Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat sekalian. Gambar ini saya ambil dari laman blog Prof Dr. Abdul Wahab Arbain.. beliau telah mempamerkan gambar menarik ini di dalam blognya beberapa hari yang lalu. Maha Suci Allah… ciptaan yang amat sempurna…. Tidak dikesan kecacatannya bahkan saya sifatkan haiwan ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Ada ‘reverse sensor’…Saya sering bertanya kepada para pelajar saya… sekiranya Allah SWT memberikan tambahan nikmat penglihatan( mata )… di mana kita nak letak? Ada yang jawab kat dahi, belakang kepala, belakang badan dan sebagainya. Saya secara berseloroh mengatakan… kalau saya… nikmat tersebut akan saya letak di bahagian hujung jari…. Senang sikit nak control... :). Apapun…. Bersyukurlah dengan apa yang ada… jangan mengharap tambahan nikmat dari Allah SWT andainya nikmat yang ada pun tidak disyukuri dan disalahguna. Wallahu’alam
GAMBAR MENARIK : LELAKI INI MENULIS KALAM ALLAH PADA 8 BIJI KULIT TELUR AYAM
-
السلام عليكم و رحمة الله
Begitu hebatnya ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya. Tidak terfikir
dek akal fikiran seorang lelaki berusia 97 tahun mampu...
12 years ago
4 comments:
salam....
kat hujung jari?
aiseh,selalu la sakit mata sheikh...sebab selalu ketuk keyboard...hehehe....
papepun...nikmat ALLAH memang luas....
pada diri kita sahaja tidak dapat nak dihitung betapa nikmat ALLAH tu terlalu banyak....alhamdulillah....
Salam rahmanw.... hehe... ana menaip guna hidung la pulak lepas tu... tak delah... saje melawak dengan anak murid. Bagi diorang sedar sikit.... kadang-kadang manusia rasa tak cukup dengan nikmat yang ada... sedang nikmat yang ada pun tak digunakan dengan betul.
assalamualaikum
ni gambar betul ke? saya tak menolak makhluk sebegini wujud tetapi dengan fotoshop boleh buat jugak ni. bleh tengok kat youtube macamne nak buat.. type "merge two picture". gambar ni kualitinya terlalu baik.. itu yg saya agak curiga.. walaumacamana pun kuasa Allah tetap berupaya menjadikan apa saja.. Allahuakhbar
Salam saudara Azman. Tidak mustahil ciptaan Allah ini. Saya sendri pernah melihat ciptaan lain seperti ular dan kura-kura berkepala dua dengan mata kepala. Kalau kita keraguan... maknanya kita kurang yakin bahawa Allah itu Maha Pencipta... ketepikan tentang 'fotoshop'.... paling penting... secara aqliahnya kita percaya Allah berhak menciptakan apa yang Dia kehendaki berdasarkan dalil-dalil naqli. Wallahu'alam.
Post a Comment