ØJANGAN kamu mengambil ringan soal-soal adab dan sunnah Nabi saw kerana orang yang mengambil ringan dengan adab nescaya akan terhalang dari keberkatan mengamalkan sunnahnya
ØOrang yang mengambil ringan soal sunnah maka akan terhalang daripada mengamalkan perkara-perkara fardhu, dan
ØSesiapa yang mengambil ringan soal fardhu maka sudah tentu akan terhalang daripada kejayaan akhirat.
ADAB LAHIRIAH
1. Ambil wudhu', memegang al-Quran dengan tangan kanan dan kemudian duduk menghadap Kiblat dengan cara yang penuh sopan.
2. Bacalah dengan tenang dan ditempat yang bersih. Jangan membaca dengan terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.
3. Cubalah berusaha untuk menangis dalam ayat-ayat azab dan doa walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya .
Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .
4. Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak bacalah dengan suara yang kuat.
5. Jangan memutuskan bacaan hanya kerana hendak berbual dengan orang lain
6. Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith-hadith yang menekankan tentang amalan ini .
7. Amat ditegah ketawa atau bermain-main ketika membaca al-quran. Dikhuatiri al-quran itu akan melaknat mereka.
ADAB BATHINIAH
1. Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliannya.
2. Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .
Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
3. Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.
Pernah satu ketika, Rasululluh SAW berdiri seluruh malam membaca berkali-kali akan ayat berikut: "Jika Engkau mengazabkan mereka, mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampuni mereka, Engkaulah Yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana." Satu ketika Said bin Jubir r.a menghabiskan seluruh malam mengulangi ayat berikut ini:
"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang-orang yang bersalah."
4. Hendaklah ada kesan di hati tentang perkara-perkara yang terdapat di dalam potongan-potongan ayat yang dibacakan itu . Misalnya,tentang ayat pengampunan, hati kita hendaklah penuh gembira . Dan tentang ayat yang membawa berita azab ,hati kita hendaklah berasa takut dan gentar .
5. Telinga kita mestilah dipasang dengan penuh perhatian seolah-olah Allah Yang Maha Berkuasa sendiri berkata-kata kepada kita dan pembaca itu mendengar kepada-Nya. " Semoga dengan belas kasihan dan kemurahan Allah SWT , Dia menganugerahkan kita kebolehan membaca al-Quran dengan adab-adab yang hormat ini.
No comments:
Post a Comment