Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah SAW :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
والله اعلم
2 comments:
Salam Ustaz..
Terima kasih ustaz atas artikel ini... saya juga selalu mengamalkan berdoa di dalam sujud... tp doa apa2 je yg terlintas dlm fikiran saya... tak apa kan?
Mcm mana ya ahli neraka yg dimaksudkan tu? Beliau beribadah kpd Allah tp still masuk neraka? maknanya, ibadah seseorang tidak menjaminkan beliau masuk syurga la ya? Tu la.. selalu berdoa pada Allah agar diterima segala amalan dan dijauhi dari api neraka... :(
Salam ukhti…
Tidak dihadkan doa-doa khusus….. mohonlah dan bacalah apa saja doa asal ianya baik dan permohonan itu tidak bercanggah dengan tuntutan syara’.
Tentang ahli neraka tu….. saya pun tak berani jawab perkara ni.. ini semua urusan Allah. Namun….. sepertimana yang kita tahu….. tidak semua orang yang solat itu syurga tempatnya. Manusia ( orang Islam ) yang melakukan dosa akan dibalas setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Tempat pembalasan akhirat adalah di neraka. Setelah mereka menerima pembalasan… barulah dikeluarkan atas amal yang dilakukan di dunia… dan yang paling cepat ‘meninggalkan, neraka itu adalah mereka yang ada kesan sujud yakni bersolat sepertimana yang di sebut di atas… والله اعلم
Post a Comment