sumber : paat.blog.friendster.com
Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zuhor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zuhor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, dia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.
Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh entah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak,.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa…". Dan 7 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…
cuba kita tanya diri kita sendiri…
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk ???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ?

-------------
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan keatasnya (kesejahteraan bagi ibu dan bapanya yang telah kembali ke rahmatullah). ‘ (Muttafaq alaih)..
Apakah asas utama dalam mendidik anak-anak?... Berdasarkan kepada kisah di atas, bukan hanya penerapan ilmu kepada anak amat penting, namun sikap istiqamah dalam memberikan contoh terbaik terhadap anak lebih penting dari segalanya. Kita selalu mendengar peribahasa “Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus”. Persoalan yang perlu kita jawab ialah, mampukah kita sebagai ibu atau bapa memberi contoh terbaik andai kita sendiri tidak berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa? Saya amat kagum dengan kisah keluarga tersebut. Dalam keadaan dunia tanpa sempadan ini, masih ada remaja yang begitu tekun melaksanakan perintah Allah dengan penuh keikhlasan hasil didikan ikhlas kedua orang tuanya. Semoga keluarga tersebut istiqamah meneruskan kehidupan berkeluarga dengan penuh sakinah dan rahmah. Amiin Ya Rabb..
Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak-anak menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.
Selain daripada bapa hendaklah bekerja dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak.
Antara tangungjawab ibu bapa dalam mendidik anak ialah:
1- Azan dan iqamat
2- Membelah mulut (tahnik)
3- Menyusukan anak
4- Memberi nama yang mempunyai erti atau maksud yang baik-baik.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud: Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya"
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
5- Bercukur
6- Aqiqah ; Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud :"Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama" (Hadis Riwayat Ahmad)
7- Berkhatan: Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: "Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita"
(Hadis Riwayat At- Tabrani)
8- Menanamkan asas-asas keimanan
9- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
10- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
11- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
12- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
13- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
14- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
15- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
16- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
17- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
18- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
19- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Semoga artikel ini memberi banyak manfaat kepada kita semua untuk menjadi ibu dan bapa terbaik. Sama samalah kita berusaha menjadi bapa yang soleh dan ibu yang solehah terlebih dahulu sebelum mengimpikan anak yang soleh.
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment