Oleh : Ibrahim Abdullah
POLITIK dengan ulama tidak dapat dipisahkan. Sejarah sosial politik ummah membuktikan kalangan ulama sentiasa aktif dalam dinamik berbangsa dan bernegara.
Namun, tidak dinafikan adanya ulama politik iaitu ulama yang mengikut kehendak parti politik dan pentadbiran. Akibatnya, ulama kerap terjebak stigma politik bercorak negatif dan akhirnya mengurangi kredibiliti ulama itu sendiri.
Ada mendakwa ulama jika sudah terjun ke dunia politik sama halnya dengan pentadbir atau pemerintah. Ini adalah karakter ulama politik mengikut arus politik. Namun, yang harus dibangun dan dibina adalah politik ulama.
Maksudnya, parti politik harus mengikut bimbingan dan arahan ulama yang luas ilmu serta tinggi moral. Ulama juga perlu bersikap aktif dalam merentas pelbagai bentuk penyimpangan politik selain menanamkan nilai ulama dalam diri..
Ulama bukan sebagai simbol, tetapi nilai ulamanya yang tertanam sehingga menjadi benteng terhadap pelbagai bentuk penyimpangan politik.
Pengertian ulama secara etimologi bererti orang yang berpengetahuan. Secara terminologi, ulama adalah orang yang mampu menghasilkan ilmunya kepada rasa takut dan kagum kepada Allah untuk mengamalkan ilmunya serta memanfaatkan demi kepentingan makhluk Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang takut dan kagum kepada Allah daripada hamba-Nya hanyalah ulama." (Surah Fatir, ayat 27-28)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ulama adalah pewaris Nabi." Hadis itu menjelaskan pentingnya ulama meneruskan misi kenabian di muka bumi ini. Ulama berperanan menegakkan hukum Allah, memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta mementingkan kesejahteraan umat Islam.
Oleh itu dapat difahami ulama ada yang baik serta benar dan sebaliknya. Ulama yang baik dapat membina dan membangun bangsa serta negara menjadi lebih baik. Inilah politik ulama yang mengubah keadaan demi kebaikan semua.
Ulama politik menggunakan ilmu untuk kepentingan peribadi atau kelompoknya saja. Karakter ulama ini dapat dilihat melalui amalan tidak sesuai dengan ilmunya.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Aku akan memalingkan orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan benar daripada tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah mereka mendustakan ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya. " (Surah al-A'raf, ayat 146)
Menurut az-Zahabi, ulama yang tidak benar adalah yang mempercantik kezaliman dan ketidakadilan dilakukan penguasa. Ulama yang memutarbelitkan kebatilan menjadi kebenaran untuk penguasa atau ulama yang diam saja di hadapan penguasa pada hal dia mampu menjelaskan kebenaran.
Khalifah Umar al-Khattab bertanya kepada Ka'ab: "Apa yang mengeluarkan ilmu dari hati ulama?" Ka'ab menjawab: Ketamakan." Keluarnya ilmu daripada hati ertinya ilmu itu sudah tidak berpengaruh dan tidak lagi dijadikan tuntutan.
Ulama yang tidak benar juga tidak melakukan apa yang dikata. Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sungguh besar kemurkaan Allah bagi orang yang pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkannya. " (Surah as-Saf, ayat 2-3)
Adapun politik ulama adalah ulama sebenarnya. Ulama yang benar beramal sesuai dengan ilmunya, berani mengatakan kebenaran di hadapan penguasa dan menegakkan keadilan di hadapan penguasa yang zalim. Ulama yang meluruskan dan mengarahkan penguasa selalu berada di jalan benar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jihad utama adalah menegakkan kebenaran pada penguasa yang zalim."
Sa'adi berkata, seorang raja yang zalim berkenan memanggil seorang ulama ke istananya untuk memberi nasihat. Ketika ulama itu datang, raja berkata: "Berikan aku nasihat, amalan apa yang paling utama aku lakukan sebagai bekalku kelak di akhirat? Ulama menjawab: Amalan terbaik untuk baginda adalah tidur. Raja itu kehairanan: Mengapa? Jawab ulama: Kerana ketika raja tidur, rakyat dapat beristirahat daripada kezaliman."
Ulama benar juga tidak tamak terhadap kehidupan dunia, tidak sombong dengan ilmu dimilikinya dan sesuai antara perkataan dengan perbuatannya.
Karakter seperti inilah yang disebut politik ulama yang dapat memainkan peranannya membangun dan membina bangsa serta bernegara. Sekurang-kurangnya tanggungjawab ulama dapat dioptimumkan.

والله اعلم
2 comments:
Salam Saifun,
Tadi dgr ceramah dpd CD ttg ayat 26 surah At-Takwir ayat 26; Allah bertanya "Ke manakah kamu akan pergi" diterangkan bahawa kenapa Allah jdkan manusia. Soalan ini khusus utk manusia apabila tujuan hidup mereka telah lari dp tujuan Allah jadikan.. lalu pemimpin/ulama/ibu/ayah/anak2 muda dan semuanyalah yg dikategorikan sebagai gembala akan ditanya ttg yg dijaganya dan ttg tanggungjawab yg perlu dilaksanakan utk menuju Allah.
Bagi kak, apa yg berlaku ini krn tak mahu kembali kpd al-Quran dan sunnah. Itu je..
Salam Kak Werdah...
Benar kak... titik pangkalnya adalah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul. Dakwah bukan satu perkara mudah... andai terpesong hadafnya... rosaklah ia.
Post a Comment