السلام عليكم و رحمة الله
Sahabat-sahabat sekalian.... Ramadhan Kareem hampir melabuhkan tirainya…. Ketibaan Syawal tentunya dinanti untuk meraikan kejayaan menunaikan ibadah puasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada semua followers yang dikasihi dan para pengunjung yang dihormati. Mohon ampun dan maaf andai ada artikel-artikel yang mengguris perasaan pengunjung sekalian. Niat saya hanyalah mengumpul dan membuat sedikit coretan ilmiah untuk panduan diri di masa-masa akan datang.
Kepada sahabat-sahabat yang akan pulang berhari raya di kampung dan melalui perjalanan yang jauh…. Jangan lupa lakukan beberapa perkara berikut sebelum menaiki kenderaan :
1. Membaca Bismillah
2. Istighfar dan Shahadah
3. Alfatihah
4. Ayatul Kursi
5. Doa Perjalanan
سبحان الذى سخرلنا هذا و ما كنا له مقرنين ... وانا الى ربنا لمنقلبون
الزخرف : 13-14
6.Tawakkal kepada Allah
Perkara yang nampak ‘remeh’ ini berkemungkinan boleh mendatangkan masalah yang besar kepada kita andai tidak diamalkan. Moga Allah SWT memudahkan segala urusan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Salam Aidilfitri dari saya dan keluarga. Jumpa lagi selepas cuti Aidilfitri InsyaAllah....
Ilal Liqa wa ma’as salamah
والسلام عليكم و رحمة الله
6 comments:
assalamualaikum ustaz...
TAQABBALLAHU MINNA WA MINKA...
salam lebaran & maaf atas silap dan khilaf, moga ustaz beroleh kebahagiaan di hari kemenangan nanti & terima kasih atas e-kad
Salam Saifun..
Terima kasih atas doa2 dan peringatan utk pulang berhari raya..kak zai pun dah nak balik kg ke kedah petang ni sbb kak zai dan suami sama2 orang kedah..dekat jer tak jauh pun dari penang nie..
Slmt Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..Semoga semuaya berjalan lancar.
Waalaika as-salam Ya Razak...
Salam Aidilfitri juga untuk anta sekeluarga... semoga Aidilfitri tahun ni memberi lebih pengertian dalam hidup kita selaku hambaNya di muka bumi ini.
Salam Kak Zai....
Afwan Kak... masih keje la ye? Apapun selamat bergerak ke destinasi yang dituju petang ni. Jangan jadikan jalanraya sebagai litar lumba anda... hehe.
Salam Aidilfitri dari saya, isteri dan anak-anak. :)
Salam Ustaz...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya dan suami.. Maaf Zahir & Batin andai ada tersilap kata....
Berhati2 di jalan raya semasa berziarah di rumah sanak saudara...
Salam Ya Ukhti...
Salam Aidilfitri juga untuk ukhti Dida dan suami dari saya dan keluarga.... jaga diri di tempat orang...
Maaf zahir bathin andai ada salah silap.
Post a Comment