Assalamualaikum warahmatullah.... pada 25/6 yang lalu saya telah menulis tentang hikmah pengharaman babi dan tentang wabak yang dibawanya termasuklah virus Influenza A H1N1. Pada ketika itu rekod kes adalah sebanyak 91 kes dan sewaktu artikel ini ditulis...... jumlahnya makin menggila. Rekod semalam menujukkan angka kes hampir mencecah 1500 dan 6 kematian direkodkan.... saya menjangkakan ianya akan bertambah dari semasa ke semasa. Laporan yang agak merisaukan adalah kematian kes boleh mencecah 23,000 nyawa. Mohon di lindungi.... rasanya ilmu dan amal belum mencukupi sebagai bekal akhirat. Untuk makluman sahabat sekalian.... satu kes iaitu kematian ke-5 adalah penghuni taman perumahan ini. Murid tahun 4 tersebut bersekolah di SK Matang Gerdu.... hanya bersebelahan dengan SM Teknik tempat saya bertugas. Anak-anak rakan guru pun ramai yang bersekolah di sana... semuanya risau akan virus pembunuh ini. Apapun.... banyakkan berdoa.. mohon dilindungi dari bala dan wabak..... apa yang penting... kita kenalah selalu menginsafi diri dan bermuhasabah selalu. Ajal datang tak perlu diundang... perginya tak perlu dihalau......
Dah macam pakar bedah mamat pakai tali leher kuning tu... :)ARAHAN PIHAK PPD KERIAN
Virus H1N1 - PELEPASAN MENGHADIRI ATIVITI ATAU LAWATAN KE LUAR NEGARA
- SK Matang Gerdu - 1 kematian.
- SJK (T) Simpang Lima - 12 kes.
- SJK (T) St Mary and SK Wawasan Pekan Baru- 10 kes.
Adalah dimaklumkan bahawa Virus H1N1 telah menular ke seluruh dunia termasuk di daerah kita dan berada pada Tahap 6
Sehubungan itu, sila patuhi arahan-arahan berikut demi menangani isu berkenaan:
1. Bagi guru dan staf di Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah TIDAK DIGALAKKAN berkunjung ke luar negara atau menghadiri aktiviti-akviti yang melibatkan kumpulan orang ramai, walaupun kebenaran telah diberikan oleh Ketua Jabatan.
2. Sekiranya lawatan tersebut tidak dapat dielakkan dan atas urusan persendirian, pegawai tersebut hendaklah mengambil cuti tambahan untuk tujuan kaurantin sekembalinya dari luar negara.
3. Bagi lawatan 'terpaksa' dilaksanakan juga, sila rujuk dan dapatkan kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia (Penganjur).
4. Bagi sekolah yang menerima lawatan dari luar negara sila berhubung terus dengan Bahagian Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan patuhi prosedur yang telah ditetapkan.
5. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua/Guru Besar untuk memaklumkan status terkini H1N1 sekolah tuan kepada Pengarah Pelajaran Perak / Pegawai Pelajaran Daerah dengan kadar SEGERA!.
Arahan penting ini berkuatkuasa serta merta untuk dipatuhi sehingga pada satu masa yang akan dimakumkan mengikut keadaan semasa.
Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
t.t
Pegawai Pelajaran Daerah Kerian.
30 Julai 2009
WALLAHU'ALAM
3 comments:
huhu , baru baik demam, sik baik bukan h1n1
Salam faz... demam sebab banyak makan durian kot? :)
assalamualaikum ustaz... saya azwani anak murid ustaz kelas 4pku... cantik la gmbr 2 (he3) ustaz cerita la tntg tabarruj yang sya tanya ari2.blh diaorg dpt pengetahuan tntg cara2 berpakaian dalam islam....
Post a Comment