
Saya teringat pesan ustaz saya semasa di menuntut di sekolah menengah.... dunia ini hanya tempat singgah sementara. Carilah bekal untuk menuju ke destinasi yang pasti kita akan pergi... wajib pergi dan tidak mungkin kita tidak akan pergi. Sebaik-baik bekal itu adalah taqwa. Hiduplah dengan 'washatiyah'.... akhirat di cari, dunia jangan dipinggir, tapi jangan tertipu dengan tipu daya dunia.
Mengingat tentang dunia... Rasulullah S.A.W pernah diberi gambaran tentang usia dunia semasa peristiwa mi'raj. Rasulullah SAW melihat seorang perempuan tua yang penuh dengan perhiasan dan baginda memohon penjelasan Jibril a.s siapakah perempuan tua tersebut. Jibril menjelaskan perempuan tua itu adalah usia dunia dan perhiasan itu adalah tipu daya yang bakal melalaikan penghuninya.
Oleh yang demikian.... saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan agar sentiasalah kita berwaspada dari tipu daya dunia sebagaimana kita 'ditipu' oleh gambar di atas. Wallahu 'alam.
1 comment:
Subhanallah..mmg kat dunia ni kita akan sentiasa terpedaya dengan tipu daya syaitan yg akan datang dalam pelbagai bentuk..marilah kita sama2 bersatu merobohkan tentera syaitan laknat dan kekal bersatu dalam satu barisan hingga kesyurga...
Post a Comment