaziman…. Sebelum solat maghrib saya akan menonton paparan utama berita di ntv7 terlebih dahulu. Hari itu.. saya dikejutkan dengan tajuk berita “Pegawai Jabatan Mufti Perak Mati Dibunuh”…. Saya tunggu paparan berita dan sahihlah…. Pegawai yang di maksudkan adalah sahabat saya semasa berkhidmat di Jabatan Mufti Perak yang mesra saya panggil Ust. Din.

Ust Din adalah Pembantu Pegawai Bahagian Istinbat di Jabatan Mufti sedang saya berjawatan Penolong Pegawai Bahagian Falak Syar’ie (tahun 2002). Beliau merupakan pegawai yang telah lama berkhidmat di Jabatan. Seingat saya… sewaktu hari pertama saya melangkah kaki ke tingkat lima Kompleks Islam di Jalan Panglima Bukit Gantang pada tahun 2002… bangunan yang menempatkan Pejabat Mufti Perak dan JAIP…. Ust Din lah orang pertama yang menyambut kehadiran saya di depan lif. Beliau seorang yang sangat mesra… mudah didampingi dan amat menyenangkan. Sifat merendah dirinya begitu jelas kelihatan. Pernah satu ketika saya naik kereta Proton Saganya (ketika itu)…. beliau tidak mengizinkan saya duduk sebelum beliau menyembur pewangi dalam keretanya terlebih dahulu. Begitulah setiap kali….katanya menghormati tetamu. Bagi saya… setiap kalimah yang keluar dari mulutnya tidak pernah menyakitkan hati setiap orang yang berurusan dengannya….. begitulah akhlak Ust. Din sepanjang saya mengenalinya…. hinggakan saat kematiannya… beliau memilih untuk mempertahankan amanah yang selalu dipertahankan dari nyawanya sendiri.

Kisah pembunuhan yang dilakukan oleh individu kejam itu sememangnya sukar untuk dilupakan… setiap kali ada kisah tentang pembunuhan kejam… saya pasti teringat kisah sedih yang menimpa sahabat saya sendiri… kalau saya sendiri merasai kehilangannya… apatah lagi keluarganya…. anak-anaknya, sudah tentu merasai kehilangan yang amat dasyat. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh… saya mohon kepada semua yang membaca blog ini… kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Kita tidak pernah menduga apa yang akan terjadi.. mungkin hari ini kita kehilangan rakan dan sahabat…. Satu hari nanti pasti kita akan kehilangan orang yang tersayang atau mereka yang akan merasai kehilangan kita…. Wallahu’alam.

3 comments:

zai said...

Salam Saifun,
Satu entri yg menyentuh hati, wlupun akak tak kenal Ustaz Din nie tapi baca kisahnye jer pun dah buat akak menitiskan airmata sedih sangat2 bila terbayangkan nasib anak2 dan isteri yg ditinggalkan, ramai zuriat dan ada yg masih kecil pula tu..kejam sungguh penjenayah tu..tapi apapun kita kena berbalik pada takdir yg Allah tentukan, smmgnya dah tertulis dari azali, ajal, maut, jodoh pertemuan dan rezeki semuanya telahpun ditentukan..pasti ada hikmah atas setiap musibah..Moga2 rohnya ditempatkan bersama2 org yg soleh..

Lagi satu..kacakla orang yg duduk kat kerusi tu..siapa nama erk ??

shan said...

tersentuh hati bace kisah saiful ni.. kesian pada anak dan isteri yg ditinggalkan.. jenayah makin menjadi sekarang ni..kes bunuh macam dah jadi jenayah utama lak kat malaysia... risau2 ni tanda hari kiamat makin dekat... wallahu'alam..

SaiFuN said...

qada' dan qadar tu sememangnya ketentuan Allah SWT yang wajib diimani oleh semua manusia mu'min. Perkara ghaib terutamanya tentang ajal tu semua adalah urusan Allah... kita kena senantiasa buat persiapan untuk menghadapinya.
To Kak Zai : Gambar tu masa belum kawin... kacak la sikit dari sekarang... ehe. :)

Related Posts with Thumbnails