TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Saturday, February 20, 2010

MUHASABAH DIRI : YA ALLAH...KU DAMBA REDHAMU..


TANDA-TANDA REDHA DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT ...

Adalah sukar untuk menentukan bahawa Allah S.W.T redha dan sayang kepada seseorang, melainkan perkara itu dikhabarkan oleh wahyuNya, sedangkan selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, segala urusan wahyu telah terputus. Walau bagaimana pun, para ulama bersetuju dan menegaskan bahawa terdapat beberapa tanda penting yang dikenalpasti sebagai faktor redha dan kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya.

1- Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim itu yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala pantang larangNya.

2- Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha, inilah golongan yang disebut oleh Allah dalam al-Quran “Dan orang-orang yang berjuang pada jalan Kami, akan Kami beri petunjuk kepada mereka dengan jalan kebenaran menuju Kami (Islam)’ (al-Ankabut:69)

3- Bersegera melakukan amal-amal kebajikan serta memelihara untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan.

4- Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar.

5- Mempertahankan kesucian agama Islam dengan mendalami ilmu-ilmu Islam yang menjadi wajib untuk dipelajari.

6- Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.

7- Sentiasa berakhlak mulia

8- Memelihara waktu dengan baik serta pendengaran dan pandangan hanya untuk perkara-perkara yang baik juga seperti yang dikehendaki Allah.

9- Redha dengan segala qada dan qadar Allah.

10-Berlapang dada dan suka kepada perkara yang memperkukuhkan iman kepada Allah.

11-Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya.

12-Bertindak sesuatu yang positif hingga disukai oleh Allah.

13-Mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W.

14-Kasih kepada semua kaum Muslimin dan berendah hati terhadap mereka.

15-Bertindak tegas terhadap orang-orang kafir tanpa tunduk kepada arahan mereka yang boleh menimbulkan fitnah sesama Islam.

16-Berjihad pada jalan Allah dengan penuh keikhlasan yang meliputi harta,tenaga dan nyawa.

17-Tidak rasa takut kepada manusia yang mahu menakutkannya dari menyokong kebenaran agama.

18-Melaksanakan segala kewajipan agama di samping perkara-perkara yang sunat seperti membaca al-Quran,menziarahi perkuburan, berzikir,membantu orang susah dan sebagainya

19-Kasih kepada saudara seagama kerana Allah.

20-Menghubungkan silaturrahim sesama Islam.

21-Menasihati saudara seagama mengenai kebenaran Islam dan memperjuangkannya hingga ke akhir hayat.

22-Saling dan sering menziarahi saudara seagama bagi memperelokkan hubungan serta mengambil berat urusan harian hidup mereka.

23-Rindu untuk bertemu Allah dengan segala bekalan dan persiapan yang mantap.

24-Suka untuk menyendiri bagi tujuan berzikir kepada Allah serta insafi segala kesalahan yang dilakukan.

25-Rasa lazat dengan amalan dan ketaatan kepada Allah.

26-Rasa takut untuk menunjuk-nunjuk amalan ketika berada di khalayak ramai.

والله اعلم

9 comments:

Mohamadazhan.com said...

masyaAllah, mudah2an diri kita terdidik untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah.amin

Werdah said...

Salam saifun,

terasa sukar namun kena sungguh-sungguh usahakan yang termampu.. insyaAllah

pecinta_Islam said...

salam ustaz..saya ada sedikit keliru tentang sesuatu perkara berkait dengan fahaman dalam beragama..saya harap ustaz sudi kiranya meluahkan pendapt ustaz.

saya ada mendengar khutbah oleh seorang ulama di youtube yang mana dikatakan rasulullah tiadalah bezanya dengan orang biasa yang lain sebelum baginda dilantik oleh Allah menjadi rasulullah.Malah dikatakan sewaktu kelahiran baginda tiada apa pun,baginda dikatakan seperti budak kampung biasa sahaja SEBELUM dilantik menjadi rasulullah.Dan selepas dilantik menjadi rasulullah barulah baginda mempunyai hubung kait dengan manusia.

apa pendapat ustaz tentang hujjah ini..harap ustaz sudi menerangkannya.

pecinta_Islam said...

ini linknya

http://www.youtube.com/watch?v=FHOEnKig9TE

mungkin ustaz akan lebih jelas jika mendengar sendiri terlebih dahulu sblm mengulas tentangnya

sebenarnya saya tidak pernah berani untuk menentang mana2 pendapat alim ulama..namun jika saya rasa sedikit keliru atau krng faham tentangnya saya lebih suka untuk merujuk dahulu pendapat dari ramai golongan agama.dan tidak sesekali saya melatah mahupun terus menentang..dalam kes ini saya juga ingin mendengar pendapat ustaz.dan pada masa yang sama saya akan mencari juga pendapat lain2 ustaz.dan barulah saya menilainya..

muga segala persoalan dan kekeliruan mampu terjawab.insyarallah..

pecinta_Islam said...
This comment has been removed by the author.
pecinta_Islam said...

saya merujuk pada keterangan pada minit ke 7.05 hingga 7.16..mungkin ada maksud tersirat,cuma saya shja yang tidak memahaminya

dan mintak ustaz jelaskan yang ini jg..maaf sshkan ustaz

http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc&feature=player_embedded

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Assalamualaikum warahmatullah...

Terima kasih kerana memberi ulasan dan meninggalkan sepatah dua kata. Apapun mohon izin saya mengulas serba sedikit persoalan yang diajukan oleh Syah...

Salam syah... alhamdulillah.. saya telah mendengar video tersebut walaupun sebenarnya saya mengalami masalah yang teruk untuk tengok video... masalah apa lagi kalau bukan masalah broadband ni.. video 10 minit terpaksa tunggu sampai 40-50 minit baru dapat tengok semua. :)..

Apa yang saya dapat simpulkan begini... kebetulan saya telah membaca sebuah buku yang ditulis oleh Syaikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfury yang berjudul Ar-Rahiqul Makhtum Bahstun Fis Sirah An-Nabawiyah. Buku ini pernah mendapat gelar sebagai buku terbaik penulisan Sirah Nabi S.A.W.

Baik.. saya tidak melihat satu kesalahan langsung apa yang diucapkan oleh TGNA itu. Beliau menyatakan Nabi Muhammad... adalah manusia biasa yang hidup seperti bayi dan kemudian kanak kanak dan kemudiannya remaja... sama seperti 'budak kampung biasa' kerana belum dilantik sebagai nabi dan rasul ketika itu. Rasulullah sendiri menjalankan kehidupan ala kampung seperti menternak biri-biri, bertani dan sebagainya. Hubungan antara Muhammad sebagai penyampai wahyu terhadap 'umat Muhammad' belum wujud sama sekali kerana Rasulullah SAW sendiri sebelum berusia 40 tahun belum 'terbeban' dengan tugas sebagai seorang nabi dan rasul.

TGNA sebut... tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga maknanya ketika umur nabi satu tahun, dua tahun, 3 tahun... yang namanya Muhammad itu masih manusia biasa sampailah umurnya 40 tahun barulah di angkat menjadi Rasul. Memang ada disebut bahwa Muhammad yang akan lahir itu sebagai seorang Rasul... tapi kita kena ingat, tanda menjadi rasul itu adalah dengan penurunan wahyu Allah. Tidak mungkin sebelum Allah menzahirkan tanda tersebut... kita boleh menganggap Muhammad itu sebagai Rasul. Ini sekadar contoh... tidak mungkin seseorang yang belum mengambil peperiksaan SPM.. kita kategorikan dia sebagai sudah lulus peperiksaan :)

Satu lagi... kadangkala apa yang TGNA cakap dalam ceramah... kita tak boleh baca secara tersurat... otak kita perlu berfikir untuk menghuraikan apa yang diperkatakan. Itulah yang seronoknya... :)..

Saya harap jelas... ringkasnya ginilah... sambut kelahiran Rasulullah itu dalam erti kata sebenar tidak wujud.. kerana apabila Muhammad lahir... baginda bukannya terus menjadi Nabi dan Rasul... tapi setelah 40 tahun kelahiran baginda, barulah baginda diangkat oleh Allah SWT. Apapun sama sekali tak salah kalau nak sambut... macam TGNA sebut, ianya disebabkan adat dan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Rasulullah kepada kita. Cumanya... kalau kita nak menghargai pengorbanan dan jasa Rasulullah... cubalah kita ikut sunnahnya mana yang termampu... bukan menentang ajaran baginda.

Wallahu a'lam... sekadar itu yang saya boleh jelaskan. Maafkan saya andai masih kurang jelas.. :)

pecinta_Islam said...

terima kasih ustaz..jauh di sudut hati saya ada juga rasa seperti yang ustaz ckp tu..mungkin ada maksud yang tersirat..dan saya juga sdh mula memahami maksud sbnrnye..maksudnya mungkin rasulullah cuma masyarakat biasa sahaja sehinggalah baginda dilantik menjadi rasulullah dan barulah baginda mempunyai hubung kait dengan manusia secara lansung yakni menyebarkan dakwah islam.ya saya fikir itulah yang diterangkan..bukannya nak cakap rasulullah x de kelebihan dari segi peribadinya dan juga tiada kejadian aneh yang pernah berlaku kpd dirinya..dan bukan pula nak cakap sifat rasulullah hanya seperti sifat orng kampung biasa sahaja..cuma nak cakap rasulullah hanya orang biasa yakni masih bukan rasul pada sebelum dilantik menjadi rasul..ya saya sependapat dengan ustaz dan saya fikir ustaz lebih memahami akannya.saya suka huraian ustaz dan pemahaman ustaz...

bila sy mntk pendapat seorng ustazh tentang pendapat ulama tersebut,beliau ckp rasulullah x sama dengan manusia biasa..bermula dari kelahirannya lagi dah ada tanda2.selain sifat maksumnya dan juga pelbagai kejadian aneh sejak dari baginda kecil lagi..bukannya salah huraian ustazah tersebut.amatlah tepat.malah saya juga menyakininya juga..cuma mungkin ustazah tersebut kurang faham maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh ulama tersebut dan saya lebih cenderung untuk menyatakan ustaz lebih memahami maksud tersirat huraian ulama tersebut..mungkin jika dilihat dari segi umum shja mmg tidak benar la,namun jika dilihat isi tersiratnya ada maksud lain..

seperti jg ilmu tasauf sheh abdul qadir al jailani..katanya untuk mendapat keredhaan Allah dan masuk syurga kena bunuh diri terlebih dahulu..namun jika ditafsir secara zahir maka salah lah dari segi hukum fiqahnya..tapi sbnrnye maksud yang tersirat yang ingin disampaikan beliau adalah membunuh sifat riak di dalam diri,membunuh sifat takabbur di dalam diri dan seumpama dengannya terlebih dahulu maka barulah boleh mendapat keredhaan dan syurga Allah selepas menyempurnakan yang lain juga..sungguh dalam maksudnya..huraian oleh orng tasauf shja mampu merungkaikannya..

apa2 pun terima kasih ustaz atas penerangan ustaz tu..sangat memuaskan hati saya:)

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Assalamulaikum Syah…

Menyambut sambutan maulid bagi saya sebenarnya bukanlah satu perkara sangat besar di dalam Islam. Namun ianya dituntut sebagai satu cara menyanjungi, mengingati, menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. Yang menjadi masalahnya ialah apabila perkara ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Saya lebih suka lafaz yang diguna pakai ialah “Hari Memperingati Kelahiran Muhammad S.A.W dan bukannya “Sambutan”. Cara mengingati ini bukan hanya dengan berarak, jamuan makan dll, namun yang lebih penting adalah mengingati kembali segala pengorbanan yang dilakukan baginda seterusnya diikuti dan diamalkan semampu mungkin. Rasulullah S.A.W menyatakan dalam hadis “ Sebaik-baik manusia adalah orang yang senantiasa mengingati mati”. Mengingati mati itu lebih baik dari mengingati hari kelahiran… namun ianya (mengingati tarikh kelahiran) tidak menjadi kesalahan sama sekali. Dalam kehidupan berkeluarga misalnya, Islam menyuruh para ibu dan bapa menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri anak itu lebih penting dari mengadakan sambutan pada setiap tahun kelahiran si anak. Apa guna setiap tahun buat jamuan besar semata-mata untuk menyambut ulangtahun kelahiran anak, tapi kewajipan mendidik anak kearah agama diabaikan. Begitu jugalah halnya maulid nabi. “Sambutan Maulid” ini sebenarnya bukanlah satu sunnah tetapi adat. Namun bagi saya ianya dituntut untuk menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. Sekiranya niat terpesong, hukum itu tadi boleh berubah menjadi makruh hatta haram. Buatlah perhimpunan ummah… adakan ceramah, ceritakan kisah-kisah baginda supaya kita sebagai ummat terasa lebih dekat dengan baginda, bersimpati dengan pengorbanan yang baginda lakukan, kerana Rasulullah itulah yang telah mengeluarkan manusia dari alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan cahaya Islam, iman dan taqwa. Wallahu ‘alam.

Related Posts with Thumbnails