TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, February 05, 2010

PANDUAN : IMAM SOLAT


Assalamualaikum warahmatullah.. sahabat-sahabat sekalian. Berikut sedikit panduan ringkas bagi para imam. Semoga kita semua dapat menjadi imam terbaik untuk masyarakat dan keluarga. InsyaAllah.


Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

1- Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.

2- Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.

3- Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.

4- Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.

5- Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.

6- Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

1- Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan ta’awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.

2- Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.

3- Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.

Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

1- Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.

2- Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.

3- Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.

Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

1- Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.

2- Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.

3- Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke arah orang ramai.
والله اعلم

7 comments:

ijoks2009 said...

Salam ustaz,
singgah baca N try terbaru.

Werdah said...

Salam Saifun,

sama spt ijoks2009, singgah baca.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, cantiknya blog, banyaknya info, ustaz masih macam dulu sentiasa ingat mengingati...terima kasih.

syahbandar87 said...

sy fikir masih terdapat yg suka2 jerk nk jd iman..dan msh terdpt lg iman yg masih tidak menjaga disiplin2 tersebut...itulah kepentingannya mendengar dan terus belajar,spya yg krng dpt diperbaiki

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Assalamualaikum....

Terima kasih sudi singgah... saya rasa perkara ni amat penting untuk kita amalkan bersama. Menjadi imam yang baik merupakan asas penting terutamanya dalam membentuk institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan yang cemerlang. Banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu kita jaga seperti dari aspek bacaan, pergerakan dan lain-lain... Wallahu 'alam..

Anonymous said...

byk input yg baik .. terima kasih kongsi ilmu2 .. urm , ana minta nk share . ana buat koleksi ~

sitinureizyan rosli said...

mintak izin nk copy..tq

Related Posts with Thumbnails