TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Monday, August 24, 2009

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian… Salam Ramadhan Kareem. Ramadhan kali ini saya penuhi dengan beberapa aktiviti rutin seperti di sebelah petangnya qiraatul quran wa tahsinuhu… . Di sebelah malamnya seperti mana biasa…. Solat tarawih.. witir, menelaah kitab-kitab rujukan, bahan bacaan samada melalui internet atau buku-buku sedia ada…. dan melayari blog sahabat-sahabat serta melakukan beberapa solat sunah lain di sebelah awal pagi sebelum sahur.

Saya sebenarnya tergerak hati untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu bahan bacaan ilmiah yang amat menarik dan sangat berguna untuk panduan kita semua terutamanya perkara-perkara yang melibatkan pengurusan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah. Bahan yang saya makudkan ialah sebuah buku berjudul INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karangan bersama Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid, seorang pensyarah di Pusat Matrikulasi UIA dan sedang bertungkus lumus menyiapkan pengajiannya di peringkat PHD. Buku ini diterbitkan oleh TELAGA BIRU SDN BHD... sebuah syarikat yang senantiasa mengambil berat tentang qualiti sesuatu produk yang akan dihasilkan.

Mungkin ada sahabat-sahabat yang sudah memilikinya. Andai belum…. Bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. Saya beri jaminan…. Buku yang berharga RM55 (belum diskaun) ini amat berbaloi untuk dimiliki. Saya beri Five stars untuk buku ini.

والله اعلم

4 comments:

Pn Kartini said...

salam..
Sememangnya buku ini banyak panduannya..dan agak tidak keterlaluan jika disarankan dijadikan buku ini sbg koleksi setiap keluarga!!

p/s Tlh hadiahkan utk ayahanda & bila Mak bonda tgk..terus mohon belikan 6 buah lagi utk dihadiahkan pula pada anak2nya!!:):)

SaiFuN said...

Salam Pn Kartini..

For inform saya ni kalau nak beli buku memilih orangnya. Tgk dulu isi kandungan dan samada ianya sesuai dan mudah difahami atau tidak oleh orang lain. Kita beli bukan untuk kita je baca... anak isteri pun nak baca jugak. Kecuali buku-buku yang memang ada kaitan dengan bidang study saya sewaktu di Universiti. So.. bila melihat isi kandungan buku ni... saya tak berfikir panjang untuk menjadikannya salah satu bahan rujukan yang penting untuk saya dan keluarga.

Saya amat setuju dengan pendapat Pn Kartini.... buku ini perlu dimiliki oleh setiap keluarga sebagai bahan rujukan dan panduan.

secangkir madu merah said...

sebuah buku yg patut dimiliki, pengisian yg berfaedah dan berguna buat rujukan

Anonymous said...

salam.sahabat2 di penang,alor setar@rawang yang nak buku ni,dijamin murah dari harga pasaran,contek 0125348346.terhad sahaja -mie

Related Posts with Thumbnails