السلام عليكم و رحمة الله
Malam ini merupakan malam ke 27 Ramadhan…. Bermakna sudah 27 malam kita menunaikan ibadah khusus di bulan Ramadhan iaitu solat tarawih. Sebagaimana biasa… saya mengambil kesempatan menunaikan solat tarawih di Masjid Daerah Bagan Serai Perak. Jemaah malam ini lebih ramai dari biasa…. bukan disebabkan malam 27 likur.. tetapi malam ini merupakan malam terakhir jemaah solat berimamkan Imam Hafidz dari Pattani Thailand.
Suasana agak sedih apabila AJK masjid membuat pengumuman bahawa ini adalah malam terakhir jemaah bersama dua orang Imam Hafidz tersebut. Saya sendiri cukup sedih kerana kedua-dua mereka amat baik dan mereka telah menghabiskan bacaan sebanyak 26 juzu’ dari al-Quran sepanjang mengimami solat tersebut. Terasa ingin sekali mengikuti bacaan mereka hingga ke akhir surah al-Quran, tapi apakan daya.. mereka juga punya keluarga dan punya perasaan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
Untuk Al-Fadhil Ustaz Abdullah Ali Al-Hafiz dan Al-Fadhil Ustaz Ismail B. Hj Idris Al-Hafiz….. syukran jaziilan kerana jasa yang dicurahkan. Perkenalan yang singkat namun begitu bermakna bagi ana.
Al-Fadhil Ustaz Abdullah Ali Al-Hafiz. Dah berumahtangga dan bakal menimang cahaya mata sulong InsyaAllah selepas Aid Al-adha tahun ni. Bacaannya cukup tenang dan mengasyikkan....Suasana agak sedih apabila AJK masjid membuat pengumuman bahawa ini adalah malam terakhir jemaah bersama dua orang Imam Hafidz tersebut. Saya sendiri cukup sedih kerana kedua-dua mereka amat baik dan mereka telah menghabiskan bacaan sebanyak 26 juzu’ dari al-Quran sepanjang mengimami solat tersebut. Terasa ingin sekali mengikuti bacaan mereka hingga ke akhir surah al-Quran, tapi apakan daya.. mereka juga punya keluarga dan punya perasaan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
Untuk Al-Fadhil Ustaz Abdullah Ali Al-Hafiz dan Al-Fadhil Ustaz Ismail B. Hj Idris Al-Hafiz….. syukran jaziilan kerana jasa yang dicurahkan. Perkenalan yang singkat namun begitu bermakna bagi ana.
Al-Fadhil Ustaz Ismail Hj Idris Al-Hafiz. Anak bongsu kepada Allahyarham Tuan Guru Hj. Idris... Tok Guru pondok Pattani. Masih bujang.... bacaannya MasyaAllah.... amat mententeramkan jiwa.. menambah kekhusyu'an.... sesekali terbayang seperti solat di Masjidil Haram dengan alunan tarannum yang cukup menarik.
Para jamaah tak melepaskan peluang bersalaman dengan dua orang Hafiz muda
Sedih dan hiba.... saya hanya mendengar shalawat dan tangisan jamaah ketika ni... ramai yang menghulurkan saguhati... rezeki.. rezeki.
Kalau kita bersahabat dengan orang yang baik-baik.... walaupun sebentar perkenalan itu... pemergiannya tentunya dirasai... tentunya segala jasa yang dicurahkan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan dua orang sahabat ini menjadi ulama besar satu hari nanti InsyaAllah.
والله اعلم
3 comments:
sedih plak kak zai baca N3 nie macam perpisahan buat selama2nya dengan mereka..
bangga benar kak zai membaca cite tntg diaorang nie sebagaimana bangganya saifun bercerita tntg kehebatan kedua2 ilmuan ini...semoga semakin ramai anak2 muda kita menjadi sehebat mereka...
Salam Kak Zai...
Saya amat terasa sebab bacaan mereka berdua ni amat baik sekali... Kalau semua anak-anak muda seperti ni.... dunia ni boleh jadi sejuk :)..
Inilah untungnya jadi orang baik... hafadz Quran pulak tu.. walaupun kenal sebentar... macam dah kenal lama dan rasa seolah-olah kehilangan.
Lepas ni raamailah yg berebut nak jd kan menantu.hehe..
Post a Comment