Maksud Firman Allah SWT :
Dan dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.(Al-Furqaan : ayat 53)
Sesiapa yang gemar menonton "Discovery Channel" tentu mengenali Mr. Jacques Yves Costeau, iaitu seorang oceanografer (ahli kelautan) dan ahli selam yang terkenal dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hayatnya telah menyelam banyak dasar lautan di seluruh dunia.Malah turut membuat filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan khayalak di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya. Seperti ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil ini membuatkan beliau kagum, dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah lautan itu. Pada mulanya dia berfikir, kejadian itu hanya halusinasi atau khayalannya sewaktu menyelam. Setelah kejadian itu, beliau terus berusaha mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil itu.
Suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim, lantas menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat akan satu ayat Al-Quran tentang pertemuan dua lautan dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang sering dikaitkan denga Terusan Suez. Ayat itu bermaksud "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus."Kemudian dibacakan surah Al-Furqan ayat 53, "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masih lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang pertemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai, apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Sedangkan di muara sungai tidak ditemui mutiara.
Mr. Costeau terpesona mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Al-Quran mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ketujuh, suatu zaman yang belum ada peralatan canggih untuk mencapai lokasi yang begitu jauh di dasar lautan. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr Costeau berkata, sesungguhnya Al-Quran adalah kitab suci berisi firman Allah, yang mengandungi kebenaran yang mutlak. Ekoran peristiwa itu, beliau mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam.

2 comments:
salam dik saifun nizam,
ini juga satu entri yg menarik yg menjelaskan betapa alQuran itu adalah penyuluh ilmu sepanjang zaman dan didalamnya terdapat berjuta rahsia khazanah alam yg masih menjadi misteri dan perlu digali dan dikaji...Islam itu mmg Indah..Subhanallah !!
Agama Islam itu memang indah dan tidak dapat ditandingi oleh oleh agama lain.
Post a Comment