TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Monday, June 22, 2009

PENGERUSI KPP PAHANG MIMPI JUMPA RASULULLAH

Sumber : sabahdaily.com

Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakrisnan telah memberitahu Ustaz Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW.Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah baginda Nabi Muhammad SAW.?
Balakrisnan memberitahu Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah SAW. dan baginda Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.
Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah SAW ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Masya Allah, selepas Ustaz Dato` Tuan Ibrahim memberitahu di dalam ceramahnya saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.
Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.
Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.
Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi SAW. Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi SAW tetap akan bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah SAW sedaya mampu.
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Surah al-Nasr (Kemenangan)
-http://dupahang.wordpress.com

*SNO…. Diharapkan bertambah lagilah saudara Islam kita.. inilah hasilnya bila berkawan dengan ulama… rahmat Allah terbuka luas, tinggal yang empunya diri untuk memutus dan menentukannya.

2 comments:

zai said...

Salam saifun,
Bila teringat cerita mimpi bertemu rasulullah dan kebenarannya kak zai turut pernah bermimpi tapi ntahlah kak zai tak pasti tntg mimpi tersebut krn didalam mimpi tersebut kak zai melihat kak zai seperti dinegara Arab semua orang berjubah putih dan yg perempuan berpakaian purdah tetapi tidak menutup muka ada seorang lelaki dan wanita dikelilingi oleh kesemua orang disekelilingnya dan mereka memanggil muhammmad, muhammad dan aisyah, aisyah beberapa kali dan kak zai cuba utk memandang wajah kedua2nya tetapi tidak nampak kerana kemilauan cahaya yg begitu terang melindungi wajah kedua-duanya..dan dalam mimpi tersebut kak zai berada dikalangan saudara mara kak zai yg telahpun meninggal dunia dan ada juga yg masih hidup sehingga kini dan saudara kak zai mereka2 itu mmg sgt dihormati kerana pegangan yg kuat thdp ajaran islam...walaupun mimpi itu telah 4 tahun berlalu kak zai masih ingat sampai hariini krn tertanya2 apa erti mimpi tersebut dan apa kaitannya dengan kak zai..apabila kak zai terjaga kak zai menjadi bingung dan bertanya diri sendiri apakah benar2 kak zai telah diberi kesempatan utk bertemu baginda dan isterinya Aisyah dibandingkan amalan kak zai yg sgt sedikit..ingin bertanya yg arif tapi tak tahu hendak dirujuk kemana..

Satu Lagi yg Pelik, kak zai pernah bermimpi dikunjungi arwah bapa saudara yg meninggal dan tak sempat diziarahi sewaktu hidupnya sebaik saja dikebumikan siangnya. Malamnya Kak zai bermimpi arwah datang memeluk dan mencium ubun2 kak zai dan arwah bertanya kenapa kak zai tidak pernah menziarahi beliau sehingga saat kematiannya...dan ddlm mimpi itu kak zai menangis terisak2 memohon maaf kepadanya dan apabila terjaga kak zai masih menangis..Sewaktu hidup mmg arwah terkenal kerana kewarakannya dan sgt disegani oleh orang sekampung dgnnya kerana kerendahan jiwanya..wallahualam..itulah sebahagian kisah benar yg pernah kak zai alami dan sehingga kini kak zai masih teringat semua mimpi2 itu...wallahualam...

SaiFuN said...

to kak zai...
menarik tentang mimpi kak zai tu.... saya ada buat entri tentang mimpi, kak zai blh tengok kat M.I.M.P.I.... selalunya mimpi yang baik dan membawa kepada kebaikan itu datangnya dari Allah dan yang kurang elok datangnya dari syaithan. Wallahu 'alam.

Related Posts with Thumbnails