TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Sunday, October 11, 2009

AMANAT PENTING RASULULLAH S.A.W DALAM PERNIAGAAN


Nabi Muhammad s. a. w. sebagaimana yang kita ketahui, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib setelah kematian datuknya, Abdul Muttalib.

Semenjak kecil lagi, baginda Rasulullah telah memperlihatkan kemuliaan akhlaknya serta keelokan budi pekertinya. Baginda pernah melakukan kerja-kerja menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. Bermula dari sinilah titik tolak baginda menjalankan kerja-kerja perniagaan. Ketika baginda berusia dua belas tahun, baginda mengikut bapa saudaranya ke Syam atas urusan perniagaan.

Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. Perjalanan ini merupakan perjalanan yang pertama dilakukan di luar Kota Mekah. Dalam perjalanan itu, baginda telah mengenali dunia perdagangan, menyaksikan peninggalan-peninggalan yang masih terdapat di daerah-daerah yang telah dilalui baginda dan melihat adat tradisi yang diamalkan oleh penduduk-penduduk negeri tersebut.

Pengalaman menjalankan peniagaan bapa saudaranya telah meninggalkan kesan yang jelas dalam diri baginda. Baginda dapat menjalankan perniagaan dengan baik serta mendapat keuntungan yang banyak. Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan di Mekah atau pun menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.

Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Sayidatina Khadijah adalah seorang janda kaya dan saudagar yang masyhur. Beliau terkenal dengan kemuliaan budi pekertinya dan kekayaan hartanya.

Pada kali ini, baginda pergi ke Syam dengan ditemani oleh Maisarah iaitu pembantu Khadijah yang amanah, baik hati dan ikhlas. Pada suatu hari, ketika baginda menjalankan perniagaan di Syam, telah berlaku pertengkaran kecil di antara orang yang datang membeli dengan baginda. Orang itu meminta baginda bersumpah dengan nama dua patung ‘latta’ dan ‘uzza’ yang dipuja dan disembah oleh orang Arab ketika itu.

Baginda menjawab dengan lembut tetapi tegas. Baginda mengatakan bahawa baginda tidak akan sekali-kali bersumpah dengan dua patung yang dibencinya itu. Keadaan ini memperlihatkan bahawa baginda rasulullah tidak sekali-kali melakukan perkara-perkara yang dilarang agama khususnya dalam perkara aqidah biar pun hal tersebut boleh membawa faedah duniawi. Baginda sentiasa mengingatkan umatnya supaya tidak selalu bersumpah kerana baginda pernah bersabda yang bermaksud:

"Elakkanlah daripada terlalu banyak bersumpah ketika menjalankan urusan perniagaan kerana ia dapat menarik pelanggan dengan mudah tetapi menghapuskan keberkatan." Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran, amanah serta ikhlas sehingga baginda mampu memperdagangkan barang-barang Khadijah dengan mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada apa yang diperolehi oleh orang lain sebelumnya.

Pengajaran Daripada Sirah ini:

1. Rasulullah merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: "Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama baginda).

2. Baginda mengutamakan keredhaan Allah dan keberkatan mencari rezeki yang halal supaya perniagaan sentiasa berada dalam garisan syariat dan terhindar daripada corak perniagaan orang-orang kafir yang terdapat unsur penipuan, riba’, pengurangan dalam timbangan dan lain-lain. Oleh itu, kejujuran, amanah, menjaga segala gerak geri dan tutur kata amat penting bagi seorang ahli perniagaan kerana sifat-sifat mulia itu akan menjadikan seseorang peniaga itu dipercayai. Rasulullah melarang jual beli barang yang mengandungi unsur tipu daya.

3. Rasulullah bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh baginda bagi tujuan perniagaan. Muamaalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: "Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan."

4. Semenjak usia baginda masih kecil lagi, baginda telah berusaha untuk menyara kehidupan dan tidak bergantung kepada bapa saudaranya. Baginda sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal seperti menjalankan perniagaan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi anak-anak muda pada masa kini.

5. Walaupun Rasulullah tidak mempunyai modal sendiri untuk berniaga, baginda sentiasa berusaha untuk menceburkan diri di dalam bidang ini dengan mengambil upah daripada orang-orang yang mempunyai modal tetapi tidak dapat melaburkan modalnya sendiri, mereka memerlukan orang lain untuk menjalankan perniagaanya.

6. Oleh kerana baginda Rasulullah telah bekerja sejak daripada muda lagi, baginda telah dikenali ramai dengan sifat kejujurannya dan ketekunannya dalam bekerja. Keadaan ini menyebabkan peluang baginda untuk menjalankan perniagaan orang-orang yang memerlukan bantuan adalah cerah.

7. Perniagaan baginda Rasulullah ke atas harta Khadijah memperlihatkan kepada kita tentang ebaik-baik harta adalah dari hasil sendiri yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat seluruhnya. Manakala seburuk-buruk kemewahan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat.

8. Selepas baginda Rasulullah berkahwin dengan Sayidatina Khadijah, baginda masih tetap menjalankan perniagaan seperti biasa dan menjadi pengurus dan rakan perniagaan isteri baginda sehinggalah baginda diangkat menjadi rasul.

9. Baginda Rasulullah bekerja sebagai saudagar hanya untuk memenuhi keperluan hidup baginda dan bukan untuk menjadi jutawan kerana baginda tidak pernah menunjukkan kecintaan terhadap kekayaan. Oleh itu baginda menceburkan diri dalam perniagaan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan memenuhi keperluan hidup seharian. Melalui penglibatannya dalam perniagaan, kita dapati bahawa baginda Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan keadilan. Sikap ini membuatkan pelanggan-pelanggan tidak pernah bersungut dan merasa berpuas hati dengan baginda. Tidak pernah terjadi pergaduhan di antara baginda dengan pelanggan. Segala masalah akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sikap jujur, adil, amanah dan bertanggungjawab adalah merupakan prinsip asas dalam perniagaan. Prinsip ini sepatutnya menjadi contoh teladan kepada para peniaga dalam menjalankan urusniaga perniagaan.

10. Baginda Rasulullah sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan."

11. Pertukaran barangan yang diadakan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam urusniaga perdagangan merupakan pertukaran yang sah dan halal. Allah melarang manusia daripada mengambil barang orang lain tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada mereka. Perkara ini penting untuk mengekalkan ketenteraman dan kesejahteraan di dalam masyarakat serta untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara ahli sesebuah masyarakat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa’ ayat 29: Bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan cara jual beli suka sama suka (redha meredhai) di antara kamu." ‘Jalan yang batil’ termasuklah semua jual beli yang mengikut jalan yang salah yang bertentangan dengan hukum-hukum prinsip Islam dan yang sesat serta tidak bermoral dan beretika. Semua perniagaan hendaklah dijalankan dengan persetujuan bersama bukan dengan jalan paksaan dan penipuan. Sabda Rasulullah s. a. w. Bermaksud: "Sesungguhnya jual beli itu hanya sah dengan cara redha meredhai (suka sama suka).

12. Riba’ dalam apa jua bentuk sekali pun adalah dilarang Allah, manakala semua jenis jual beli yang tidak terkeluar daripada syariat Islam adalah halal. Firman Allah SWT. Bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

Sumber : Majalah Muslimah Edisi Jun Sepuluh tahun yang lalu..


والله اعلم

4 comments:

Werdah said...

Salam Saifun,

Alangkah indahnya hidup jika semua peniaga menghayati sunnah Rasulullah dan menjadikan amanatnya sebagai pegangan hidup..

Allah juga mengingatkan peniaga2 dalam surah Al-Jumah ayat 9 & 10

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠)

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10)

Tentu Ustaz Saifun lebih memahami ayat2 ini.. iaitu Allah mengutamakan peniaga2 yg sentiasa sibuk bkn sahaja dalam perniagaan tetapi juga dgn amalan2 lainnya.. Wallahua'alam

SaiFuN said...

Salam sebelum Isya' Kak Werdah...

Terima kasih atas ulasan. Benar sekali... dalam hal mencari rezeki... jangan dicampur adukkan dengan perkara-perkara haram. Ramai orang yang mencari rezeki.... tapi tidak solat. Jadilah rezeki itu tidak barakah. Rezeki dari Allah.. tapi perintah Allah tidak dilaksanakan.

Sorry ringkas... nak pi masjid. Wallahu a'lam..

Pn Kartini said...

Salam Ustaz
Kdg2 bila hanya fikirkan keuntungan ..mata hati mjadi buta ....

SaiFuN said...

Salam Pn. Kartini...

Terima kasih ulasannya.. :)

Benar.. saya amat takut tentang itu. Saya sendiri lebih berhati-hati dalam urusan membabitkan muamalah. Takut rezeki yang diperolehi tidak barakah. Sia-sia pada amalan.

Related Posts with Thumbnails