Assalamualaikum warahmatullah... Sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah, umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT tentunya gembira bercampur sedih dengan ketibaan syawal.Gembira kerana meraikan kemenangan jihad nafsu di bulan Ramadhan... sedih kerana 'ditinggal' Ramadhan selama satu tahun. Esok akan masuk hari ke-4 umat Islam di Malaysia menyambut eid al-fitri... mungkin ramai di antara kita yang telahpun memulakan ibadah puasa enam. Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya seperti berikut: Barangsiapa yang melaksanakan puasa Ramadhan dan berpuasa enam hari pada bulah syawal.... maka pahalanya adalah seolah-olah dia berpuasa selama satu tahun penuh. Begitulah mudahnya Allah SWT memberikan ganjaran pahala kepada manusia... santapan dan bekalan rohani terlalu banyak... cumanya manusia itu tinggal memilih samada ingin melaksanakan atupun mengabaikannya.
Saya masih dalam mood bercuti ... oleh yang demikian, blog ini kurang aktif dalam minggu ini. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat pengunjung setia yang singgah ke sini meskipun blog ini tidak diupdate 3-4 hari :)
Kepada rakan-rakan yang sudah mula bertugas....SELAMAT MENJALANKAN TUGAS saya ucapkan.. SALAM AIDILFITRI DARI SAYA UNTUK SEMUA... ILAL LIQA.
1 comment:
Salam Saifun...
Wah..Masih dalam mood bercuti yer...samala kita kan..kak zai pun masih bercuti nie...masih jalan2 dan cari makan gak sbb masih belum boleh berpuasa sunat syawal lagi nie..biasa la kaum perempuan ni kan..tapi apapun semoga hari raya kali ini memberi seribu erti buat kita semua...
Post a Comment