Daripada Jabir r.a meriwatkan bahawa seorang Yahudi daripada Khyber telah menjemput Rasulullah SAW ke suatu jamuan. Dia menggaul daging kambing dengan racun dan meghidangkannya. Rasulullah mengambil sedikit dari daging tersebut dan makan sedikit. Sebahagian para sahabat pun memakannya. “Angkat tangan-tangan kamu!” Sabda Rasulullah SAW lantas menyoal Yahudi tersebut. “Adakah kamu meletakkan racun pada daging ini?”. “Siapa yang memberitahumu?”. Soal Yahudi itu kembali. Rasulullah SAW menjawab, “Daging yang ada pada tanganku ini”. “Ya!” jawabnya lalu menambah,, “aku lakukan itu untuk mengetahui bahawa jika kamu seorang nabi, racun ini tidak akan memudaratkanmu, jika kamu bukan nabi, kami akan menghapuskanmu”. Dengan itu Rasulullah SAW memaafkannya. Walau bagaimanapun, salah seorang dari sahabat telah meninggal dunia kerana memakan daging beracun tersebut.
GAMBAR MENARIK : LELAKI INI MENULIS KALAM ALLAH PADA 8 BIJI KULIT TELUR AYAM
-
السلام عليكم و رحمة الله
Begitu hebatnya ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya. Tidak terfikir
dek akal fikiran seorang lelaki berusia 97 tahun mampu...
12 years ago
No comments:
Post a Comment