TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Wednesday, June 10, 2009

KISAH BENAR

Oleh : Saifun Nizam S.Ag

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu, dan kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, Kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain". (Al-An’am : ayat 6 )

Begitulah keadaannya sekiranya manusia tidak mampu besyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Allah S.W.T bukan saja akan menarik balik nikmat tersebut bahkan memusnahkan kaum yang engkar dengan perintahNya. Sejarah membuktikan bagaimana kaum Nabi Nuh Alaihissalam ditenggelamkan dalam banjir besar, begitu juga Firaun dalam laut merah, Qarun pula ditelan bumi dengan seluruh hartanya, kaum Nabi Luth yang mengamalkan liwat dan musahaqah juga mengalami nasib yang sama.

Mungkin kisah ini dapat kita kongsi bersama. Bagaimana saya melihat dan berfikir benarlah apa yang dikisahkan bahawa sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat Allah, nescaya balasannya akan tetap ada, kalau tidak di dunia.. pastinya di akhirat kelak. Pada tahun 1998, tahun terakhir pengajian saya di IAIN Ar-Raniry, saya mengikuti satu program Kuliah Kerja Nyata ( KKN) selama dua bulan di sebuah pulau iaitu Pulau Sabang. Untuk pergi ke pulau tersebut, perlu naik feri seperti feri di Pulau Pinang dan mengambil masa sekitar dua jam. Sebaik menjejakkan kaki ke sana tidak ada apa-apa perkara aneh yang saya rasakan. Biasa-biasa sahaja. Saya bersama tiga orang rakan yang lain ditempatkan di sebuah rumah keluarga angkat betul-betul dihadapan sebuah tasik yang dipanggil Tasik Putri Ijo. Ada cerita tentang tasik tersebut tapi saya tidak mahu menceritakan tentangnya. Seminggu saya di sana… saya melihat terdapat pokok-pokok mati di pulau tersebut. Apa yang menghairankan…. Pokok-pokok yang mati adalah dari spesis yang sama. Apabila saya bertanya dengan orang kampung, mereka mengatakan pokok tersebut adalah pokok kapas. “Dulu orang disini senang lenang, ramai orang kaya. Mereka ini saudagar kapas tapi ngak pernah bersyukur. Zakat ngak dibayar, solat ngak ditunai, makanya ditarik semula nikmat tersebut. Semua pokok kapas mati”. Kata seorang penduduk yang saya temui di masjid berdekatan. Patutlah banyak rumah-rumah besar tetapi amat lusuh kalau dilihat, seperti tiada penghuni. Bukan itu sahaja, sewaktu saya dan rakan-rakan mengikuti KKN, kami sentiasa perlu berhati-hati dengan kehadiran babi hutan yang begitu banyak. Kalau makhluk ini tidur di halaman rumah, bawah rumah, itu perkara biasa.

Apapun peristiwa ini berlaku 11 tahun yag lalu. Harapan saya moga keadaannya sudah berubah. Tidak ada lagi orang yang minum tuak terang-terangan seperti yang pernah saya saksikan, kejahilan diganti dengan petunjuk kebaikan, tidak ada lagi orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails