Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".
"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".
Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.
FIRMAN ALLAH:
"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh."
Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit."
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم
6 comments:
Salam Saifun..
Sangat Benar tntg AlQuran ubat untuk segala Penyakit.. Ramai orang tak sedar bahawa ubat ketenangan dan sakit jiwa adalah membaca alquran dan tafsir alquran buat mereka yg kurang faham bahasa arab mcm kak zai ni..tapi itulah perkara yg semakin dilupakan oleh kebanyakan dari kita..
Trm kasih atas peringatan ini..
Lagi satu nak komen..cantik frame baru umah nie..
ALHAMDULILLAH ILMU ILMU INI BERGUNA UNTUK KITA
Salam Kak Zai...
Alhamduillah... baru sempat tengok msg ni. Hari ni banyak jemputan... dari tengahari tadi.. malam baru balik semula ke rumah ni.
Allah SWT sudah memberi panduan kepada manusia... Allah Yang Menciptakan, sudah tentu dia tahu apa ubat sesuatu penyakit. Ramai manusia yang samada sengaja atau tidak mencari 'ubat penenang' selain apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWY iaitu Al-Quran. Oleh yang demikian manusia yang sudah sakit jiwanya.. menjadi sakit... tenat dan mati jiwanya. Na'udzubillah.
Satu lagi kak... header banner tu kerja orang takde keje sebenonye. Hehe. Dok-dok sambil serve internet... sambil buat banner.. transform sikit.. :)
Salam CUPING MERAH...
Alhamdulillah... segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan ambillah sebagai panduan, yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya dan tinggalkan ia buat sempadan.
Terima kasih kerana singgah... :)
kenapa umat islam hari nih saling bergaduh?
Post a Comment