TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, November 13, 2009

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU : LARANGAN TAQLID BUTA

Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan kandungan artikel yang disiarkan

Assalamualaikum warahmatullah. Sahabat-sahabat sekalian... saya tertarik dengan artikel ilmiah yang diterbitkan oleh laman web al-Fikrah.net mengenai masalah taqlid hukum. Artikel ini amat menarik untuk dibaca dan difikirkan bersama. Adakah selama ini hidup kita penuh dengan taqlid buta atau pemikiran kita telah bebas dari taqlid yang dicela itu? Saya telah 'bold'kan point-point penting dalam artikel ini... tulisan berwarna putih adalah 'ayat-ayat penting' yng perlu kita renung bersama.
---------------

Sumber : al-Fikrah.net

Ramai umat Islam tidak dapat menerima bahkan membantah tindakan ulama tertentu yang lantang menyuarakan seruan perubahan dan anjakan paradigma (paradigm shift) di dalam amalan beragama masyarakat Malaysia. Seruan ini menyeru agar umat Islam tidak beragama dengan cara bertaklid buta sebaliknya beragama berdasarkan ilmu dan bersumber serta ilmiah.

Malangnya seruan mereka sukar diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana kejahilan dan sikap sudah selesa dengan apa yang ada tanpa mahu memperbaiki status dan keadaan diri mereka ke arah yang lebih baik. Sikap yang ditunjukan oleh majoriti umat Islam di Malaysia yang selesa dengan budaya taklid buta dan mengikut “tok guru” atau “pak ustaz” ini jelas menunjukan bahawa mereka tidak memahami kepentingan beragama dengan berpandukan hujah serta ilmiah.

Sesungguhnya Perintah Menjauhi Taqlid buta amat jelas disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Pengertian taqlid daripada sudut bahasa arab bermaksud menggantung sesuatu di leher. Ini bermakna orang yang bertaqlid itu tidak ubah seperti haiwan yang diikat lehernya dan mengikuti ke mana sahaja dirinya dibawa oleh tuannya. (Lihat : Lisanul Arab Jilid 1 ms. 469 cetakan Darul Hadith, Kaherah dan rujuk juga Al-Misbahul Munir Jilid 2, ms. 704)

Dari sudut takrifan fuqaha, Taqlid bermaksud : “Menerima perkataan atau pendapat seseorang tanpa berdasarkan hujah.” (Sila lihat takrifan yang diberikan oleh Imam As-Syi'razi dalam Syarah Al-Luma' Jilid 2, ms. 1005 dan At-Tahmid, Jilid 4, ms.395)

Adapun tindakan para ulama dan orang ramai yang beragama dengan bersumber dan berhujah kepada dalil daripada Al-quran dan Hadith atau sekurang-kurangnya mengikuti pendapat ulama’ dengan mengetahui sumber dan dalil yang digunakan di dalam fatwa ulama tersebut maka hal ini tidaklah dinamakan sebagai taqlid buta yang dicela atau disebut taqlid tanpa hujah kerana Al-Quran dan Sunnah itu sendiri ialah hujah.

Begitu juga jika orang awam mengikuti pendapat imam, ulama' yang bersumberkan kepada Al-quran dan as-sunnah serta mengetahui hujah yang digunakan oleh para ulama’ itu maka tindakan ini juga ialah hujah.

Hal ini amatlah berbeza dengan sikap orang ramai di kalangan umat Islam di Malaysia yang sejak sekian lama beragama tanpa hujah dan tidak langsung peduli atau mempunyai hasrat untuk menyemak apakah amalan agama mereka selama ini benar-benar sahih dan didasari oleh Al-quran dan as-sunnah atau sekadar dakwaan dan ikutan buta.

Umat Islam perlu menyedari bahawa tindakan dan sikap menyandarkan urusan agama kepada para ustaz dan golongan agamawan tanpa mengetahui hujah dan sumber yang digunakan oleh mereka di dalam mengeluarkan fatwa dan hukum adalah tidak boleh.

Perbuatan ini amatlah tercela dan bertentangan dengan agama Islam yang suci dan mendedahkan agama Islam kepada jenayah penipuan, pendustaan dan ibadah yang menyeleweng daripada kitab dan as-sunnah.

Allah SWT pernah menyebut di dalam Al-Quran berkenaan ayat yang bermaksud : “ Mereka menjadikan para ulama' dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain daripada Allah.” (Surah At-Taubah : 31).

Maka apabila ayat ini dibacakan oleh Rasulullah Salallahualaihiwasalam kebetulan seorang sahabat bernama Adi' bin Hatim ra (bekas seorang ulama yahudi) mendengarnya lantas beliau menegur Rasulullah Salallahualaihiwasalam dengan mengatakan bahawa tidaklah mereka (orang yahudi itu) sampai menjadikan rahib-rahib dan orang alim mereka sebagai tuhan (yakni tidaklah sampai menyembah).

Namun teguran Adi’ bin Hatim ini dijawab oleh baginda Rasul Salallahualaihiwasalam dengan sabdanya yang bermaksud :"Mereka (para rahib) jika menghalalkan sesuatu maka orang ramai pun ikut menghalalkannya (yakni mengikutinya) dan mereka itu jika mengharamkan sesuatu maka orang ramai pun turut ikut mengharamkannya maka itulah bentuk pengibadatan mereka (itulah bukti mereka menyembah para rahib.) - Hadith riwayat At- Tirmidzi no.3095 dengan status yang hasan.

Sungguh perbuatan taqlid dan menuruti seseorang tanpa ilmu amatlah dicela dan dikeji oleh agama Islam yang mulia.

Bahkan para ulama Islam yang lampau seperti Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah sendiri pernah berpesan kepada kita dengan berkata : “Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa pun untuk menerima pendapat kami (mengikuti mazhab kami) sekiranya mereka tidak tahu daripada mana sumber yang kami gunakan.” (Sila rujuk Ibn’ Abd Barr di dalam Al-Intiqa fi Fadha’il Tsalasah A'immah Fuqahah, ms. 145 dan Ibn’ Qayyim di dalam I'lamul Muwaqi'in, ms. 29).

Demikianlah juga perkataan Al-Imam Malik rahimahullah yang turut mengatakan : “Aku hanyalah seorang manusia yang biasa yang mana pendapat aku kemungkinan adalah benar dan kemungkinan juga adalah salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan.” (Sila rujuk dalam Kitab Jami Bayan Al-Ilm )

Sehingga akhirnya Imam As-syafie rahimahullah yang merupakan ulama sanjungan dan ikutan masyarakat Islam di Malaysia sendiri tidak ketinggalan menegaskan bahawa : "Dan sesungguhnya hadith nabi itu adalah lebih utama maka oleh itu janganlah kamu bertaqlid kepada aku." (Sila rujuk Ibn’ Abi Hatim dalam kitabnya " Adab As-Syafi'ie" ms. 93)

Maka setelah dikaji dan dilihat seluruh naskah kitab-kitab tulisan para ulama Islam sejak sekian zaman di dalam pelbagai bahasa dan daripada pelbagai negara kita akan kagum dan terkejut apabila mendapati bahawa setiap fatwa dan tulisan mereka seringkali menekankan persoalan ilmiah dan ketelusan ilmu supaya beragama dengan bersandarkan Hujah.

Adalah sangat bermanfaat jika kita dapat mengambil pengajaran daripada kata-kata Al-Imam Ibn’ Hazm Al-Andalusi di dalam kitabnya Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam yang menyebut : Kami tidaklah mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama’ kepada orang-orang awam yang jahil dan mahu meminta fatwa akan tetapi yang kami mengingkari ialah penetapan fatwa atau pendapat agama tanpa bukti hujah yang mendukunginya, tanpa rujukan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah kerana yang sedemikian itu boleh menimbulkan kemungkinan kepada berlakunya pendapat yang silap. Bayangkanlah jika di zaman Rasulullah salallahualaihiwasalam sahaja sudah wujud orang yang memberi fatwa yang salah maka sudah pasti pada zaman selepas kewafatan baginda akan boleh berlaku lebih banyak kesilapan dalam perkara yang lebih meluas. Oleh yang demikian maka kita perlulah menghindari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti (pemberi fatwa) yang tidak menyandarkannya kepada dalil Al-Qur’an, As-Sunnah serta Ijmak ulama’.” (Sila lihat di dalam Kitab Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 6, ms. 1076)

والله اعلم

4 comments:

pecinta_Islam said...

maaf ustaz..sy dh jadi makin keliru..hmm..klu mcm tu nk percaya kt sape lg.sbgi contoh..sy mmg krng pengetahuan agama..tp sy tau jika hnya merujuk pd pndpt seorng ustaz kemungkinan jg dia slh..jd sy lbh ske merujuk dan mendengar pndpt dr ramai ustaz..makin ramai makin baek.dan selepas itu br lah sy nilai sndri antara pndpt2 mereka dan sy cuba pilih yg terbaik..dan sy sentisa berdoa muga2 pilihan sy tu tepat dlm beragama.

soalan sy..masih salah kah sy andai kata sy telah lakukan semua itu untuk mencari penyelesaian yg terbaik antara yg betul ataupun yg sesat..setelah berusaha mencari seberapa rmi pndpt ustaz mahupun ulama samada di masjid2,pondok2,buku2,laman web ustaz dll kemudian sy sndri yg menilainya yg mane yg terbaik ikut akal sy.itu shja yg mampu sy bwt.mntk pendapat ustz..boleh keliru jg dibwtnya andai kata rmi golongan ustaz dan ulama yg sesat

SaiFuN said...

Salam Syah... kadang kala bila kita jumpa ramai orang alim... banyaklah hukum beragama yang kita tahu. Tak salah bahkan amat baik kita mendengar semua pendapat mereka tapi dengan syarat... setiap hukum itu perlu ada nash dan dalil. Itulah pentingnya kita mengkaji adakah benar dalil yang diutarakan atau sebaliknya. Tajuk artikel ini pun kewajipan menuntut ilmu... bukan hanya ambil secara buta tuli dan tanpa kajian yang mendalam.. i

Dalam artikel di atas ada dinyatakan "orang awam mengikuti pendapat imam, ulama' yang bersumberkan kepada Al-quran dan as-sunnah serta mengetahui hujah yang digunakan oleh para ulama’ itu maka tindakan ini juga ialah hujah"... maknanya tidak salah kalau kita baca buku... kemudian ulama si polan bin si polan mengeluarkan hukum kepada masalah furu'iyah berdasarkan dalil-dalil naqli kemudian kita ambil jadi pegangan kita.... dengan syarat bukan masalah aqidah lah.

Masalah yang berlaku di negara kita... masyarakat terlalu ta'asub bertaqlid.... dengar atas dengar dan sukar menerima pendapat ulama yang tidak sealiran dengan kita.Ini yang menyebabkan perpecahan.

Ulama pun kadangkala melakukan kesilapan dengan mengeluarkan hukum baru tanpa sesuatu sandaran hukum. Kadangkala menghentam pandangan ulama lain. Ini tidak baik dan juga menyebabkan perbalahan.

Kalau nak mudah ginilah... ada seorang imam muda pertaman kali jadi imam solat di sebuah masjid... dia baca bacaan qiraat bukan seperti bacaan biasa. Adakah salah? tentulah tidak bagi orang yang faham dan tahu. Kalau tak tahu dan tak pernah dengar... tentu ada yang mufaraqah dan maki imam tu. Silap imam juga sebab dia tak bagi penerangan kepada makmum di belakang sebelum solat. Imam silap sebab tak bagi penerangan.... makmum silap kerana tak mahu belajar. Gitulah.

Seperti mana yang pernah saya ulas... Imam mazhab tidak pernah mencela satu sama lain meskipun mereka mempunyai perbedaan pendapat yang ketara dalam masalah furu'iyah.

Apa yang syah tulis betullah.. tidak salah. Kalau dengar banyak pendapat… first kita tengok dulu samada masalah tu masalah aqidah atau fiqh. Kalau masalah aqidah… yang berlawanan dengan Ahli Sunnah sesatlah. Kalau masalah fiqh…. kaji dalil yang digunakan dan di bolehkan berijtihad dengan memilih pendapat terbaik. Berijitihad ni kalau salah pun dapat pahala. Kalau kita salah berijtihad… kita dapat satu pahala.. kalau ijtihad kita betul dapat dua pahala.. satu kerana berijtihad dan satu kerana ijtihad kita benar. Cumanya kita jangan menganggap tidak betul / sesat apa yang orang lain nyatakan. Kalau menghina ulama... bermakna dia salahlah. Saya pun tak terima... saya dah beritahu tadi, imam mazhab pun tidak berbalah dan tidak menyalahkan, kenapa pula nak menolak pandangan orang lain kalau ianya ada dalil hukum. Ajaran sesat berbeza dari sudut aqidah... tapi ini masalah furu'iyah. Di tempat lain... hukum itu mungkin berlaku... tapi di negara kita, tak sesuai kerana masyarakat masih sukar menerima sesuatu yang bertentangan dengan amal kebiasaan.

Wallahu 'alam.

Mohamadazhan.com said...

salam ust, saya setuju dgn pendapat ust, sekarang terlalu byk perpecahan umat, di tempat saya sndiri berlaku krana segelintir yang tidak tahu mnghormati pendapat orang lain, suka mempertikaikan ibadah orang lain sedangkan ibadah yang dilakukan berdasarkan dalil dan hujah yang kukuh.

seperti pesan Syeikh Nuruddin Banjari, sebagai orang awam kita perlu berpegang kepada mazhab umpama seseorang yang sakit ingin mencari ubat perlu berjumpa doktor kerana doktor arif ttg ilmu perubatan, seperti juga orang awam perlu bertalaqqi dengan ustaz/ulama2 untuk mendapat ilmu agama kerana para ulama lebih arif dan ahli dalam bidangnya.

sekian, teruskan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

pecinta_Islam said...

ok faham lah sy skrng..trima kasih ustaz kerna sudi jwb persoalan sy tu
:)

Related Posts with Thumbnails