TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, August 28, 2009

CORETAN : BERITA SERAM SEJUK

السلا عليكم و رحمة الله

Kalangan pencinta ilmu dan agama tentunya terkejut dengan tersebarnya msg yang memberitahu bahawa tokoh agama dan perubatan Islam terkenal, Dato’ Ustaz Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah.

Sebelum subuh tadi saya juga menerima satu sms yang berbunyi :

”Alfatihah untuk Ustaz Ismail Kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi….. satu kehilangan besar buat agama dan negara.Alfatihah…semoga Allah mencucuri rahmah kepadanya”.Tlg forward sama-sama.”

Samada nak percaya atau tidak… badan dah seram sejuk. Saya ambil keputusan forwardkan msg tersebut kepada beberapa orang ahli keluarga dan sahabat terdekat untuk respon dari mereka.

Belum sempat saya menerima respon dari keluarga dan rakan-rakan…. Saya terima satu lagi msg yang berbunyi :

“ Ust. Dato’ Ismail Kamus baru kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Satu kehilangan besar dalam gerakan Islam tanahair”.

Lagi bingung saya dibuatnya memandangkan Dato’ Ustaz Ismail Kamus adalah salah seorang tokoh agama yang amat saya kagumi di negara ini.

Setelah menalipon dan mencari sumber-sumber sahih, nyata bahawa msg tersebut bersifat palsu dan tidak boleh dipercayai. Dato’ Ismail Kamus sekarang sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah….. semoga beliau senantiasa diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus memberikan sumbangan ilmu dan dakwahnya kepada masyarakat.

Begitulah berita seram sejuk yang saya terima awal subuh tadi.


والله اعلم

2 comments:

Dida... said...

Salam Ustaz..

Siapa la yg suka menebarkan cerita palsu di bulan2 ramadhan ni kan? yg untung.. syarikat komunikasi jugak... ish..ish..ish.. saya akan merasa paling sedih bila ada ulamak2 terkenal di Malaysia meninggal dunia... dan akan terfikir.. siapalah yg akan mengganti tempat mereka.. pasti tak kan sama... terutama TGNA... Ya Allah, panjangkanlah umur Ulamak2 ini agar dapat sentiasa menyinari bumi Malaysia...

Tp jika sudah ketentuanNya... kami redha..

SaiFuN said...

Salam Dida...

Tak taulah apa motif orang yang buat sms tu. Saya tak salahkan tukang forward... tapi insan yang mula-mula menaip msg sebegitu... tak selidik betul-betul... tapi husnuz dzan lah. Mgkn dia tersalah sangka kot... yang meninggal Prof Ismail... nama sama.. tapi memanglah... yang untung syarikat telekomunikasi... yang seram sejuk kite.. :)

Related Posts with Thumbnails