TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, September 04, 2009

KISAH TAULADAN : PENAMPAR ITU JAWAPANNYA...

السلام عليكم و رحمة الله
Mungkin kisah ini boleh kita jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........


------------------------------




Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

*Moral of the story… lain kali kalau ada yang tanya soalan lebih kurang sama dengan soalan pemuda tersebut…. tampar je… selesai masalah :)


والله اعلم

5 comments:

Dida... said...

Salam Ustaz...

Betul..betul..betul.. ada logiknya jawapan tersebut... sebenarnya.. kita jgn mempertikaikan kejadian Allah dan mengapa itu.. mengapa ini.. dan sangsi dgn keajaiban2 alam yg sebenarnya tak mampu menjangkau akal fikiran kita hatta dgn teknologi sains yg canggih sekalipun .. semakin kita pertikaikan.. ia boleh merosakkan akidah sebenarnya... yg penting kita Beriman tentang wujudnya Allah dgn terciptanya Alam ini...

Terima kasih ustaz di atas perkongsian ilmunya..

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam ukhti...

Benar sekali... hukum, perundangan Allah, peraturanNya jangan dipertikai. Macam baru-baru ni... ada juga yang bagi komen tentang hukuman sebat tanpa mereka ni memiliki kefahaman tentang hukum Islam. Lahirlah berbagai tafsiran yang bercanggah dengan kehendak syara'.

Tentera AL-MAHDI said...

salam buat ustaz..
terima kasih kerana berkongsi..
saya pernah dengar cita nie..
satu masa lalu..

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam PenaTanpaDakwat...

Ha'ah.... kisah lama yang dikitar semula untuk peringatan bagi manusia yang selalu lupa. Kadangkala tanpa sedar mempersoalkan ketetapan Allah.

Unknown said...

padan muka pemuda tu kurang ajar sangat, ha terus bertambah ajar , dpt jawapan dan sekali gus dapat sakit..

...betapa hal2 berkaitan dengan akidah jgn dipermainkan,buruk akibatnya

Related Posts with Thumbnails