TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Thursday, October 15, 2009

KOLEKSI SURUHAN DALAM AL-QURAN (2)


SURUHAN MEMELIHARA SOLAT DENGAN SEBAIK BAIKNYA
[al baqarah Ayat : 238]
Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan khusyuk.
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah, sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

SURUHAN AGAR KAUM LELAKI MEMELIHARA PANDANGAN MEREKA
[AN NUR Ayat : 30]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan.

SURUHAN AGAR JANGAN SUKA MEMFITNAH PADA WANITA YANG BAIK
[AN NUR Ayat : 4]
Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN AGAR KAUM WANITA MEMELIHARA PANDANGAN DAN BERADAB SOPAN
[AN NUR Ayat : 31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Terjemahan " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

SURUHAN AGAR MENGADAKAN SAKSI2 JIKA ISTERI DITUDUH BERZINA SERTA TATACARANYA
[AN NUR Ayat : 6-9]
Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta;Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.

SURUHAN AGAR MEMINTA IZIN UNTUK MEMASUKI RUMAH ORANG
[AN NUR Ayat : 27-29]
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu baliklah, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

SURUHAN AGAR BERKAHWIN
[AN NUR Ayat : 32-33]
Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.Dan orang yang tidak mampu berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, dan hamba-hamba kamu yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan bayaran tertentu), maka laksanakan oleh kamu jika kamu mengetahui kebaikannya pada diri mereka, dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan barang sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan mereka itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN WANITA KEMATIAN SUAMI BERIDDAH 4 BULAN 10 HARI
[AL BAQARAH Ayat : 234-237]
Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui apa jua yang kamu lakukan.
Dan tidak ada salahnya bagimu secara sindiran, meminang perempuan, atau menyimpan dalam hati (keinginan mengahwini mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut mengingati mereka, akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit, selain dari menyebut kata-kata yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.Tidaklah salah jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka dan berilah Mutaah kepada mereka. Suami yang senang menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajiban atas orang (yang mahu) berbuat kebaikan.Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya (tidak menintutnya) ; atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya. Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

SURUHAN MENAFKAH SEBAHAGIAN HARTA SEBELUM DATANGNYA KIAMAT
[al baqarah Ayat : 254]
Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim

SURUHAN MEMBERI BANTUAN DENGAN HASIL YANG BAIK
[al baqarah Ayat : 267]
Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

SURUHAN MEMBERIKAN SAGUHATI PADA ISTERI2 YANG DICERAIKAN SUAMINYA
[AL BAQARAH Ayat : 241]
Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat Mutaah dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang takwa.

SURUHAN AGAR MENDIDIK ANAK TENTANG AURAT
[AN NUR Ayat : 58-60]
Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah salat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang tersebut dahulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

SURUHAN MEMBUKUKAN HUTANG2 DENGAN TERATUR AGAR JANGAN JADI PERSELISIHAN[al baqarah Ayat : 282]
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika seorang dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu lupa maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails