TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Thursday, August 13, 2009

CORETAN KENANGAN : FADZLI RAMLI & USTAZ ASRI RABBANI


Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat sekalian. Artikel ini saya tulis sebagai coretan ringkas walaupun hati masih terasa sedikit hiba akibat menerima dua kejutan pada hari ini (13/08/09)…. Pertama… pada awal pagi… sekitar jam 12.30… saya menerima satu sms memberitahu seorang sahabat saya sewaktu menuntut di Indonesia telah kembali ke rahmatullah akibat masalah usus. Beliau ialah saudara Fadzli Ramli…. seorang rakan baik yang pernah menjadi Presiden Forum Study Mahasiswa Darul Ridzuan (FOSMADAR) iaitu persatuan anak-anak negeri Perak yang menuntut di Aceh Indonesia. Dua belas jam kemudian saya dikejutkan sekali lagi dengan berita kematian otai nasyid terkenal tanahair iaitu Ustaz Asri Ibrahim. Vokalis kumpulan nasyid paling popular RABBANI.

Begitulah ketentuan ajal. Seperti mana yang pernah saya nyatakan…. datangnya tak perlu dijemput… perginya tak perlu dihalau. Pemergian dua insan ini membuatkan saya berfikir sejenak.... betapa manusia tidak boleh mengelak untuk dicabut nyawanya walau di mana sahaja kita bersembunyi.


Firman Allah S.W.T :
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh….
(An-Nisa : ayat 78 )


Sahabat-sahabat sekalian…… menyingkap kenangan bersama Allahyarham saudara Fadzli Ramli….. bagi saya beliau adalah seorang yang amat baik, peramah dan yang paling penting…. beliau selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada penuntut lain. Cara dakwahnya cukup berhikmah dan boleh diterima oleh sahabat-sahabat yang lain. Pada tahun 1998…. Sewaktu beliau menjadi Presiden FOSMADAR…saya masih ingat….. beliau adalah orang yang beria benar ingin menghidupkan Pusat mahasiswa negeri Perak dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Banyak program yang diatur seperti solat berjamaah dan kuliah, kelas tarannum, kelas syarahan, pengukuhan bahasa arab dan banyak lagi aktivti-aktiviti lain. Semuanya ini adalah amal jariah yang beliau lakukan untuk memastikan jiwa rakan-rakan disatukan… ukhwah dan mahabbah dirapatkan. Bukankah ukhwah dan mahabbah itu satu tonggak penting dalam Islam?


Rasulullah SAW pernah bersabda :
Tidak beriman seseorang itu andai dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana kasihnya dia pada dirinya sendiri.


Mengenai Allahyarham Ustaz Asri…. pada pendapat dan pandangan peribadi…tidak salah andai saya katakan…. tidak ada seorang penyanyi nasyid pun yang dapat menandingi beliau dalam memartabatkan industri nasyid tanahair. Siapa yang tak kenal RABBANI… apa lagi USTAZ ASRI IBRAHIM. Saya amat meminati alunan qasidah dan nyanyiannya semenjak beliau bergiat dengan NADAMURNI lagi. Saya pernah mengikuti konsert beliau beberapa kali di Kuala Lumpur… dan yang paling saya ingat ialah beliau mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sewaktu persembahan pentomen di Universiti Malaya. Naik bulu roma bukan kerana beliau bernasyid…. tapi kerana alunan tarannumnya. Saya dengar peserta samada wakil Malaysia atau antarabangsa baca al-Quran biasa-biasa saja…. Memanglah sedap tapi takdelah sampai naik bulu roma. Memang hebat Ustaz Asri ni. Lagu MUNAJAT, INTIFADHA, PERGI TAK KEMBALI dan lirik-lirik lain pula amat menyentuh jiwa dan sanubari si pendengar…. Lirik lagu yang didendangkan banyak membawa kita kepada mengingati Allah Yang Esa. Di tambah pula dengan suara yang mantap dan mendayu-dayu….Pernah saya bertanya kepada seorang sahabat iaitu saudara MUJIBURRIZAL . Soalan yang saya tanyakan sebenarnya saya dah tahu jawapannya. Apa kelebihan vokal USTAZ ASRI IBRAHIM? Saudara MUJIB menjawab….. “Ustaz Asri satu-satunya vokalis yang suaranya tak berubah…. Macamana di dengar di kaset.. begitulah suaranya di bilik rakaman. (betullah tu. maksudnya mungkin penyanyi lain tak berapa original lah kot. Itu yang susah buat konsert live tu). Untuk pengetahuan sahabat-sahabat…. Saudara MUJIBURRIZAL adalah salah seorang bekas anggota kumpulan NADAMURNI dan beliau adalah vokalis kepada Lagu nasyid “Cita-citaku Islam Gemilang”.

Kesimpulannya…. Kedua-dua insan yang saya ceritakan di atas bertanggungjawab atas usaha dakwah dengan cara mereka tersendiri. Saudara Fadzli dengan caranya… Ustaz Asri dengan caranya. Kita pula bagaimana? Apa usaha dakwah yang kita lakukan untuk dihitung sebagai amal jariah di akhirat kelak?


Firman Allah S.W.T
Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.
(An-Nisa : ayat 124)


Mati itu berlaku setiap hari dan setiap jam di dunia ini.. tapi kadangkala kita hanya teringat tentangnya apabila yang menemui ajal adalah orang yang kita kenali. Andainya Izrail tidak menjemput seseorang yang kita kenali…. mungkin kita akan alpa kembali. Oleh yang demikian sebagai pesanan untuk diri ini, sentiasalah mengingati mati, kerana ia perkara pasti, tak boleh dielak dan dihindari walaupun sesaat. Masanya telah ditentukan dan menjadi rahsia Ilahi.


Firman Allah SWT :
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
(Ali Imran : ayat 145)


Dikesempatan ini marilah sama-sama kita doakan agar roh-roh mereka ditempatkan di sisi selayaknya atas amal baik yang telah mereka lakukan. Kita yang masih hidup…. teruskan dengan kerja kita….. rebutlah masa hidup ini sebelum ajal tiba… bekerjalah seolah-olah hayat kita masih panjang, beribadahlah seolah-olah kita akan dipanggil mengadap Allah pada bila-bila masa dari sekarang. Doa dan harapan agar keluarga saudara Fadzli (isterinya masih muda, anaknya masih kecil).. begitu juga keluarga Ustaz Asri agar tabah menerima ketentuan ini. AL-FAATIHAH..


*Gambar Allahyarham saudara Fadzli tiada dalam simpanan saya..

.. والله اعلم

6 comments:

Dida... said...

Salam ustaz..

coretan yang sungguh meninggalkan kesan di hati saya.. terima kasih krn menaikkan lagi azam saya utk terus beramal soleh... moga kita semua diberi kesedaran seawal2nya dan dihindari drpd lalai walau sejenak... sebelum kita menemui ajal...

Jazakallahu khairan Kathira ya akhi..

Abd Razak said...

Salam Ustaz,

Masih teringat beberapa tahun sebelum ini, Ustaz Asri sering bersama kami dlm program maulidarasul..

Semoga Allah memelihara roh-roh mereka ditempat yang terbaik setimpal dgn amalan mereka.

Unknown said...

bila dikejutkan dgn sesuatu kematian baru le kita senantiasa beringat , bila pula giliran kita , agar dpt menambah kan lagi iman dan amal .
betul pndapat ustaz , memang ustaz Asri tiada tndingannya dgn mana2 ahli kumpulan nasyid yg lain , diwajah nya ada nur iman .tak sombong bila btemu peminat tak kira dimana tempat .

SaiFuN said...

Assalamualaikum semua… terima kasih kerana singgah dan memberi ulasan. Saya mhon maaf kerana terpaksa menjawab dalam satu ruangan kerana masalah loading page yang teruk sekarang ni.

Salam Ya Ukhti Dida…. Ye Dida. Tugas kita sebagai ‘Abid, Khalifah dan Imarah di muka bumi ini perlu diteruskan. Berita perginya sahabat-sahabat dan insan dikenali perlu kita kenang selalu apatah lagi yang pergi tu orang yang baik-baik…. Usaha dakwah mereka perlu menjadi perangsang kepada kita semua…. Supaya dakwah terus berjalan di bumi Allah ni.

Salam saudara Razak. Lebih kurang 6 tahun lalu saya pernah berbual dengan Allahyarham Ustaz Asri. Terjumpa beliau di R&R Kuala Kangsar…. berbual tentang nasyid macam dah kenal lama. Itulah Ustaz Asri…. wajahnya jernih dan beliau memang mendambakan syurga sebagai tempat istirahah abadi. InsyaAllah… beliau sedang menuju ke sana.

Salam Kak Ummi…. manusia yang jahat akan dikenang kerana kejahatannya… dan manusia yang baik akan di kenang kerana kebaikannya. InsyaAllah mereka ini telah lulus ujian dunia. Mereka suka kepada dakwah… menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan perkara munkar. InsyaAllah…. segala usaha mereka akan di nilai oleh Allah sebagai amal soleh di akhirat.

zai said...

Salam Saifun..

Tak leh dengar org sebut soal kematian terus terasa macam nyawa dah nak dicabut..teringat dosa2 yang masih bergunung2 dan masih berharap Allah tetap akan mengampunkannya..

Kak Zai dah 36 tahun..Ustaz Asri baru 40 tahun..Mudah2an kita sempat bertaubat sebelum mati..benarlah orang yang baik2 nie selalu dipanggil Allah awal kembali kesisinya.

Semoga roh ustaz asri dicucuri rahmat.

SaiFuN said...

Salam Kak Zai...

Akhir-akhir ni memang banyak kita dengar tentang kematian. Allah cabut nyawa orang-orang yang dikenali supaya manusia yang masih hidup insaf dan kembali ingat satu hari nanti semua makhluk akan mati.

Related Posts with Thumbnails