Assalamualaikum... Petang tadi sesudah Asar saya melayari alam maya di rumah ayahanda. Terima kasih untuk Kak Zai atas AWARD yang diberi. Saya menghargainya sebagai tanda ukhwah di jalan Allah. Mungkin secara kebetulan... kelmarin saya merancang untuk menghadiahkan 'sesuatu' untuk sahabat-sahabat maya . Oleh itu... kepada para sahabat blogger... Kak Zai, Kak Pah, hizbi76, Bujang Senang, Adha, Deros, Moy, Dida, Adeq, lhakim, Sperma Ovum, dan Ijoks2009... AWARD ini untuk kalian. Terimalah AWARD ini seadanya..... ambillah ia sebagai tanda ukhwah dan persaudaraan. Ukhwah itu tidak perlukan masa yang lama untuk saling kenal mengenal kerana SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM ITU ADALAH BERSAUDARA. Tidak lupa juga AWARD ini saya tujukan kepada Prof Dr. Abd Wahab Arbain. Kerana blog ini di'link'kan dalam blog milik beliau.... semakin ramai yang dapat berkongsi ilmu di blog ini. Terima kasih Prof. Semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar di dunia dan akhirat kepada kita semua InsyaAllah.. Amin.
GAMBAR MENARIK : LELAKI INI MENULIS KALAM ALLAH PADA 8 BIJI KULIT TELUR AYAM
-
السلام عليكم و رحمة الله
Begitu hebatnya ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya. Tidak terfikir
dek akal fikiran seorang lelaki berusia 97 tahun mampu...
12 years ago
10 comments:
Salam ustaz,Terima kasih sebab bagi award ni.semoga persahabatan kita semakin erat.
yeye dapat award lagi nak kumpul ni.. best2
Assalamualaika ya ustaz...
Terima kasih atas kesudian memanjangkan tali ukhwah ini kepada ana.. dan syukron jazillan krn sudi linkkan blog ana di sini... ana akan link kembali link yg penuh manfaat ini di blog ana...Moga perjuangan kita utk berdakwah akan berterusan... InsyaAllah...
Salam Saifun,
Terima kasih diatas award yg cantik itu..hai dah banyak dapat award, mmg bagus juga spt saranan Rasulullah agar berhadiah2lah agar dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah sesama kita..
Salam Saifun,
Terima kasih kerana penghargaan Award Persaudaraan Maya.
Teruskan memblog.
Salam to all. terima kasih kembali kerana menghargai pemberian yang tak seberapa tu. Moga ukhwah makin erat dan ilmu makin bertambah... saya akan teruskan usaha ini untuk manfaat diri sendiri dan semua yang memerlukan... sokongan dari sahabat-sahabat sekalian amat saya hargai. Tq.
Kulaan juga kah ?
Salam ANAK PAK UTUH... ngaran pun dah banjar dah. :).. Kulaan jua pang.. tapi kada hingkat besurah macam orang lama.. banyak merantau di kawasan luar wilayah banjar. Salam ukhwah fillah.
Assalamualaikum..terimakasih diatas penganugerahan award dan terimakasih juga kerana sudi paparkan blog Batuvskayu didalam blog anta semoga tali persaudaraan akan terjalin lebih erat lagi..takbir.....Allahuakbar
Salam ukhuwwah,
mohon copy doa diatas dan minta di halalkan.
Terima kasih.
Post a Comment