TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Thursday, June 25, 2009

KISAH BENAR & HIKMAH PENGHARAMAN BABI... MESTI BACA

Oleh : Saifun Nizam S.Ag



Imej menunjukkan seekor babi sebesar badak yang berjaya dibunuh oleh seorang remaja

Akhir-akhir ini, dunia digemparkan dengan virus Influenza H1N1 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepas dari ancaman virus pembunuh ini. Setakat petang tadi (25/6/09) sebanyak 91 kes telah direkodkan. Saya percaya angka kes akan terus bertambah kerana penularannya amat misteri dan sukar dibaca. Sepuluh tahun lalu iaitu pada awal tahun 1999, Malaysia serta seluruh dunia juga dikejutkan dengan bencana penyakit yang disebabkan oleh babi iaitu Virus Japanese Encephalitis (JE). Belum lagi dijumpai penawar penyakit tersebut… sekali lagi dunia dikejutkan dengan Virus Hendra juga disebabkan oleh babi. Tak habis dengan itu… sekitar pertengahan tahun 2003 sekali lagi serangan penyakit yang tidak berkesudahan iaitu penyakit SARS juga dipercayai asalnya dari babi… melanda negara. Teringat saya sewaktu ingin menaiki flight penerbangan ke Sabah bersama rakan-rakan sepasukan (nasyid KAGUM kebangsaan 2003)… ada sahabat saya yang memakai topeng muka untuk langkah keselamatan.
Perihal pengharaman memakan daging babi ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dengan tegas di dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah, tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Ternyata amaran yang dikeluarkan oleh Allah S.W.T telah mula dapat disyukuri difikirkan oleh mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih mendalam kenapa dan mengapa babi itu haram… sedangkan ia juga makhluk Allah.
Di dalam Journal of Virology, dilaporkan kajian yang dijalankan oleh 12 orang pakar-pakar sains telah menemui terdapat sel-sel tertentu pada kerongkong babi yang mampu mengubah kuman virus kepada bentuk yang amat merbahaya kepada manusia. Selain itu… seorang saintis Jerman juga telah membuat kajian bahawa di dalam tubuh babi terdapat sejenis cacing yang bentuknya amat kecil. Cacing ini di gelar ‘cacing pita’. Adakah sebab itu sahaja babi diharamkan? Saya rasa tidak….
Islam adalah agama yang amat mementingkan tentang hubung kait makanan,minuman dengan ibadah seharian… dalam satu hadis, Rasulullah SAW mempersoalkan tentang seorang pemuda yang kusut masai pakaiannya, penuh debu wajahnya, menadah tangan memohon sesuatu kepada Allah. Lantas Rasulullah SAW, menyatakan…. bagaimana Allah SWT hendak mengabulkan doanya sedangkan pakaiannya haram, makan minumnya adalah benda haram dan setiap sesuatu yang disuapkan ke mulutnya adalah benda-benda haram. Menurut saya… babi tidak hanya diharamkan kerana zatnya yang memudaratkan… tetapi disebabkan sikap atau lebih jelas perangai babi itu sendiri.
Teringat saya tentang kisah Syeikh Muhammad Abduh, Tokoh Gerakan Islah terkenal sewaktu beliau berkunjung ke Perancis. Pemuda di sana mempertikaikan tentang ‘kekotoran’ daging babi. Mereka menyatakan bahawa babi sekarang adalah bersih… dipelihara dan dijaga makan minumnya… tidak mungkin membawa penyakit. Syeikh Muhammad Abduh telah meminta mereka menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina untuk dijadikan ‘eksperimen’nya. Setelah disediakan… dilepaskan tiga ekor ayam tersebut ke dalam kandang…. maka terjadilah pergelutan antara dua ekor ayam jantan kerana sifat cemburu dan saling mempertahankan seekor ayam betina tersebut. Di lepas pula tiga ekor babi tadi ke dalam kandang… maka babi tersebut tidak ada rasa cemburu… bahkan saling ‘tolong menolong’ untuk ‘mendapat’kan babi betina yang ada dalam kandang tersebut. Syeikh Muhammad Abduh lantas menyatakan… itulah sifat babi. Apa yang kita makan akan mempengaruhi sifatnya. Sekiranya kita makan daging babi… maka hilanglah sfat cemburu kita….kita tidak kisah kalau isteri kita bergaul dengan bukan mahram dengan keadaan yang meragukan.. kita tidak ambil peduli anak perempuan atau anak lelaki kita keluar dengan sesiapa… bahkan kalau suami, mungkin akan menjadi suami yang dayus, wallahu’alam.
Satu kisah yang mungkin dapat kita kongikan bersama… satu lagi pengalaman saya sewaktu di Pulau Sabang. Pelik saya memikirkan….. dari mana le datangnya makhluk Allah tu…. memang banyak. Pernah saya naik motosikal…. saya terpaksa memberhentikan motosikal untuk memberi laluan kepada makhluk-makhluk ni melintas jalan… mereka melintas dengan cukup tenang.. seolah-olah merekalah penghuni asal pulau tersebut. Saya pernah mendengar cerita bahawa babi adalah haiwan yang amat kuat sifat pendendamnya. Mungkin ada benarnya berdasarkan cerita berikut…. sewaktu mengikuti KKN di Pulau Sabang…. kehadiran babi atau bahasa acehnya ‘bui’ sememangnya memeningkan kepala penduduk….habis tanaman dikerjakan… tidurnya pula kadang-kadang di bawah rumah. Suatu hari seorang jiran di mana saya ditempatkan marah-marah kerana tanaman ubi kayunya telah dikerjakan oleh sekumpulan ‘bui’. Pak cik ni pun pasang perangkap pukat…. lekatlah seekor…. dia hentam ‘bui’ ni sampai mati… dan perbuatan ni diperhatikan oleh sekumpulan babi-babi lain dari jarak jauh. Saya tidak melihat dia menghentam ’bui’ itu… tapi saya melihat sendiri babi yang telah mati dikerjakannya…. apa yang lebih memeranjatkan…. esoknya pakcik itu pula diserang oleh sekumpulan babi... melambung juga kena sodok. Itulah kisahnya…
Syeikh Muhammad Abduh sememangnya telah membuka rahsia pengharaman babi mengatasi kemampuan sains dan teknologi. Selain sel-sel yang membahayakan…. sifat babi yang dayus, pendendam juga amat merbahaya kepada manusia… Itulah hikmahnya Allah SWT amat tegas dalam pengharaman babi… tujuannya untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan rohani manusia dari sifat mazmumah. Wallahu’alam.

1 comment:

zai said...

Salam Saifun,
Satu entri dgn cerita yg cukup menarik utk dikongsi..terima kasih kerana berkongsi ilmu

Related Posts with Thumbnails