TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Saturday, August 15, 2009

DUA JENIS LUPA : DUA-DUA MOHON DIHINDARI….

السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian….
Artikel kali ini adalah berkaitan dengan satu penyakit yang hanya menyerang makhluk bernama manusia iaitu LUPA. Saya katakan demikian kerana saya belum pernah mendengar haiwan bersifat pelupa. Begitu juga malaikat… tidak pernah lupa menjalankan tangungjawabnya melaksanakan arahan dan perintah Allah S.W.T


Firman Allah SWT :
Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
(Al-An’am : ayat 61)

Syaithan pula tidak pernah lupa dan senantiasa mengintai peluang untuk menyesatkan manusia.

Firman Allah SWT :
Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).
(Al-A’raf : ayat 202)

Yang lupa hanya manusia…..lupa letak kat mana, lupa nak beli apa, lupa tarikh lahir sendiri. Kalau lupa jenis yang pertama ni…. Ada masalah pada daya ingatannya ( saraf minda) disebabkan beberapa perkara :

Antara penyebabnya adalah: -

* Makan kepala ikan
* Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
* Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
* Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
* Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya.Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil "dopamin" akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah buah anggur hitam, madu lebah,halia, buah badam, susu, air zam zam, kismis, jus karot & epal, kurma, tempe dan soya.

Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Jenis kedua ni lebih berbahaya. Ingatannya kuat… tak de masalah… bab temu janji tak pernah lupa, baca buku sepintas lalu pun dah boleh jawab exam dengan mudah. Allah berikan ingatan yang baik…. Yang jadi masalahnya lupa pula dia kepada Allah SWT. Lupa daratan, lupa dosa, pahala, syurga, neraka, LUPA yang dia akan mati satu hari nanti. LUPA jenis ni ada kaitan dengan penyakit hati….

Firman Allah SWT yang bermaksud:
orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.
(Al-‘Araf : ayat 51)

Rawatannya tak lain tak bukan :
1. Banyakkan Zikir
2. Membaca Al-Quran
3. Solat Fardhu dan sunat
4. Muhasabah diri selalu
5. Majlis Ilmu
6. Puasa fardhu dan sunat

Panduan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara menghindarkan penyakit LUPA samada disebabkan oleh penyakit minda ataupun hati. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.

Semoga Allah SWT… memelihara kita dari penyakit ini. Manusia sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk merawat penyakit fizikal. Sebabnya takut kepada mati. Tapi kadang kala malas untuk merawat penyakit hati. Penyakit fizikal boleh menyebabkan kita mati… tapi penyakit hati boleh menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka Allah. Manusia yang punya penyakit hati hanya akan rujuk kepada Allah andai ditimpa bahaya, sakit dan kesusahan. Bila dah rasa selamat, selesa, sihat dan senang lenang… maka penyakit LUPA itu datang kembali. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T sebagaimana maksud firmanNya :

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.
(Az-Zumar : ayat 8)

Terapi hati yang dinyatakan di atas adalah free of charge. Ramadhan hampir tiba…. Jom kita sama-sama rebut peluang ini.

والله اعلم

2 comments:

Dida... said...

Salam..

Terima kasih Ustaz.. artikel yg bagus utk peringatan bersama... moga sesiapa yg 'LUPA' terbaca artikel ini akan insaf dan segera bertaubat dan melakukan segala perintah Allah dan memperbaiki dirinya...

SaiFuN said...

Salam Ya Ukhti Disa...

Memang manusia selalu terlupa atau sengaja melupakan... :). Mohon Allah hindarkan dari sifat ini terutamanya yang jenis kedua tu...

Related Posts with Thumbnails