TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Saturday, July 04, 2009

JANGAN HINA MEREKA

Oleh : SaiFuN NiZaM S.Ag

Assalamualaikum… minggu lepas saya bawa anak-anak dan isteri ke TESCO Taiping. Tujuan ke sana biasalah… beli barang keperluan rumah. Perjalanan dari Bagan Serai ke Taiping makan masa lebih kurang 30 minit. Dekat Bagan Serai ni tak de pasaraya besar.. dulu adalah pasaraya HIGHWAY…. Sekarang dah tutup.. sebabnya apa.. wallahu’alam.
Sampai di Selingsing… ada road block betul-betul di depan sebuah taman perumahan.. rasanya dah lebih sebulan polis buat sekatan jalan kat situ… sebabnya apa… juga wallahu’alam. Biarkanlah…. Itu kerja mereka.

Setibanya dekat traffic light susur masuk highway kamunting… saya nampak satu lori di tahan oleh polis traffic… sebabnya apa wallahu’alam. Saya memperlahankan kenderaan dan sempat juga memerhatikan pemandu lori yang sedang berbual dengan polis yang menahannya.. apa yang dibualkan… wallahu’alam. Dalam hati saya berkata… “kasihan pemandu lori tu… mungkin dia tengah cari rezeki untuk anak-anak.. untuk isteri… mungkin dia perlu segerakan urusannya… tup.. tup kena tahan dengan polis. Pegawai polis tu nampak marah-marah dan pemandu itu mendengar sambil menundukkan kepala…. persis guru marahkan anak muridnya. Saya tanya isteri saya… “tengok tak pemandu lori tu tadi?” Isteri saya pun menjawab.. “Tengok… kesian tengok dia… muka kesian”. Saya rasakan isteri saya juga mungkin memikirkan hal yang sama tentang apa yang saya fikirkan. klik untuk artikel penuh..


Sambil memandu saya masih teringat akan nasib pemandu lori tadi… mana tahu dia kena saman…. duit lagi… sedangkan bermati-matian dia mencari nafkah untuk anak isteri… macamana pulak nak menjawab dengan boss nanti… tentu pening kepala.

Satu tulis kejadian ni bukannya apa… untuk peringatan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian. Kadang- kadang sebagai manusia.. kita lupa memandang ke bawah. Bila dah senang…. kita tak fikir pun nasib orang lain…. mungkin lebih teruk ada yang sanggup menghina orang lain kerana kedudukannya yang lebih tinggi… punya harta yang lebih banyak. Jangan main-main dengan harta.. kerana harta sanggup putus saudara. Bab kerja ni pulak…. saya selalu ingatkan anak didik saya…. kerja pencuci tandas tu jauh lebih mulia dari orang yang sempurna fizikalnya…. tapi hidup meminta-minta. Di akhirat nanti ALLAH S.W.T tidak bertanya “kamu kerja apa” sebaliknya yang bakal ditanyakan ialah “apa yang kamu kerjakan”. Islam menganggap pekerjaan itu satu ibadah dan ukurannya adalah keikhlasan melalukan pekerjaan tersebut. Setinggi mana jawatan kita.. tinggi mana gaji atau pendapatan kita… sekiranya konsep “kerja sebagai ibadah” tidak kita praktikkan… mungkin setiap yang kita lakukan menjadi sia-sia di sisi Allah S.W.T.

Para Nabi dan Sahabat juga susah payah bekerja untuk keluarga mereka… mereka tidak pernah mengeluh.. bahkan mereka mampu menjalankan satu lagi amanah Allah iaitu “berdakwah” di muka bumi ini. Antara contoh pekerjaan nabi dan sahabat ialah :

(ANBIYA')
- NABI ADAM A.S = Petani
- NABI NUH A.S = Peniaga
- NABI DAUD A.S = Tukang Besi
- NABI MUSA A.S = Juru tulis
- NABI ZAKARIA = Tukang kayu
- NABI IDRIS A.S = Tukang jahit
- NABI SULAIMAN A.S = Pembuat bakul
- NABI ISA A.S = Tukang tenun dan pencelup kain
- NABI MUHAMMAD S.A.W = Pengembala dan peniaga

(SHAHABAT)
- KHABAB BIN AL-ARTH = Tukang besi
- ABDULLAH BIN MAS’UD = Pengembala kambing
- SAAD BIN ABI WAQAS = Pembuat anak panah
- ZUBIR BIN AL-AWAM = Tukang jahit
- BILAL BIN RABAH = Buruh
- SALMAN AL-FARISI = Tukang gunting
- ALI BIN ABI TALIB = Penyiram pokok tamar

(ULAMA)
- IMAM AHMAD B. HAMBAL = Mengambil upah mengangkat berat
- IMAM ABU HANIFAH = Berniaga
- IMAM THA’LABI = Tukang jahit kulit kambing

Renungkanlah…. Jangan kita pandang rendah seseorang itu kerana kerja yang mereka lakukan… kerana kemungkinan keikhlasan mereka dalam melakukan pekerjaan itu mengatasi keikhlasan kita. Wallahu 'alam.

2 comments:

zai said...

Salam Saifun,
Kisah yang menarik utk dijadikan teladan..
Mmg dunia zaman ini adalah dunia materialistik, yang kaya disanjung dan yg miskin dihina sedangkan yg kaya itu belum tentu mendapat kekayaan dari jalan yang diredhai Allah..mungkin dia kaya kerana memakan rasuah, riba dan dgn jalan menipu spt skim cpt kaya dll...yg penting adalah samada kerja itu adalah halal adalah memadai dari memandang dari sudut kebendaan semata2 krn apa yg kita makan itu penting kerana ia akan menjadi darah daging dan sekiranya terllu byk benda haram masuk kedalam tubuh maka ia akan mematikan hati dan mengelukan lidah, jadi marilah kita semua berwaspada terhadap jalan pekerjaan utk mencari rezeki..HALAL YG SEBENAR2NYA DISISI ALLAH DAN BUKAN SEKADAR TANDA HALAL YG BOLEH DITULIS OLEH SESIAPA PUN..Wallahualam..

سيف النظام بن حاج عثمان said...

to Kak Zai.. terima kasih atas komen yang diberikan. moga ianya memberi manfaat yang besar kepada kita semua.

Related Posts with Thumbnails