Info gambar : Gambar ni di ambil sekitar tahun 2004 di kawasan sebuah sekolah. Lokasinya berhampiran logi, ada hutan tepi tu. Tujuan gambar di ambil.... sebelum tu, ramai pelajar perempuan yang lemah semangat kerana melihat wajah makhluk ( lembaga ). Selepas gambar 'pemandangan' luar asrama itu di ambil, inilah hasilnya. Gambar ni ekslusif untuk anda kerana saya percaya ianya belum pernah dipamerkan di mana-mana laman blog. Saya simpan gambar ni tanpa diedit sedikit pun kecuali saya letakkan bulatan tu supaya anda dapat melihat imej di dalamnya dengan lebih jelas. Hari ini saya putuskan untuk paparkan buat tatapan anda setelah hampir lima tahun saya menyimpannya.... anda nilailah sendiri... samada percaya atau tidak, ianya hak anda. Tidak perlu anda percaya kepada gambar ini 100%, tetapi sebagai seorang Islam.. menjadi kewajiban kepada kita untuk mempercayai perkara-perkara ghaib. Wallahu 'alam.
*Kisah kejadian histeria dan kemurungan yang berlaku tidak dapat saya ceritakan secara detail atas sebab-sebab dan alasan tertentu.
2 comments:
salam saifun,
Akak nmpk samar2 jer muka syaitan tu..heran jugak tgk muka syaitan kita rasa gerun walhal kita lebih mulia dari dia..dia yang patut gerun kat kita..
Salam Kak Zai...
Syaitan mahupun jin tujuannya nak menakut dan menyesatkan manusia. Mereka akan lebih berani kalau tahu manusia takut dengan mereka. Itu yang ramai lemah semangat tu. Selalunya yang ramai jadi mangsa pelajar puterilah... especially yg dtg bulan.
Post a Comment