TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, September 25, 2009

RENUNGAN : MENERUSKAN MOMENTUM RAMADHAN


السلام عليكم و رحمة الله

Sedar tak sedar, hari ini sudah enam Syawal, kemeriahan Aidilfitri di sesetengah tempat sudah beransur pudar, ada yang telah kembali ke kota untuk menyambung urusan kerja yang belum selesai. Begitulah pantasnya masa berlalu… enam Syawal bererti sudah hampir seminggu Ramadhan meninggalkan kita. Rasa rindu dengan Ramadhan telah dirasai. Samada kita merinduinya ataupun tidak…. ianya hanya akan hadir semula satu tahun dari sekarang. Samada kita sempat bertemu dengan kehadirannya pada tahun hadapan ataupun tidak… itu urusan Allah… yang pasti, ia tetap akan datang, menjanjikan seribu satu maghfirah, rahmat dan barakah kepada manusia yang beriman.

Menunggu hadirnya Ramadhan bukan seperti menunggu kepulangan seseorang yang hilang… entah bila pulangnya, entah pulang atau tidak. Bagi mereka yang beriman dan senantiasa melakukan amal soleh…. Apa yang ditakuti adalah tidak sempat bertemu Ramadhan kerana ajal dan maut adalah ketentuan Allah yang tidak boleh di elak. Andai ajal boleh ditangguh… rasanya ramai yang mohon ‘penangguhan’ untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Ini kerana bulan Ramadhan bulan yang begitu seronok melakukan ibadah. Di dalamnya terkandung ibadah khusus yang tidak kedapatan pada bulan-bulan lain.

Sesungguhnya Ramadhan merupakan bulan yang amat sesuai untuk melatih diri menjadi manusia yang dimuliakan Allah, iaitu menjadi mereka yang bertakwa kepadaNya. Hal ini dapat dilihat dari kesungguhan seseorang itu dalam menjalankan perintah Allah, menjauhi laranganNya, dan redha dengan apa saja yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Apabila seseorang insan merasakan kemanisan iman dan taqwa , sudah tentu tidak ada lagi istilah terpaksa dalam menjalankan perintah Allah. Ertinya, setiap perbuatan akan terasa ketenangan dan kenikmatannya, sekalipun ianya dianggap berat oleh sesetengah orang.

Firman Allah SWT :

ان الذين قالوا ربنا الله ثم استقموا تنزل عليهم الملأيكة الا تخافوا ولا تحزنوا و ابشروا بالجنة التي كنتم توعدون
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".
Fussilat : ayat 30

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa ada ketenteraman jiwa yang merupakan asas keyakinan kita kepada Allah andai kita senantiasa istiqomah dalam melakukan urusan ibadah. Ketika menyambut lebaran, bukan bererti segalanya telah selesai. Bagi mereka yang sudah berlatih selama bulan Ramadhan dan lulus ujian tersebut, tentunya mendapat kurnia Allah lalu puncaknya adalah ketenangan jiwa sementara menanti pembersihan jiwa pada Ramadhan berikutnya

Di saat keseronokan menyambut Aidilfitri….. janganlah dilupakan intipati ibadah di bulan Ramadhan. Proses pembersihan jiwa dan hawa nafsu itu harus dijaga secara istiqomah. Jangan sampai hilang atau dicabut kembali oleh Allah…. lantas ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan tidak membawa apa-apa erti terhadap tazkiyatun nafs (penyucian diri). Istiqomah membaca Al-Qur'an, misalnya. Tadarus perlu diteruskan seperti biasa… sebagaimana kita melakukan pada bulan Ramadhan… begitulah diharapkan pada bulan-bulan seterusnya. Begitu juga dengan ibadah puasa.

Rasulullah S.A.W telah menyatakan dalam hadisnya bahawa sesiapa yang melengkapkan amalan puasa di bulan Ramadhan dan berpuasa pula sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, maka pahalanya adalah seolah-olah berpuasa selama satu tahun. Begitulah hebatnya anugerah Allah S.WT kepada manusia yang bertaqwa kepadaNya. Tanpa rasa taqwa, sudah tentu segala ibadah menjadi sukar… ibadah wajib pun sukar nak dikerjakan, apatah lagi ibadah-ibadah sunat dan tambahan lainnya.

Bulan Syawal pula merupakan salah satu dari tiga bulan haji yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Selepas ini, umat Islam tentunya tertumpu pula kepada satu lagi ibadah fardhu bagi umat Islam iaitu pelaksanaan ibadah haji di Makkah Al-Mukarramah. Haji juga merupakan satu lagi ibadah yang melatih manusia secara zahir dan bathin… menguji kesabaran, ketahanan mental dan spiritual sipelaku. Sekiranya Ramadhan dapat dilalui dengan sabar dan tenang, tentunya jamaah yang berkesempatan menunaikan ibadah haji pada tahun ini dapat pula melalui ujian Allah yang satu ini juga dengan tenang dan sabar InsyaAllah.

Semoga kita senantiasa istiqomah dalam melaksanakan perintahNya, istiqomah pula meninggalkan laranganNya. Moga ‘Kem Ramadhan’ yang telah kita lalui selama sebulan dapat mendekatkan kita dengan penghayatan Islam sebenar, juga agar amalan-amalan yang sering kita lakukan sepanjang Ramadhan menjadi kebiasaan dalam diri. Hal ini tentunya akan memudahkan urusan kita berhadapan dengan Ramadhan seterusnya InsyaAllah.

والله اعلم

4 comments:

zai said...

Salam Saifun...

Sedih baca tazkirah didalam N3 ini..Alhamdulillah Ramadhan tahun ini dinikmati oleh kak zai lebih baik dari tahun2 sebelumnya...mmg terasa sangat sayu disaat akhir ramadhan seakan kehilangan insan yg kita sayang dari dunia ini...

Selamat Hari Raya buat saifun sekuarga..beraya kat mana tahun ni..kak zai mcm biasala wajib balik kedah sbb kami berdua sama2 orang kedah..

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam Kak...

Bulan Ramadhan memang lain dari yang lain... suasananya berbeza. Bagi orang yang berpuasa memang dalam hadis disebutkan ada dua kegembiraan yang dia dapat... pertama kegembiraan ketika berbuka dan kedua ketika bertemu Allah. Puasa sunat pun tak seseronok puasa ramadhan

Tahun ni beraya kat Parit Buntar... Aidiladha nanti baru raya kat Johor. Kami ni memang buat giliran macam tu :).... tahun depan tukar la pulak.

Selamat Hari Raya juga untuk akak sefamily.

Abd Razak said...

assalamualaika ya ustaz...

ramadhan datang dan pasti akan pergi, pulangnya ke pangkuan Allah SWT menceritakan segala kebaikan dan kejahatan yang manusia lakukan di dalamnya...moga segala kebaikan yang kita amalkan semasa kita bersamanya akan turut menjadi ceritanya kepada Allah...

moga berbakinya syawal dpt kita sama-sama meneruskan amalan-amalan yg telah kita lakukan semasa bersama ramadhan...

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Wa'alaika assalam Ya Abdul Razak...

Semoga dengan adanya Syawal dapat sedikit sebanyak menampung kecacatan ibadah kita dalam bulan Ramadhan InsyaAllah. :)

Related Posts with Thumbnails