Pada suatu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta kepada Rasulullah SAW agar memberi dia satu jawatan . Tapi, Nabi SAW menolaknya.Sambil menepuk-nepuk pundak sahabatnya itu, kepadanya Nabi SAW berkata, ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan benar dan melaksanakan tugas dan kewajibannya dengan benar pula.'' (HR Bukhari).
Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik boleh menjadi sumber bala bagi orang yang tidak mampu dan tidak bertanggung jawab.Sebaliknya, kata Imam Nawawi lagi, politik dapat pula menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggung jawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua.Boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.
Ia boleh menjadi baik jika tiga syarat ini ada, seperti disebut dalam hadis di atas, iaitu (1)berada di tangan orang yang baik dan berkebolehan, (2)diperolehi dengan cara yang adil dan benar dan bukannya dengan cara merampas terutamanya hak rakyat, dan (3)dipergunakan untuk sebesar-besarnya bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Sayangnya, dalam percaturan politik, orang kerap hanya bicara satu hal, iaitu bagaimana merebut kekuasaan dan mendapat kuasa, bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta mempertanggungjawabkannya kepada rakyat, dan terlebih lagi kepada Tuhan Rabbul Alam, Allah SWT. Diakui, kuasa memang sangat sangat di idamkan oleh semua orang, terutama orang politik dan parti parti politik. Sebab, dengan kuasa, orang membayangkan dapat mencapai semua impian dan keinginannya. Imam Ghazali berkata, dibandingkan harta, kuasa dan tahta jauh lebih menggoda.
Begitulah besarnya amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Amanah bukan untuk dipinta…. Tetapi untuk ditunaikan. Setiap manusia akan dipersoal tentang tanggungjawab yang dipikulnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Kamu semua adalah pengembala…. dan setiap kamu akan dipersoal tentang apa yang kamu gembalai…. Dalam konteks politik… yang digembalai ialah ‘rakyat’.
والله اعلم
2 comments:
kecewa bila nilai2 islam mula dipinggirkan dlm dlm segala hal..
Salam shah...
Kita di Malaysia ni agak mewah dengan syiar Islam.. masjid cantik-cantik..sambut maulid sebulan lebih.. berhari raya bukan main lagi.. yang tak puasa pun ramai... tapi raya nak sambut juga... baju raya lima enam pasang..... dah lari dari tujuan asal. Sepatutnya pemimpin kena tegur perkara ni... bukan biar je kat ahli agama yang bercakap hal-hal ni. Pemimpin kena jadi contoh terbaik... bukan syiar yang perlu diagungkan.. tetapi syariat yang harus ditegakkan. Masalahnya kalau pemimpin buat tak kisah dengan syariat... sudah tentu nilai2 Islam itu dengan sendirinya akan dipinggirkan.
Post a Comment