TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Sunday, July 12, 2009

DOA RASULULLAH PUN KENA TOLAK... BAGAIMANA DENGAN KITA??

Amir Bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai ke masjid Bani Mu’awiyah, lalu beliau masuk ke dalam masjid dan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T.

Setelah selesai doa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami dan bersabda yang bermaksud : “ Aku telah memohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia (Allah) dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. Klik untuk artikel penuh….

Aku telah memohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T

Aku telah memohon kepada Allah S.W.T agar umatku tidak dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh A.S). Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T

Aku juga memohon kepada Allah S.W.T agar umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka ( pererangan dan pergaduhan sesama Islam). Permohonanku ini telah tidak diperkenankan (ditolak) oleh Allah S.W.T

Ulasan ringkas SNO :
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri begaduh antara satu sama lain, musuh Islam menepuk tangan dari belakang. Lebih mendukacitakan… dalam satu negara pun kita masih berbalah. Puncanya ialah keengganan sebahagian umat Islam yang enggan tunduk kepada ketetapan Al-Quran dan Sunnah. Kembalilah pada tali Allah dan janganlah berpecah belah sebagaimana firmanNya dalam Surah Ali-Imran ayat 103 yang bermaksud :
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Hanya dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dapat menyelamatkan manusia dari kesesatan.

Pengajaran dari Hadis… sekiranya doa Rasulullah S.A.W yang sifatnya ma’sum yakni terpelihara daripada melakukan dosa pun ditolak Allah SWT, apatah lagi kita yang sememangnya tidak terlepas dari kecuaian dan seringkali melakukan dosa. Janganlah mengeluh sekiranya doa tidak dimaqbul… sebaliknya kita pelu meng’intropeksi’ diri dan berfikir positif. Wallahu ‘alam.

3 comments:

zai said...

salam saifun,
Setiap doa yg tertolak bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita sebaliknya kita yg kurang kasih sayang padaNYA..seperti kanak2 yg merajuk jika dipujuk akhirnya pasti dia akan kembali bergembira begitu juga hubungan dengan Allah..terkadang kita hanya memohon diwaktu susah tapi apabila senang kita lupa padaNYA.

Dida... said...

Orang yg beriman dikehendaki supaya amalannya bersih, dan dikehendaki juga supaya jiwa atau hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yg bersih dari makanan yg haram serta dihiasi badannya oleh pakaian yg bersih dr milik yg haram...

petikan dari huraian hadith nabi yg diriwayatkan oleh Imam Nawawi...

SaiFuN said...

Salam Kak Zai...

Betul tu Kak Zai.. Allah senantiasa menyayangi hambaNYa.. tapi kadang-kadang hambaNya itulah yang melupakanNya. Doa itu senjata umat Islam... bahkan Allah SWT pun memerintahkan manusia supaya bermohon kepadaNYa.. tapi ada syarat-syaratNya. Mana mungkin orang yang hantar kertas jawapan kosong boleh dapat markah 100%. Lebih kurang macam tulah analoginya.

Salam Dida...

Benar sekali.... doa itu amat berkait rapat dengan cara, sikap, tingkah laku, makan minum, berpakaian dll. Ada hadis tentang itu... kisah pemuda yang mohon pada Allah tapi pakaiannya haram, makan makanan haram, minum minuman haram... Bagaimana Allah nak memakbulkan. Cuma kadangkala manusia itu lupa.. kenapa doanya tidak diperkenan... atau pun ditangguhkan oleh Allah. Mereka lantas menyalahkan taqdir, bahkan lebih teruk ada yang menyalahkan Allah (nau'dzubillah) hanya kerana doa mereka tidak dimakbulkan atau ditangguh. Wallahu 'alam.

Related Posts with Thumbnails