Selepas berehat after solat Subuh... saya buka komputer dan blog.... Hmm.. dah agak dah.. saya terpaksa jugak menjawab TAG ni walaupun saya dah beritahu... Kak Zai... saya tak baca yek.. tengok je. Tapi tak pe... sekadar suka-suka.... layan jelah...
SEMUA SOALAN AKAN DIJAWAB DENGAN JUJUR.. TANPA HIPOKRIT.. INSYAALLAH
1. Bekas kekasih saya adalah :
> Salah sorangnya isteri saya la…. Sebelum tu biarlah jadi kenangan.. tapi semuanya atas dasar ukhwah Islamiah…
2. Saya sedang mendengar :
> Bunyi kipas di atas kepala saya
3. Mungkin saya patut :
> Tutup computer dan keluar pegi pasar
4. Saya suka :
> Pegi shopping kompleks dan tengok alat eletrik.. tapi tak beli
5. Sahabat-sahabat baik saya :
> Ramai la…. Semua baik-baik belaka.
6. Saya tak faham :
> Kalau ada orang cakap Bahasa Cina, India, Perancis, Mexico
7. Saya kehilangan :
> Duit kalau membeli barang.. ye la… takkan beli barang guna kertas pulak.
8. Ramai yang kata :
> " Saya garang… sebab kalau ngajar mesti bawak rotan. Tak garang pun sebenarnya.
9. Makna nama saya :
> Pedang yang berperaturan…. Nasib baik saya bawa rotan.. tak bawa pedang.
10. Cinta itu adalah :
> dalam bahasa Inggerisnya love… bahasa arabnya al-hubb.
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
> Menghisap botol susu…. Anak saya si Azhar Najmi dah bangun tu ha….
12. Saya akan cuba :
> Siapkan jugak assignment dari Dr. Zakiah Ali ni sebelum pegi pasar
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
> ISLAM.. dulu, kini dan SELAMANYA yang terlekat di kereta saya
14. Telefon bimbit saya :
> Nokia E90…. Dah setahun saya pakai. Ni la yang paling lama dan tak kan jual rasanya.
15. Bila saya terjaga dari tidur :
> Saya akan menutup alarm hp terlebih dulu kerana alarm itulah yang menyebabkan saya terjaga dari tidur
16. Saya paling meluat bila :
> Ada orang yang melakukan syirik khafi seperti ujub, berlagak sombong. Kat sekolah pulak saya meluat tengok pelajar tidur dalam kelas. Student saya InsyaAllah dah tahu perangai saya… so mereka tak berani tidur.
17. Pesta/Parti adalah :
> Pesta adalah tempat yang saya tak pernah pergi dan mohon dijauhkan. Parti adalah Parti Islam.
18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
> Seekor anak monyet yang saya pernah bela di Indonesia bernama ‘YOB’. So cute..
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
> Rasanya sekarang kot…. Seronok dengan karenah anak-anak… belum kahwin mana ada anak.
20. Hari ini :
> Pegi pasar… lepas zuhor balik rumah ayahanda… rutin mingguan.
21. Malam ini saya akan :
> Lepas solat Isya’ mugkin saya akan balik semula ke rumah saya selepas pergi ke rumah ayahanda… tak jauh ( 20km je )
22. Esok saya akan :
> Pergi kerja macam biasa InsyaAllah
23. Saya betul-betul inginkan :
> Mardhatillah dalam setiap tindakan yang saya lakukan
24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin pagi ini...
> Saya baca doa… “Allahumma kama hasanta khalqi fa ahsin khuluqi” .. tak susah.. doa tu ada kat cermin.
25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
> Tesco, Giant, Billion, kedai bundle… pasar malam yang saya tak pernah pegi malamtapi pegi petang …. Maknanya pasar petang la.
26. Makanan barat atau Jepun :
> Chicken Chop je kot…. Makanan Jepun tak pernah… tak minat.
27. Bilik yang terang atau gelap :
> Buat kerja bilik terang… tidur bilik gelap..
28. Makanan Segera adalah :
> Dalam balang atas freezer… Isteri dah sediakan untuk ngonyel-ngonyel.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
> Nak settle dah….. ( isteri tanya tak siap-siap lagi ke?)
30. Siapa yang anda mahu TAG?
> Pekerja Smart TAG, Touch and Go dan PLUS…. Tu pun kalau diorang baca artikel bab TAG-TAG ni… Wallahu’alam.
4 comments:
salam....
1. Bekas kekasih saya adalah :
> Salah sorangnya isteri saya la…. Sebelum tu biarlah jadi kenangan.. tapi semuanya atas dasar ukhwah Islamiah…
salah sorang?
maknanya dulu ni mesti lebih dari satu ni....
hehehe...
Salam rahmanw... aha.. bukannya sekali berkawan sampai 2.. 3 orang. Taklah gitu... setia pada yang satu. Cumanya kekadang manusia merancang.. tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Kira sekarang ni yang terbaik la buat ana. Tipulah kalau tak de.. nanti insan yang pernah 'terlibat' tu baca artikel ni kata ana tipu pulak.. :)
salam...
hehehe....saya faham....saya pun bermaksud macam tu...setia pada yang satu....
tapi memang pedih kan...bila kesetiaan tu tak berkesudahan seperti yang diharapkan...hehehe...
kepada ALLAH tempat berserah....
salam saifun..
Hehehehe..terharunya kak zai sbb sudi jugak layan soalan kak zai..hmm..banyak dah tau pasal saifun nie..terima kasih.
Sorila lambat sikit komen sbb baru balik dari kg ziarah ibubapa mertua..
Post a Comment