السلام عليكم و رحمة الله
Sahabat-sahabat sekalian. InsyaAllah pada esok hari (kalau umur masih panjang) kita semua sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi kali ke- 52. Setiap tahun kita meraikannya…. Samada tua atau muda, miskin atau kaya, lahir sebelum merdeka atau sesudah merdeka… semua bergembira kerana tanggal tersebut telah dinobat sebagai hari bersejarah… bebasnya negara ini dari cengkaman penjajah British. Pada tahun ini juga kita meraikan hari kemerdekaan negara dalam suasana umat Islam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan.
Saya bukanlah insan yang terlalu mengerti tentang sejarah kemerdekaan… saya adalah antara mereka-mereka yang dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian… saya kurang arif untuk membicarakan tentang bagaimana ianya berlaku... siapa pejuangnya dll… saya hanya mengerti mengenainya melalui bacaan dan bukannya melalui pengalaman. Ayahanda saya pula adalah antara mereka-mereka yang dilahirkan sebelum negara kita merdeka. Namun bicaranya tentang ‘kemerdekaan’ itu amat jarang sekali kerana beliau lebih mengajar kami tentang bagaimana memerdekakan diri dari sifat-sifat mazmumah…. yang banyak melalaikan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Apalah ertinya merdeka dari cengkaman penjajah… andai kita masih dibelenggu dengan sistem dan peraturan yang mereka bina. Apalah ertinya kemerdekaan… andai jiwa kita semakin hari semakin longgar mengurus urusan ukhrawi dan apalah ertinya kemerdekaan… andai syaitan dan iblis amat mudah membawa kita kemana saja yang ia suka.
Sahabat-sahabat sekalian :
Begitu banyak firman Allah SWT yang menuntut kita agar memerdekakan diri dari runtunan hawa nafsu. Di dalam surah Al-Maidah : ayat 49 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."
(Al-Maidah : ayat 49)
Sekiranya diteliti, ayat di atas merupakan tegahan nyata dari Allah SWT, supaya jangan berhukum dengan hukum selain yang telah ditetapkan olehNya. Hukum itu termasuklah segala peraturan samada di dalam bidang muamalah, ibadah, jinayah, kekeluargaan, sahsiah, siyasah (politik) dan lain-lain. Sebarang hukum selain dari yang telah ditetapkan oleh syariat bermaksud menurut hawa nafsu, dan seseorang yang menurut hawa nafsu, bererti jiwanya belum merdeka… dan mereka yang belum merdeka jiwanya inilah yang selalu melakukan kerosakan ataupun tergolong dalam kategori fasiq sebagaimana yang disebut di dalam ayat di atas. Na’udzubillahi min dzalik.
Dalam ayat lain, Allah SWT juga menuntut manusia agar tidak menuruti hawa nafsu setelah manusia diberikan panduan dan peraturan yang jelas dalam sesuatu perkara berdasarkan syariatNya. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'du yag bermaksud :
"Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini)."
(Ar-Ra’du : ayat 37)
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia bagi kali ke 52 dan bersempena dengan kesucian bulan Ramadhan al-Mubarak ini… marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar dalam erti kata membebaskan diri dari belenggu hawa nafsu. Dalam peperangan Badar… setelah umat Islam mencapai kemenangan, Rasulullah SAW telah berpesan kepada para sahabat agar membuat persediaan untuk ‘berperang’ dengan peperangan yang lebih besar… iaitu jihad melawan hawa nafsu. Akhir kalam….. sambutlah Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia dari saya di SaiFuN NizAm S.Ag .
والله اعلم
1 comment:
click here to investigate dolabuy ysl click for info More Help click for more info click site
Post a Comment