TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Tuesday, September 01, 2009

MINYAK PUNYA CERITA

السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian... hari ini 1september 2009.... kita umat Islam sedang menjalani ibadah puasa bagi hari ke 11. Malam tadi selepas selesai solat tarawih di Masjid Jamek Bagan Serai, saya sempat mengisi minyak di sebuah stesyen minyak berhampiran masjid. Tiada apa apa yang luar biasa pun, tiada kereta berbaris berkilo-kilometer seperti yang terjadi pertengahan tahun lepas. Meskipun kerajaan Malaysia telah menaikkan harga Petrol RON 97 menjadi RM2.05 seliter.... rakyat Malaysia tak kisah pun. Mungkin ianya terubat dengan kehadiran Petrol RON 95 yang ditetapkan mulai hari ini berharga RM1.80 seliter. Betulkah rakyat Malaysia tak kisah?. Kalau nak tau kisah ataupun tak.... jom kita baca berita kat bawah ni. Berita ni saya ambil DI SINI. Mula-mula saya baca dengan serius... lepas tu makin lama makin senyum sambil bertanya dengan diri sendiri.... Betul ke ada orang macam ni bila minyak naik ?... :)
--------------------



Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh." -sumber :wartamaya.

4 comments:

Ah Chong said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SaiFuN said...

Haiya Ah Chong.... U pun masuk wa punya blog ka. Bila mau masuk Islam.... nanti jgn lupa jumpa wa... hehe.

rahmanw said...

salam...
ni mesti berita reka sendiri ni...hehehe....
jelas nak menyindir kerajaan...
barang naik...minyak naik...semua naik....
dah boleh stand by ubi kayu banyak2...buat stok makan sebulan....

SaiFuN said...

Salam rahmanw..

Rasanya gitulah... berita rekaan a.k.a berita sindiran. Hehe.. Jalan cerita tu macam iye-iye je.

Related Posts with Thumbnails