TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Sunday, October 04, 2009

RENUNGAN BUAT SUAMI TERHEBAT : HEBATKAH ANDA??


Oleh : Zailina Mahmud

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.


والله اعلم

4 comments:

zai said...

Salam Saifun...

Entri yang sangat menarik utk dikongsikan..nak kena print dan bagi suami kak zai baca ni sbb dia mmg jarang buka blog..hehehe..mana taukan lepas baca tazkirah ni dia berubah jadi lebih baik sbb sekarang baru 60% jer yg sama kat entri tu..

Saifun jangan lupa mengamalkannya yer..nnti bolehler jadi suami contoh hehehe.

SaiFuN said...

Salam kak... :).. hehe. Saya pun tengah belajar menjadi suami terhebat lah ni...

Setakat ni yang ada masalah sikit hat no.4 tu la.... bab-bab basuh ayam.. ikan.. memang keje kita lah. Tapi bab masak ni surrender la sikit.... takat masak nasi goreng... telor goreng... maggi goreng boleh la... hehe.

Dulu masa study masak sendiri jugak.... tapi pakai belasah je la. :)

Ada la tengok isteri masak... tapi bila try tak berapa menjadi la pulak. Agaknya memang tugas saya tolog basuh ayam.. siang ikan je kot.. Hehe.

zai said...

Salam Saifun..

Sebenarnya heran lak kak zai nape ada sesetengah lelaki tak nak belajar memasak sedangkan yg menjadi tukang masak professional semenya lelaki..diaorang sebenarnya lebih praktikal..lebih hebat dari kaum wanita sebenarnya tapi nak tergelak gak dgn komen saifun kat perenggan 4 tu..sebijik cam suami kak zai..tak berapa suka nak buat benda2 tu..dah cuba buat n taste bagi kak zai rasa mmg kelakar gile rasa masakannya ada ke nasi goreng..lps tumis bawang masukkan nasi dan sos tomato itu jer..bila siap masak tunggu kak zai balik dari keje bagi kak zai test...

Alahai nak amik hati punya pasal cakap seeeeeeddddapnya pandai abang masak...!!! tapi sebenarnya tak tertelan dek tekak..itulah perkara yg masih kak zai ingat smpi sekarang..kelakar sangat rasanya.

SaiFuN said...

Salam Kak… untuk pengetahuan akak… tapi ni rahsia kita dua orang je yek… jangan bagi tau orang lain.. seperti mana pemberitahuan akak, macam tu la saya masak nasi goreng. Cumanya saya ni ‘advance’nya bukan apa…. selalu sangat menambah ‘ingredient’…kira main campak-campak le. Bila dah macam-macam ‘ingredient’ tu jadi la nasi goreng berasa-rasa. Suami Kak Zai kira hebat la boleh masak nasi goreng tiga rasa. 1. rasa nasi 2. rasa bawang tumis 3. rasa sos. Hehe…gurau je.

Bab masak-masak ni pulak… kebanyakkan tukang masak pro memang lelaki. Pendapat saya la…. Kerja yang sesuai untuk lelaki sebab diorang kena masak tak kira masa especially kat hotel, restoran 24 jam dll. Bagi orang perempuan payah sikit sebab lebih tumpu kepada dapur rumah. Kat kenduri kawin pun sama kalau kita tengok… lelaki masak reasonnya cepat sikit… lelaki ni buat kerja serba cepat… boleh angkat periuk sambil lari. Cuba bayangkan kalau orang perempuan bawak periuk belanga sambil lari.. hmmm. Satu lagi orang lelaki masa kecik diorang tak suka main masak-masak…. Kalau masak sambil main… memang tak boleh la nak jadi professional… hehe.. betul tak?

Satu lagi…. Pendapat saya … lelaki ni bukan tak nak belajar masak… tapi kekangan kerja lain. Ada sesetengah yang bekerja tu tengok dapur pun tak sempat… makan luar je.. pakai tak reti masak le jawabnya. :)

Related Posts with Thumbnails