TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Tuesday, August 25, 2009

RENUNGAN : YANG TERBAIK DAN YANG TERBURUK


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Oleh yang demikian... marilah kita sama-sama menjaga hati dan lidah dari rosak binasa.

Renung renungkan........ Manusia boleh mengatur bicara agar nampak manis... tetapi bicara yang manis itu mungkin diatur oleh hati yang rosak dan bertujuan untuk merosakkan orang lain.


Firman Allah SWT :
Ada di kalangan manusia yang percakapannya tentang kehidupan dunia menarik hati kamu, lalu Allah perlihatkan apa-apa yang ada dalam hatinya. Dialah sejahat-jahat musuh.
(Al-Baqarah : ayat 204)


والله اعلم

5 comments:

zai said...

Salam Saifun..

Dah lama tak menjengah keblog saifun sbb kesibukan kat ofis dan dengan aktiviti2 menambah amal dibulan ramadhan..pastu balik keje awal plak..tapi rindu sangat2 nak menjengah kesini harini dan tersenyum sumbing sorang2 tengok gambar kat atas tu dan trima kasih jua atas tazkirah berkenaan lidah dan hati...sangat terkesan dibulan puasa ni.

Dida... said...

Salam Ustaz..

Sangat setuju dengan artikel ini... manusia jika tidak menjaga hati dan lidahnya mmg akan kelihatan buruk akhlaknya dan begitulah sebaliknya.. hati dan lidah yg dipelihara dgn baik.. indahnya akhlak akan membuat semua orang sayang padanya.. sebagai contoh terbaik sepanjang zaman adalah Nabi kita.. Nabi Muhammad SAW...

Walaupun kita tidak pernah melihat baginda.. seerahnya sudah cukup membuktikan bahawa baginda mempunyai sebaik2 dan semulia2 akhlak..

SaiFuN NizAm S.Ag said...

Salam Kak Zai....

Tak pe Kak Zai... saya faham sebab dah baca artikel akak kat blog. Masing-masing ada tugas tersendiri. :)

Erk... senyum sumbing ke senyum kambing kak?.. hehe

SaiFuN NizAm S.Ag said...

Salam ukhti Dida....

Kerana mulut badan binasa... dalam kitab Mau'idzatul Lil Mu'minin ada dinyatakan tentang 'Afaatul Lisan'... bahaya lisan dan lidah ini..

Hadis Rasulullah juga ada menyebut golongan yang tidak mengawal lidah dan sering mengadu domba serta menghasut tidak akan masuk syurga.

Tentang hati.... banyak disebut di dalam Al-Quran tentang hati yang rosak... hati yang rosak andai tidak diubati akan mati. Bila hati sudah mati... jauhlah dari rahmat Allah.

Unknown said...

sememangnya apa yg dilafazkan melalui lidah semuanya datangnya dr hati ..baik percakapan , mulia lah hati itu ..

Related Posts with Thumbnails