TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Monday, July 20, 2009

ISRA' WAL MI'RAJ : MENJAWAB TANGGAPAN SIPENDALIH


Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah (www. al-firdaus. com)

Peristiwa Rasulullah s. a. w. Isra’ dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi’raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s. w. t. kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur’an al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:

“Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah s. a. w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra’ dan Mi’raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya (Muhammad s. a. w.) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah s. w. t. serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka.Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.

Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Qur’an yang sehingga sekarang – bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan (kemujizatan) isi kandungannya. klik untuk artikel penuh....


Isra’ dan Mi’raj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah s. w. t. untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad s. a. w. sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah a. w. j..” [Qishah al-Mi’raj (edisi terjemahan oleh A. Zakiy dengan judul Menyingkap Rahasia Isra’ – Mi’raj Rasulullah; Pustaka Setia, Bandung 2000), ms. 13]

Apabila Rasulullah s. a. w. kembali daripada Isra’ dan Mi’raj, baginda menerangkannya kepada kaumnya di Kota Makkah akan peristiwa yang baru dialaminya. Sebahagian daripada orang Islam yang lemah imannya mengingkari khabar tersebut dan murtad daripada Islam. Sementara yang selainnya daripada kalangan kaum kafir turut menolak khabar tersebut. Mereka menuduh baginda hanya berdusta atau setidak-tidaknya baginda hanyalah bermimpi.

Penolakan peristiwa Isra’ dan Mi’raj masih berlaku sehingga hari ini daripada kalangan umat Islam. Bezanya penolakan mereka dilakukan dengan cara yang lebih halus dan licik. Lebih tepat, mereka adalah orang Islam yang beraliran modernis atau Islam Liberal yang mengunggulkan akal di atas wahyu sehingga apa jua petunjuk wahyu yang tidak logik di sisi akal mereka akan ditolak atau didustakan.

Insya-Allah melalui artikel ini penulis akan kemukakan beberapa dalih yang biasa mereka kemukakan untuk mempersoal dan menolak kemukjizatan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Kemudian diikuti dengan penjelasan bagi menjawab persoalan dan penolakan mereka. Kita mulakan dengan dalih yang pertama:

DALIH PERTAMA:

Peristiwa Isra’ adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih.

Penjelasan:

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj memang mustahil jika diukur dengan akal tetapi tidak mustahil jika diukur dengan kekuasaan Allah s. w. t.. Untuk menjelaskan dalih di atas, marilah kita mengkaji firman Allah s. w. t. yang bermaksud:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya
(Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid Al-Haram (di Makkah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [al-Isra’ 17:01]

Allah a. w. j. telah memulai ayat di atas dengan “Subhanallah”, kenapakah demikian? Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi rahimahullah (1998M) menerangkan sebabnya, sekali gus menjawab persoalan mustahil atau tidak peristiwa Isra’:

“Dalam menyampaikan berita terjadinya peristiwa Isra’ ini Allah s. w. t. memulainya dengan kata-kata Subhana…(Maha Suci). Kata-kata Subhana ini akan memberikan pengertian dalam hati seseorang bahawa di sana ada kekuatan yang jauh dari segala macam perbandingan, kekuatan yang jauh melampaui segala kekuatan manusia di muka bumi.

Maka makna perkataan Subhanallah ialah bahawa Allah Maha Suci Zat-Nya, Sifat-Nya dan Perbuatan-Nya dari sebarang kesamaan (dengan makhluk-Nya). Kalau ada sesuatu perbuatan atau peristiwa yang di situ Allah s. w. t. mengatakan bahawa “Dia yang melakukannya” maka saya wajib mensucikan Dia (Allah) dari segala undang-undang dan ketentuan yang berlaku untuk manusia (dalam mengukur perbuatan tersebut). Saya tidak boleh mengukur perbuatan Allah dengan perbuatan saya (kerana Maha Suci Allah daripada memiliki kesamaan dengan makhluk-Nya dalam melakukan sesuatu perbuatan). Oleh kerana itulah surah ini dimulai-Nya dengan kata-kata “Subhana” (Maha Suci) sehingga akan timbul kesan di dalam hati manusia bahawa peristiwa itu benar-benar ajaib lagi luar biasa, di luar jangkauan akal dan kemampuan manusia.” [Isra’ dan Mi’raj (edisi terjemahan oleh Noraine Abu dengan judul yang sama; Dinie Publishers, Kuala Lumpur 1994), ms. 39-40]

Di sini juga perlu dibezakan bahawa peristiwa Isra’ bukanlah atas usaha Rasulullah s. a. w. tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah s. w. t.. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra’ tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah s. w. t. sebagai yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjelaskan lagi perbezaan ini:

“Sesuatu pekerjaan selalunya menurut ukuran siapa yang mengerjakannya. Misalnya dikatakan si A sedang berkhutbah, maka kita harus mengukur mutu khutbah itu dengan kemampuan si A sendiri. Begitu juga, seandainya si B yang melakukannya maka kita mengukurnya dengan kemampuan si B sendiri. Kalau dikatakan si fulan memikul satu beban maka kita mengerti bahawa dia memiliki kemampuan untuk memikulnya. Jadi bentuk, model dan kualiti sesuatu perkerjaan selalu diukur berdasarkan siapa yang mengerjakannya, bukan dengan ukuran lain.

Allah s. w. t. telah berfirman: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan (mengisra’kan) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari.” [al-Isra’ 17:01] Dari ayat ini jelas bahawa yang “mengisra’kan” yakni yang melakukan perbuatan Isra’ adalah Allah. Dia bertindak sebagai subjek manakala Nabi Muhammad s. a. w. sebagai objek. Jadi perbuatan “mengisra’kan” harus diukur dengan kriteria yang berlaku untuk Allah s. w. t., bukan dengan kriteria yang berlaku untuk Nabi Muhammad s. a. w. kerana baginda tidak berkata “Aku telah berisra’ sendiri aku” ……Oleh itu membandingkan perbuatan Isra’ kepada kemampuan Nabi Muhammad s. a. w. adalah tidak benar. Kalau hendak diukur kualiti (atau kemampuan) perbuatan “mengisra’kan” , hendaklah ia diukur dengan kemampuan Allah s. w. t. kerana Dia-lah yang melakukannya. Dalam peristiwa Isra’ ini Nabi Muhammad s. a. w. telah dibawa oleh satu kekuatan yang di luar kekuatan atau kemampuan dirinya sendiri, yakni oleh kekuatan (Allah s. w. t.) yang tidak dapat diukur dengan apa jua.” [Isra’ dan Mi’raj, ms. 43-44]

Kesimpulannya, keseluruhan peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah dibawah kekuasaan Allah s. w. t. yang tidak boleh diukur benar atau tidak berdasarkan apa-apa ukuran manusiawi. Ini kerana Maha Suci Allah daripada memiliki apa-apa persamaan dengan makhluknya, sama ada dari segi Zat, Sifat mahupun Perbuatan. Firman Allah: “Tiada sesuatupun yang semisal dengan-Nya; dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” [maksud surah al-Syura 42:11] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [maksud surah al-Ikhlas 112:04]

DALIH KEDUA:

Jika dianggap peristiwa Isra’ adalah benar, maka ia bukanlah perjalanan secara hakikat yang melibatkan jasad (tubuh badan) tetapi hanyalah mimpi atau pengalaman rohani. Ini dibuktikan oleh firman Allah s. w. t. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya); dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (al-Ru’ya) yang telah kami perlihatkan kepadamu (pada malam Isra’ dan Mi’raj) melainkan sebagai satu ujian bagi manusia.” [al-Isra’ 17:60] Dalam ayat di atas Allah menggunakan perkataan al-Ru’ya yang bermaksud mimpi. Ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan A’isyah, isteri Rasulullah s. a. w. di mana beliau berkata: “Aku tidak kehilangan jasad Rasulullah s. a. w. tetapi Allah telah mengisra’kan roh baginda.”

Penjelasan:

Di sisi jumhur ilmuan Ahl al-Sunnah wa alJama‘ah, peristiwa Isra’ berlaku ke atas jasad dan roh Rasulullah s. a. w., tidak roh atau sekadar mimpi sahaja. Pendapat jumhur ini juga diakui oleh Astora Jabat di mana beliau menulis: “……kebanyakan ulama merumuskan ia (Isra’ dan Mi’raj) berlaku secara jasad dan roh. Mereka ada hujah-hujah tersendiri dalam mengambil pendirian itu terutama hujah yang merupakan hadis-hadis.” [Israk dan Mikraj (Bahagian Kedua) dalam Majalah al-Islam Ogos 2004, ms. 29]

Akan tetapi sayang sekali setakat masa penulis mengusahakan artikel ini (22 Ogos 2004), Astora Jabat tidak pula mengemukakan hujah-hujah yang dikemukakan oleh kebanyakan ulama tersebut. Di sini penulis merasa hairan kerana sebelum ini sudah beberapa kali Astora Jabat mendakwa bahawa manhaj beliau ialah bersikap adil dalam mengemukakan pendapat pro dan kontra dalam sesuatu subjek demi membuka pemikiran para pembacanya. Akan tetapi yang dikemukakan hanyalah pendapat yang dicenderungi Astora, jauh sekali daripada sikap adil dan ilmiah dalam menganalisa antara dua pendapat, manakah yang lebih kuat.

Tidak mengapa, memandangkan Astora Jabat sudah mengemukakan hujah-hujah pihak yang berpendapat bahawa Isra’ dan Mi’raj hanyalah secara mimpi atau rohani, di sini penulis akan kemukakan pula hujah-hujah jumhur yang berpendapat ia adalah secara jasad dan rohani. Lebih dari itu, hujah-hujah ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an sahaja supaya tidak timbul di kemudian hari dalih yang baru pula, kononnya hadis-hadis tentang Isra’ dan Mi’raj secara jasad dan roh adalah hadis ahad sahaja. Hujah-hujah jumhur adalah seperti berikut:

Hujah Pertama:

Allah s. w. t. memulakan ayat-Nya tentang peristiwa Isra’ dengan tasbih Subhanallah, iaitu pada firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid Al-Haram (di Makkah) ke al-Masjid Al Aqsa (di Palestin)……” [al-Isra’ 17:01] Tasbih Subhanallah sepertimana dalam ayat di atas hanya digunakan untuk perkara-perkara yang menakjubkkan, guna menyedarkan para pembaca dan pendengar bahawa apa yang akan disampaikan seterusnya adalah sesuatu yang diluar kebiasaan. Seandainya Isra’ dan Mi’raj hanya terjadi secara mimpi atau rohani, ia bukanlah daripada perkara-perkara di luar kebiasaan yang menakjubkan. Tentu sahaja ia tidak akan dimulai dengan perkataan tasbih. [Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan – al-Irsyad ila Shahih al-I’tiqad (Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh 1997), ms. 232]

Hujah Kedua:

Dalam menerangkan peristiwa Isra’ [surah al-Isra’ 17:01], Allah s. w. t. merujuk kepada Rasulullah s. a. w. dengan perkataan “hamba-Nya”. Al-Imam Ibn Abi al-Izz rahimahullah (792H) menerangkan: “Perkataan “hamba” merupakan ungkapan yang meliputi jasad dan roh. Sepertimana ungkapan “manusia”, ia adalah istilah yang meliputi jasad dan roh. Demikianlah yang difahami ketika disebutkan menurut bahasa secara mutlak. Dan demikianlah juga yang sahih (benar), bahawa Isra’ terjadi dengan jasad dan roh. Ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal.” [Syarh al-Aqidah al-Thahawiyyah (takhrij Syaikh al-Albani, al-Maktab al-Islami, Beirut 1988), ms. 226]

Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi mengulas lanjut: “Kata-kata “hamba-Nya” dapat digunakan untuk memberikan jawapan terhadap orang yang berpendapat peristiwa Isra’ hanya terjadi dengan roh Rasulullah s. a. w. tanpa jasadnya. Sebab kata-kata ‘abd (hamba) diguna untuk roh dan jasad sekali gus, bukan untuk roh sahaja atau jasad sahaja sehingga tidak ada orang yang mengatakan roh sebagai ‘abd (hamba) atau jasad yang tidak berroh sebagai ‘abd (hamba).” [Isra’ dan Mi’raj, ms. 56]

Hujah Ketiga:

Hujah jumhur yang ketiga merujuk kepada firman Allah s. w. t. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya); dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (al-Ru’ya) yang telah kami perlihatkan kepadamu (pada malam Isra’ dan Mi’raj) melainkan sebagai satu ujian bagi manusia.” [al-Isra’ 17:60] Ini adalah ayat yang sama yang digunakan sebagai dalih oleh golongan yang mendakwa Isra’ hanya dengan roh atau mimpi. Akan tetapi mereka terhalang daripada memahami petunjuknya yang sebenar, tidak lain kerana sikap mereka yang gopoh dalam meremehkan wahyu dan rakus dalam mengunggulkan akal.

Berikut disalin penerangan Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi terhadap ayat di atas: “Menurut mereka (golongan yang mendakwa Isra’ hanya dengan roh atau mimpi) lafaz “al-Ru’ya” dalam ayat ini bererti “penglihatan dalam mimpi” dan bukan “penglihatan dalam keadaan sedar” sebab penglihatan dalam keadaan sedar mempergunakan bentuk masdar “rukyah”.

Terhadap alasan ini kami kemukakan jawapan, bahawa apabila penglihatan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah mimpi, maka bagaimanakah hal ini boleh menjadi “sebagai satu ujian bagi manusia” (lihat akhir ayat 60 surah al-Isra’ di atas)? Sedangkan makna “ujian bagi manusia” ialah adanya sebahagian mereka yang membenarkan dan sebahagian lain yang mendustakan. Seandainya hal itu berupa penglihatan dalam mimpi semata-mata, orang tidak perlu lagi berbincang untuk membenarkannya atau mendustakannya.

Sekarang marilah kita bicarakan erti (perkataan al-Ru’ya) dari sudut bahasa. Cuba anda rujuk kembali ucapan-ucapan (syair) jahiliyah sebelum diturunkan al-Qur’an, maka anda akan dapati bahawa kata-kata al-Ru’ya juga dipergunakan dalam erti melihat dalam keadaan sedar. (Setelah mengemukakan dua buah syair daripada al-Ra’i al-Numari dan Mutanabi, Syaikh al-Sya’rawi menyambung) ……Maka dapatlah diketahui bahawa kata-kata al-Ru’ya dapat bererti melihat dengan mata kepala (yakni dalam keadaan sedar) dan boleh juga bererti mimpi. Akan tetapi biasanya kata-kata al-Ru’ya dengan erti “melihat dalam keadaan sedar” digunakan untuk perkara-perkara yang aneh dan menakjubkan yang biasanya hanya terjadi dalam mimpi.

Kembali kepada ayat 60 surah al-Isra’ di atas, sekali lagi, seandainya yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah mimpi nescaya hal tersebut tidak menjadi ujian bagi manusia dan tidak akan ada orang yang berselisih pendapat (tentangnya). Adakah anda pernah menemui orang yang membantah terhadap mimpi seseorang kerana di dalam mimpinya dia melihat atau melakukan perbuatan begini dan begitu dengan kepantasan begini dan model begitu? Tidak mungkin ada orang yang membantah mimpi itu. Justeru jika hal itu menjadi ujian bagi manusia, maka ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra’ sebenarnya bukanlah mimpi.” [Isra’ dan Mi’raj, ms. 56]

Demikian tiga hujah daripada al-Qur’an yang dikemukakan oleh jumhur ilmuan sebagai bukti bahawa Isra’ dan Mi’raj berlaku ke atas Rasulullah s. a. w. dengan jasad dan roh baginda. Tiga hujah ini juga mereka kemukakan berdasarkan penguasaan yang mendalam terhadap gaya bahasa dan metodologi al-Qur’an dalam menyampaikan sesuatu perkara. Perlu diingatkan bahawa al-Qur’an bukanlah buku untuk kanak-kanak yang memerlukan satu ayat untuk satu perkara. Akan tetapi ia adalah sebuah kitab yang tinggi nilai kemukjizatannya di mana dengan sepotong ayat ia dapat merangkumi beberapa perkara di dalamnya sekali gus.

Adapun riwayat kata-kata A’isyah, isteri Rasulullah s. a. w.: “Aku tidak kehilangan jasad Rasulullah s. a. w. tetapi Allah telah mengisra’kan roh baginda”, maka ia adalah lemah dari sudut sanad dan tertolak dari sudut matan. Syaikh ‘Adil Ahmad dan Syaikh ‘Ali Mahmud dalam semakan mereka ke atas kitab al-Sirah al-Nabawiyyah (Maktabah al-‘Abikan, Riyadh 1998), jld. 2, ms. 11 telah mentakhrij riwayat di atas sebagai berikut: “Dikeluarkan oleh Ibn Jarir (Tafsir al-Tabari, jld. 8, ms. 16) daripada jalan Ibn Ishaq, dia berkata, diceritakan kepadaku oleh sebahagian ahli keluarga Abi Bakr bahawasanya A’isyah dia berkata: Aku tidak kehilangan jasad Rasulullah s. a. w. tetapi Allah telah mengisra’kan roh baginda.” Selanjut berkata Syaikh ‘Adil Ahmad dan Syaikh ‘Ali Mahmud: “Di dalam (sanad ini) tidak dikenali siapakan guru Ibn Ishaq.” Maksudnya, tidak diketahui daripada siapakah Ibn Ishaq menerima riwayat di atas. Justeru sanad di atas adalah dha‘if.

Dari sudut matan pula, kata-kata A’isyah tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa A’isyah bermalam di sisi Rasulullah s. a. w. pada malam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ini jelas tidak benar kerana sekalipun Rasulullah s. a. w. telah bernikah dengan A’isyah r. a. di Kota Makkah, baginda hanya menggauli atau tidur bersama A’isyah setelah hijrah ke Kota Madinah. Hal ini diterangkan sendiri oleh A’isyah dalam pelbagai riwayat yang sahih. [rujuk buku Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Dimasq (942H) – Azwaj al-Nabi (Dar Ibn Katsir, Damaskus), ms. 339-345 dan buku Maulana Muhammad Asri Yusuf – Ibnu Ishaq: Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi‘ah Di Kalangan Ummah (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian 2004), ms. 58-66]

Terdapat juga riwayat kedua daripada Mu‘awiyyah bin Abi Sufyan r. a., namun sanadnya dha‘if juga. Ia dikeluarkan oleh Ibn Hisyam (jld. 2, ms. 11) dan Ibn Jarir al-Tabari (jld. 8, ms. 16), kedua-duanya dengan sanad yang berpangkal kepada Ibn Ishaq, dia berkata: “Diceritakan kepadaku oleh Yakub bin ‘Utbah bin al-Mughirah, bahawasanya Mu‘awiyyah bin Abi Sufyan apabila ditanya tentang peristiwa Isra’ Rasulullah s. a. w., beliau menjawab: Ia adalah mimpi yang benar daripada Allah Ta‘ala.” Sanad riwayat ini terputus kerana Yakub bin ‘Utbah tidak mendengar daripada Mu‘awiyyah bin Abi Sufyan. [Syaikh ‘Adil Ahmad dan Syaikh ‘Ali Mahmud, takhrij riwayat no: 280 dalam al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisyam; juga Maulana M. Asri Yusuf – Ibnu Ishaq, ms. 58-59]

DALIH KETIGA:

Jika ayat pertama dan ke-60 surah al-Isra’ menerangkan peristiwa Isra’, maka ayat al-Qur’an yang manakah pula yang menerangkan peristiwa Mi’raj? Bagi kami peristiwa Mi’raj ke langit hanya terdapat di dalam hadis di mana para perawinya tidak terlepas daripada pengaruh kisah-kisah yang berasal daripada agama lain. Ini kerana di dalam agama-agama lain juga terdapat kisah para nabi dan pembesar mereka yang naik ke langit.

Penjelasan:

Peristiwa Mi’raj boleh dirujuk dalam ayat 11 hingga 18 surah al-Najm (surah ke-53) yang bermaksud: “Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya (dalam peristiwa Mi’raj). Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”, Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”, Semasa “Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat dan tidak pula melampaui batas (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya). Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda Tuhannya.

Dalam ayat-ayat di atas dapat diambil beberapa iktibar penting:
1.Apa yang dilihat oleh Rasulullah s. a. w. dalam peristiwa Mi’raj – sepertimana yang disebut dalam ayat-ayat di atas – itulah yang sebenarnya diterangkan oleh baginda dalam pelbagai hadis-hadis yang sahih. Apa yang dilihat dan diterangkan oleh baginda bukan suatu dusta, lalu apakah kita akan mendustakannya?

2.Allah s. w. t. menerangkan peristiwa Mi’raj di atas dengan penuh keagungan dan keistimewaan. Tidak mungkin semua ini hanya berlaku secara mimpi kepada Rasulullah s. a. w. kerana yang sedemikian akan meremehkan peristiwa Mi’raj. Justeru yang benar peristiwa Mi’raj juga berlaku kepada Rasulullah s. a. w. secara jasad dan roh supaya baginda dapat mengecapi keagungan dan keistimewaannya sebagaimana yang digambarkan oleh ayat-ayat di atas.

3.Kesamaan peristiwa Mi’raj dengan agama-agama lain tidak menjadi bukti bahawa ia adalah tiruan daripada agama-agama tersebut. Kebenaran peristiwa Mi’raj dipersaksikan oleh Allah s. w. t. di dalam al-Qur’an, jauh berbeza dengan peristiwa seumpama dalam agama-agama lain di mana ia adalah cerita-cerita orang-orang lama mereka.

DALIH KEEMPAT:

Dalam hadis-hadis yang menerangkan peristiwa Mi’raj, banyak disebut tentang pertemuan Rasulullah s. a. w. dengan Nabi-nabi daripada kalangan Bani Israil. Malah Rasulullah sendiri kononnya terpaksa menerima tunjuk ajar daripada Nabi Musa a. s. untuk mengurangkan jumlah solat fardhu daripada 50 kali sehari sehingga 5 kali sehari. Ini tidak dapat kita terima kerana Nabi Muhammad adalah jauh lebih mulia daripada Nabi Musa sehingga tidak perlu untuk baginda merujuk kepada Nabi Musa.

Semua tidak lain adalah kesan pengaruh Israiliyyat Yahudi – Nasrani yang telah meresap masuk ke dalam hadis-hadis, bertujuan merendahkan Nabi Muhammad s. a. w. dan meninggikan nabi-nabi mereka sendiri daripada kalangan Bani Israil.

Penjelasan:

Antara rukun iman kita umat Islam ialah beriman kepada semua nabi dan rasul Allah. Firman Allah s. w. t.: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad, s. a. w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” [maksud surah al-Nisaa’
4:136]

Perlu dibezakan bahawa keimanan kita terhadap semua nabi dan rasul Allah tidak dipengaruhi oleh baik buruk tindakan umat-umat mereka. Atas dasar ini jugalah, apa-apa tindakan buruk kaum Yahudi dan Nasrani ke atas umat Islam tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengingkari para nabi dan rasul mereka, atau mengurangi kecintaan dan kehormatan kita kepada para nabi dan rasul mereka.

Khabar penemuan Rasulullah s. a. w. dengan para nabi terdahulu daripada kalangan Bani Israil – salam kesejahteraan ke atas mereka semua – bukanlah sesuatu yang merendahkan kemuliaan tetapi malah meninggikan lagi kemuliaan baginda. Ini kerana Allah s. w. t. tidak pernah menghimpun sejumlah para nabi dan rasul di dalam sebuah peristiwa melainkan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj manakala peristiwa Isra’ dan Mi’raj pula ialah satu kekhususan kepada Rasulullah s. a. w. sahaja. Ini adalah satu kemuliaan kepada Rasulullah s. a. w. yang tidak diberikan Allah kepada para nabi dan rasul yang lain. Benarlah firman Allah s. w. t. yang bermaksud: “Rasul-rasul, Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu).” [al-Baqarah
2:253]

Adapun tunjuk ajar Nabi Musa a. s. kepada Rasulullah s. a. w. untuk mengurangkan jumlah solat fardhu daripada
50 kepada 5 kali sehari, ia bukanlah sesuatu yang merendahkan martabat Rasulullah s. a. w.. Yang benar ia meninggikan lagi berdasarkan sifat rendah diri baginda untuk mendengar tunjuk ajar daripada seorang Rasul – yakni Nabi Musa a. s. yang telah memiliki pengalaman yang jauh lebih banyak daripada baginda sendiri. Semua ini termasuk kebijaksaan dan kekuasaan Allah s. w. t.. Jika Allah kehendaki nescaya Allah akan memfardhukan secara terus kepada Rasulullah s. a. w. solat lima kali sehari. Akan tetapi sengaja Allah memfardhukan 50 kali sehari dan mengatur pertemuan dengan Nabi Musa a. s.. Hikmahnya adalah sebagai pengajaran kepada kita umat Islam agar jangan angkuh dan sombong dalam menuntut ilmu atau menerima nasihat daripada orang lain.

Hikmah seperti ini juga terkandung di dalam al-Qur’an, sepertimana kisah burung gagak yang menunjukkan kepada salah seorang anak Nabi Adam a. s. bagaimana mengebumikan saudaranya (rujuk surah al-Maidah 5:31) dan kisah burung belatuk yang menerangkan kepada Nabi Sulaiman a. s. tentang salah laku puteri negara Saba
(rujuk surah al-Naml 27:20-24). Semua ini dikhabarkan oleh Allah s. w. t. di dalam al-Qur’an bukanlah untuk meremehkan manusia di hadapan burung gagak atau menghina Nabi Sulaiman a. s. di hadapan burung belatuk. Akan tetapi ia dikhabarkan sebagai hikmah pengajaran kepada kita bahawa ilmu yang benar berada di mana-mana dan kita tidak boleh bersikap angkuh atau sombong untuk menerimanya.

DALIH KELIMA:

Haiwan Buraq yang ditunggangi oleh Rasulullah s. a. w. tidak dikenali mahupun ditemui di mana-mana. Malah ia termasuk karut marut Isra’ dan Mi’raj.

Penjelasan:

Di sini letaknya perbezaan yang besar antara Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan golongan modernis atau Islam Liberal. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mengunggulkan wahyu di atas akal manakala golongan modernis atau Islam Liberal mengunggulkan akal di atas wahyu. Dalam kes wujud atau tidak Buraq yang menjadi tunggangan Rasulullah s. a. w., Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menerimanya kerana ia dikhabarkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Sekalipun ia mustahil dari sudut akal, ia tidak mustahil di sisi Allah s. w. t. kerana “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia (Allah) menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia (Allah) berfirman: “Jadilah!”, maka ia terus menjadi.” [maksud surah Yasin 36:82]

Alasan Buraq tidak ditemui di mana-mana bukanlah alasan yang kukuh kerana penemuan manusia bersifat relatif, apa yang tidak ditemui pada hari ini mungkin akan ditemui pada hari akan datang atau mungkin telah pupus pada masa yang telah lalu. Sebagai perbandingan, al-Qur’an al-Karim ada menerangkan perihal makhluk Ya’juj dan Ma’juj yang dikurung di antara dua buah bukit dan tembok besi yang dibina oleh Zulkarnain. Makhluk Ya’juj dan Ma’juj akan terkurung di sana sehinggalah ke satu masa di mana Allah s. w. t. akan membebaskan mereka sebagai salah satu isyarat besar Hari Kiamat (rujuk surah al-Kahf 18:93-99). Sehingga saat ini, makhluk Ya’juj dan Ma’juj masih gagal ditemui sekalipun dengan semua kemajuan canggih yang telah dicapai oleh akal manusia. Adakah dengan kegagalan ini kita akan membuat satu fokus yang baru di dalam akhbar atau majalah dengan tajuk “Karut Marut al-Qur’an tentang Ya’juj dan Ma’juj”?

KESIMPULAN:

Kemusykilan dan penolakan ke atas peristiwa Isra’ dan Mi’raj bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah umat Islam. Ia sudah muncul sejak Rasulullah s. a. w. kembali daripadanya dan mengkhabarkannya kepada kaumnya. Setelah itu ia tetap muncul di sana sini sehinggalah ke hari ini. Ini kerana akan sentiasa ada di kalangan umat Islam mereka yang mengunggulkan akal di atas wahyu. Mereka menggunakan akal untuk menilai peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Apa yang selari dengan logik akal mereka terima, apa yang tidak selari mereka tolak atau ubah suai. Sayang sekali penolakan dan pengubah-suaian mereka amat lemah lagi rapuh, selari dengan kelemahan dan kerapuhan akal mereka sendiri.

Di sini sikap kita yang benar ialah meletakkan akal pada tempatnya. Kita memanfaatkan akal di tempat yang merupakan wilayahnya dan kita mendiamkan akal di tempat yang bukan merupakan wilayahnya. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj bukanlah wilayah akal. Justeru akal tidak memiliki peranan dalam menilai benar atau palsu peristiwa Isra’ dan Mi’raj melainkan sekadar berfikir untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Hendaklah kita mencontohi sikap Abu Bakar al-Shiddiq r. a. di mana apabila beliau ditanya tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj, beliau menjawab: “Ya, aku membenarkan baginda (Rasulullah), malah terhadap apa yang lebih jauh daripada itu. Aku membenarkan khabar langit (yang Rasulullah bawa).” [Fath al-Bari (tahqiq Fu’ad ‘Abd al-Baqi), jld. 7, ms. 199]

5 comments:

Anonymous said...

As we all know, looks can be deceiving, so I decided to try out the question tool for myself.

B) SEO basics - Image 2: Select-'English' and 'All Countries and Territories'.
This is what professionals do. SEO (search engine optimization) and keyword density are terms
that scare many a writer who want to write for the internet.
It's so important because once customers begin seeking your product or service you will want to have favorable words making your search results optimized. The major preference is for offshore SEO companies as they offer SEO at the most competitive prices. Identify your niche audience and be an active member on the forums and blogs. Lastly, make sure that you have a reliable work-at-home office. The businesses have understood the need to take SEO services for attaining good search engine placement. Also make sure that the articles are of high quality as it is the key to get better rankings on search engines and more profits. Use SEM experts to recognize duplicate content as part of your website, and act immediately to have it settled. The growth management of small business can be accomplished with SEO as an integral part of your overall Internet marketing strategy. Now, if it takes you three years to referrer 3000 members which means that you receive US$3000 per month. Such services also include some research that will need to be done so they can apply this research on major keyword. And, as more and more companies move larger portions of their advertising budgets to internet marketing, there is an even greater demand for their skills. The sooner a site is presented in the search result, or the higher it “ranks”, the more searchers will visit the site. You need to try to find reputed SEO consultants. But be aware of the traffic issue. The website serves as a way for customers to find the business and be able to see what services are offered. Yahoo style guide.

Here is my blog post - aremanisti.blogspot.ru

Anonymous said...

As we all know, looks can be deceiving, so I decided to try out the question tool for myself.
B) SEO basics - Image 2: Select-'English' and 'All Countries and Territories'.
This is what professionals do. SEO (search engine optimization) and keyword density are terms that scare many a writer
who want to write for the internet. It's so important because once customers begin seeking your product or service you will want to have favorable words making your search results optimized. The major preference is for offshore SEO companies as they offer SEO at the most competitive prices. Identify your niche audience and be an active member on the forums and blogs. Lastly, make sure that you have a reliable work-at-home office. The businesses have understood the need to take SEO services for attaining good search engine placement. Also make sure that the articles are of high quality as it is the key to get better rankings on search engines and more profits. Use SEM experts to recognize duplicate content as part of your website, and act immediately to have it settled. The growth management of small business can be accomplished with SEO as an integral part of your overall Internet marketing strategy. Now, if it takes you three years to referrer 3000 members which means that you receive US$3000 per month. Such services also include some research that will need to be done so they can apply this research on major keyword. And, as more and more companies move larger portions of their advertising budgets to internet marketing, there is an even greater demand for their skills. The sooner a site is presented in the search result, or the higher it “ranks”, the more searchers will visit the site. You need to try to find reputed SEO consultants. But be aware of the traffic issue. The website serves as a way for customers to find the business and be able to see what services are offered. Yahoo style guide.

my web page :: aremanisti.blogspot.ru
My site - please click the following article

Anonymous said...

Although you can't go back to any songs, you can skip songs, mark them as ones you like or dislike, and browse the names, bands, and CD the song is on of all the songs that have played already. Also, by having a radio internship in your resume, there is a better chance for you to become a DJ when you apply for a job in any radio station in the nation. A MOBILE APP GIVES THE STATION A DIRECT MARKETING CHANNEL TO COMMUNICATE WITH THEIR LISTENERS.

Also visit my page: http://www.ruderwiki.de/

Anonymous said...

In short, they become obsessed by the grass is always greener syndrome where
everyone else's relationship and their own past lovers are elevated to the status of perfection. 'The tears of
mankind have not washed away man's desire to kill. Official Picture of President Reagan by the Executive Office of the Presidency used under Public Domain. I don't want an strange voice to order
me around. Cons. This will also open the Backup and Restore Center, which will warn
you that "Windows Backup has not been set up" and "Windows could not find a backup for this computer. They will check into a purpose built sports complex 8 miles from the venue of their first match in Rustenburg. It works across Windows XP, Windows Vista, and Windows 7, and Maxi - Vista surprised me by how well it worked with it. The players have to buy the weapons to use from the available shops and weapon stores. A Whole Lot of Exciting Options to Choose from Advanced car wash equipment use low-flow technology that drastically reduces drying times for carpets and upholstery.

My web-site; http://www.osteopatiacreso.com/wiki/index.php?title=Utente:LizzieO66

Anonymous said...

While it is one thing to have a social media profile on an online
community like Deviant - ART, it is a whole other thing entirely to have fitted it with an effective SEO strategy.
B) SEO basics - Image 2: Select-'English' and 'All Countries and Territories'.
It would be optimum thought to select the local SEO service
after checking the rank of their website. Naturally, they will flock to your competitor who does.
It's so important because once customers begin seeking your product or service you will want to have favorable words making your search results optimized. Enough said. Since keyword analysis is needed for both SEO (search engine optimization) and SEM, we often confuse using these terms. Second tool for power suite is website auditor. The title is supposed to explain the article, and the title is what your readers see when they search for content. Be sure that the SEO outsourcing company you hire is capable of communicating properly. Use SEM experts to recognize duplicate content as part of your website, and act immediately to have it settled. Still hanging on. Their success is based on how many sales and customers you bring. It's more control than you get In many backlinks and every element of
these controls allow you to link a bit more than he would be out of control.
This is where your innovative SEO marketing techniques can achieve a high search ranking for your budget motel whenever a user is specifically searching
for a motel at your location. SEO companies may only offer this type of service.
The World Wide Web is an incredible source of customers and potential revenue for all types of businesses and companies in all niches.

When a person enters a keyword into the search box of a particular search engine such as Google,
there will be scores of results showing out which are a result of
a search engine algorithm devised by that particular
search engine. The internet has become an integral part of our lives that
according to the latest statistics, almost 1 billion Americans access the internet.
This is more of an indirect way of getting direct traffic to your e - Bay store.



Here is my homepage - http://www.backlinkbasis.com/

Related Posts with Thumbnails