السلام عليكم و رحمة الله
Sahabat-sahabat sekalian.... berikut adalah gambar yang saya terima melalui emel dari seorang sahabat. Gambar menunjukkan sekumpulan anak ikan pari yang melakukan 'penghijrahan' secara besar-besaran'. Subhanallah.... Apa yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia? Sudah tentulah kalimah 'hijrah' itu sendiri. Haiwan tidak mempunyai akal untuk berfikir... mereka melaksanakan sesuatu perkara berdasarkan ilham. Dengan ilham ini mereka mampu mengawal diri... mempertahankan dan mengenal pasti sesuatu perkara untuk kebaikan mereka. Perpindahan sekumpulan pari ini mungkin untuk menyelamatkan diri atau menuju ke satu lokasi yang dikenalpasti lebih sesuai untuk kehidupan mereka. Bagaimana dengan kita? Adakah kita terfikir untuk memperbaiki diri kita? Sesungguhnya tempat akhir kita adalah akhirat. Dunia hanyalah tempat persinggahan dan dari hari kehari secara tidak sedar... kita semakin dekat dengan ajal... kita tidak boleh melarikan diri... seolah-olah ada magnet yang amat kuat menarik kita menuju ke sana... tidak dapat dihindarkan walau dengan apa cara sekalipun.... mari kita renung dan fikirkan bersama. Moga ada manfaatnya InsyaAllah......
والله اعلم
4 comments:
Salam Saifun,
Subhanallah betapa indahnya suasana dialam lautan..kalaulah kak zai ni boleh hidup dlm laut mcm ikan tu..rasa2nya nak juga meneroka ke dalam lautan melihat isinya tapi kak zai tak pandai berenang..kalau dah jatuh kelaut timbul kepermukaan mungkin dah kembung kot agaknya...
hehehe..silap2 orang sangka ikan buntal plak.
Salam Kak Zai.... ikhs akak ni. Allah dah bagi jadi orang.. nak jadi ikan pulak. Hehe... tapi elok jugak kalau mengira haiwan kebanyakannya taat perintah Allah... tapi manusia susah nak taat. :)
Salam Ustaz..
Subhanallah... panorama yg menakjubkan... air yg jernih dan ikan pari bersusun2... first time tengok ni... saya sentiasa kagum dgn ciptaan dan kejadian Allah..
Salam Ya Ukhti Dida... sebenarnya masih banyak ilmu Allah di dasar lautan yang tidak diterokai oleh manusia. Ada juga ilmu yang tidak akan diketahui sampailah yaumil qiyamah. Saya ada seorang sahabat... abangnya seorang penyelam beritahu pernah ternampak makhluk seperti gajah di dasar lautan. Mengikut apa yang saya dengar... setiap apa yang ada di darat... akan ada di laut.. tidak mustahil kerana Allah yang menciptakan. Wallahu'alam.
Post a Comment